posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Monday, 20 January 2014

hate the most, never love

kau tahu apa yang paling aku tak suka selain menunggu? jawapannya driving.

tak tau lah tahap kebencian aku terhadap pemanduan jalan raya ni melebih lebih tahap kebencian aku pada sayur, cicak dan lipas. kadang-kadang aku rasa macam kena sumpahan pon hade. tapi tak tau lah sumpahan apa yang melekat. wawawah

tadi aku belajar drive dengan mak. sebabnya aku dah nak test ahad ni buat kali ketiga. kira jatuh martabat la kalau kena amik test kali ke empat. krohh krohh

naik kebas jari aku kena ketuk dengan mak. belum lagi masuk part telinga yang nak tercabut, bernanah, berdarah mak nenek segala. mak ni pon kut ye pon bagi la aku guna gegendang telinga ni lama sikit. kang tak pasal pasal jadi pekak dalam usia yang muda ni. apa hengat aku suka sangat dengar ceramah free pagi-pagi celik ni. otak beku tau tak!

"pesal lah kau bawak slow sangat. kalau kereta manual dah tersengguk-sengguk bla blaaa..."

"orang suruh masuk signal kanan, bukan kiri. kanan dengan kiri pon tak tau beza yada yada..."

"cuba belok tu tak payah tekan brek. kalau kau asik tekan brek je dah kena sondol dengan orang belakang zzzzzzzz...."

"ko jangan la ketepi sangat, nanti masuk longkang lah bla bla..."

uwaaaa aku pon fed up lama-lama. aku pon tak tau lah pehal aku bongok sangat dalam kemahiran memandu ni. part aku hampir-hampir nak langgar moto pak cik Daud tu baik tak payah cerita la. takut aku. muka bengang nak marah je. nasib baik lepas aku mintak maaf dia okey dah. tapi tak tau la dalam hati dia mesti mengumpat aku huahahaha.

alaa aku pegang kereta pon berapa kali sangat ada hasrat nak lulus. boleh tak camtu je jawapan aku. hakhak! kalau camni la gaya, harapan nak lulus setipis lempeng la nampaknya.

 tuntasnya, aku sangat membencinya. patut tak aku bukak page 'I hate driving' ?

No comments:

Post a Comment