posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Friday, 31 January 2014

for today

world is really unfair..

so do the people. hmm 

sigh

Tuesday, 28 January 2014

cermin diri

aku rasa ada dekat setengah jam aku duduk depan cermin lepas pakcik tu kata muka aku macam orang kelantan....

uhuh??

Monday, 20 January 2014

a conversation

"mak, dekja tu darjah 3 kan?" tanyaku. (aku ni memang tak guna sikit, adik darjah berapa pon lupa. kah!)

"yelaa..." jawab mak sambil potong bawang. aku? tengok je. (tak guna lagi sekali)

"hah? kecik gila darjah tiga camtu. macam darjah satu je. tak makan setahun ke camane?" komenku sambil menghirup milo panas yang ku bancuh.

"dah tu, ko ingat ko dulu besar sangat ke?" macam tu pulak mak jawab. apakah?

p/s: papepon, font baru aku ni cantikkan? hehe

hate the most, never love

kau tahu apa yang paling aku tak suka selain menunggu? jawapannya driving.

tak tau lah tahap kebencian aku terhadap pemanduan jalan raya ni melebih lebih tahap kebencian aku pada sayur, cicak dan lipas. kadang-kadang aku rasa macam kena sumpahan pon hade. tapi tak tau lah sumpahan apa yang melekat. wawawah

tadi aku belajar drive dengan mak. sebabnya aku dah nak test ahad ni buat kali ketiga. kira jatuh martabat la kalau kena amik test kali ke empat. krohh krohh

naik kebas jari aku kena ketuk dengan mak. belum lagi masuk part telinga yang nak tercabut, bernanah, berdarah mak nenek segala. mak ni pon kut ye pon bagi la aku guna gegendang telinga ni lama sikit. kang tak pasal pasal jadi pekak dalam usia yang muda ni. apa hengat aku suka sangat dengar ceramah free pagi-pagi celik ni. otak beku tau tak!

"pesal lah kau bawak slow sangat. kalau kereta manual dah tersengguk-sengguk bla blaaa..."

"orang suruh masuk signal kanan, bukan kiri. kanan dengan kiri pon tak tau beza yada yada..."

"cuba belok tu tak payah tekan brek. kalau kau asik tekan brek je dah kena sondol dengan orang belakang zzzzzzzz...."

"ko jangan la ketepi sangat, nanti masuk longkang lah bla bla..."

uwaaaa aku pon fed up lama-lama. aku pon tak tau lah pehal aku bongok sangat dalam kemahiran memandu ni. part aku hampir-hampir nak langgar moto pak cik Daud tu baik tak payah cerita la. takut aku. muka bengang nak marah je. nasib baik lepas aku mintak maaf dia okey dah. tapi tak tau la dalam hati dia mesti mengumpat aku huahahaha.

alaa aku pegang kereta pon berapa kali sangat ada hasrat nak lulus. boleh tak camtu je jawapan aku. hakhak! kalau camni la gaya, harapan nak lulus setipis lempeng la nampaknya.

 tuntasnya, aku sangat membencinya. patut tak aku bukak page 'I hate driving' ?

Sunday, 19 January 2014

of bola

semalam aku dengar ada game chelsea lawan manchester united. lepas tu chelsea menang. padan la ramai budak-budak laki meroyan pasal Eto kat timeline aku. entah sape tah Eto tu tak tau la aku. tapi kalau bagi nama kucing tak ke glamour. Muhahahaha

tapi takpe. siapa menang siapa kalah tak menyumbang pon untuk pembangunan diri aku.

jadi apakah motip kau menulis pada hari ini??

motipnye adalah saja. sahaja aku nak mencampak balik (throwback) kenangan aku pasal bola masa zaman muda-muda dulu..

time tu aku kat asrama. paham-paham je lah kat asrama haruslah dipenuhi dengan undang-undang dan peraturan yang rata-rata memang dibenci semua pelajar lah termasuk lah aku. masa tu piala apa tah aku pon tak ingat sangat. tak kuasa aku nak mengingat benda-benda yang tak penting camtu. yang aku ingat sepanyol lawan german pastu sepanyol menang.

kesahnye kawan aku la ni ajak aku tengok bola kat bilik study dalam pukul 3 pagi camtu la. aku boleh la dikira budak terejal jadi haruslah follow sama kalau tak buat jatuh saham je.

cara kitorang masuk bilik study tu tak payah citer la. nasib baik la selalu tengok scene-scene drama pecah masuk rumah orang, jadi skill kitorang boleh diimprove lagi la. huhuhu. bukan susah sangat nak masuk pon sebab member aku, headgirl jadi dia lah pegang kunci bilik study tu. hahaha tak guna punya julia!!

tengah tengok-tengok aksi pemain sepak-sepak bola kehulu-kehilir sedap je mata aku tuntut hak. ye lah kan time tu 3 pagi kut. besok sekolah pulak tu. mulanya aku sokong la german sebab masa tu german lead. tengah tengah tertido tu  bila member aku jerit gol je terus aku pon celik mata jerit gol. lepas tu sambung tido balik. dan perkara ni pon berulang tiap kali gol.

betapa hampehnya aku.

dan yang paling hampeh bila sepanyol lead aku pon sebok-sebok nak sokong sepanyol pulak. aku rasa semua perempuan cam tu kot ke aku je yang buat? haha buang masa betul aku ni.

lepastu esoknye tersengguk sengguk aku time kelas sejarah. dah la duduk depan sekali. nasib baik la cikgu tu sporting nak mampus. kalau dia marah aku depan-depan kelas tak ke jatuh martabat??

saja je nak share cerita. adakah entri ini membosankan? huhuhu kbye

Saturday, 18 January 2014

cari pasal

i dont know why he keep calling me miss arrogant. hantu betul. aku sikit la punya peramah, baik hati, low profile.. hesy!

dah la hari tu panggil aku doraemon. kurang hajaqqqq

cari pasal betul!

mamaku unik!

aku ada mak.. (apadaaaa.. semua orang ada mak. kutuk si pembaca dalam hati)

tapi mak aku ni lain. sebab salah satu kelebihan mak aku yang paling aku kagumi ialah sangat pandai mengjangkakan sesuatu perkara yang tidak pasti. adakah ini juga dikategorikan sebagai satu kelebihan? huhuhu

semalam, ada accident masa on the way kitorang balik dari holiday kat pantai tu. punya la semangat nak piknik sekali sampai nampak dia pacak bendera marah kira sign 'no mandi' la sebab angin kuat tahap nak tercabut tudung aku. sekali dua kali ade la rasa nak melayang *ceh bajet ringan dua puluh hempat kilo pulak. dan piknik tu pon berakhir dengan berjalan jalan di tepian pantai tanpa hala tuju. sadis sungguh pakej percutian haku!

cerita pasal mak aku nampak accident ni haa

mak : ehh kenapa accident tu?
mak : tengok tu motor dia. mesti dia tergolek kat longkang tu

pastu, nampak mangsa dikeluarkan dari sebuah kereta kancil pulakk...

mak: ehh tu kenapa pulak, mesti orang tu nak bawak dia pergi hospital, lepas tu tak sempat ambulans dah     sampai...
mak : eh jangan-jangan dia nak terberanak kot
mak : haaa mak tau mesti dia lari dari hospital

aduhai mak aku ni la kan. banyak sangat tengok sinetron la ni. dan dan kitorang sume buat-buat tido sebab malas nak dengar teori-teori mak yang pelbagai tu. haha