posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Sunday, 19 January 2014

of bola

semalam aku dengar ada game chelsea lawan manchester united. lepas tu chelsea menang. padan la ramai budak-budak laki meroyan pasal Eto kat timeline aku. entah sape tah Eto tu tak tau la aku. tapi kalau bagi nama kucing tak ke glamour. Muhahahaha

tapi takpe. siapa menang siapa kalah tak menyumbang pon untuk pembangunan diri aku.

jadi apakah motip kau menulis pada hari ini??

motipnye adalah saja. sahaja aku nak mencampak balik (throwback) kenangan aku pasal bola masa zaman muda-muda dulu..

time tu aku kat asrama. paham-paham je lah kat asrama haruslah dipenuhi dengan undang-undang dan peraturan yang rata-rata memang dibenci semua pelajar lah termasuk lah aku. masa tu piala apa tah aku pon tak ingat sangat. tak kuasa aku nak mengingat benda-benda yang tak penting camtu. yang aku ingat sepanyol lawan german pastu sepanyol menang.

kesahnye kawan aku la ni ajak aku tengok bola kat bilik study dalam pukul 3 pagi camtu la. aku boleh la dikira budak terejal jadi haruslah follow sama kalau tak buat jatuh saham je.

cara kitorang masuk bilik study tu tak payah citer la. nasib baik la selalu tengok scene-scene drama pecah masuk rumah orang, jadi skill kitorang boleh diimprove lagi la. huhuhu. bukan susah sangat nak masuk pon sebab member aku, headgirl jadi dia lah pegang kunci bilik study tu. hahaha tak guna punya julia!!

tengah tengok-tengok aksi pemain sepak-sepak bola kehulu-kehilir sedap je mata aku tuntut hak. ye lah kan time tu 3 pagi kut. besok sekolah pulak tu. mulanya aku sokong la german sebab masa tu german lead. tengah tengah tertido tu  bila member aku jerit gol je terus aku pon celik mata jerit gol. lepas tu sambung tido balik. dan perkara ni pon berulang tiap kali gol.

betapa hampehnya aku.

dan yang paling hampeh bila sepanyol lead aku pon sebok-sebok nak sokong sepanyol pulak. aku rasa semua perempuan cam tu kot ke aku je yang buat? haha buang masa betul aku ni.

lepastu esoknye tersengguk sengguk aku time kelas sejarah. dah la duduk depan sekali. nasib baik la cikgu tu sporting nak mampus. kalau dia marah aku depan-depan kelas tak ke jatuh martabat??

saja je nak share cerita. adakah entri ini membosankan? huhuhu kbye

No comments:

Post a Comment