posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Monday, 21 July 2014

loading....

hari tu masa solat terawih ni, ada la makcik tak-tahu-nama tu memulakan mukadimah a.k.a sekapur sirih nak berkenalan dengan aku (bajet hengkau lisa surihani? lisasurirumah ye la kot.)

borak punya borak...

dia tanya,
dah buang puasa?

aku pon dok tercengang-cengang lah. hah heh huh? what of the buang pose tu..
lepas tu barulah sel-sel DNA pon berhubung.

mungkin mak cik tak-tahu-nama tu nak tanya aku dah cuti pose ke blom kot. getus hatiku

ala mak cik niii tanya dah cuti kan senanggg.  period kee?kita kan sesama perempuan jadi tak perlulah ikut protokol atau kias atau whatsoever dalam hal-hal pompuan niiii.

 apeke dengan membuang puasaa. penggunaan bahasa yang tidak sesuai. dah keluar pulak ilmu bahasa melayu aku. dulu masa zaman-zaman merentas arus pemodenan (sekolah menengah) aku suka gila kot subjek bahasa melayu. lelagi bahagian esei. esei aku pon selalu cikgu rozita fotostet bagi kat kelas-kelas sebelah dan almost pertandingan menulis esei dia suruh aku masuk. pencapaian paling cemerlang aku dapat johan menulis esei peringkat kebangsaan. tapi masa tu aku dah pon ke matrikulasi. Nadia, junior aku yg wakil gi amik dan dan dia yang kena interview.. ciss sangat.

sebenarnya nak cerita kisah aku dgn makcik tak-tahu-nama tu je tapi melalut lalut ke bahagian lain.


Monday, 7 July 2014

down to the earth

Dissappointed.

dont you ever come in my mind again.

hate and love

i dont like cats or any fluffy things,
i hate driving,
i love ice cream,
i like putu bambu, onde-onde, lepat pisang, kuih koci,
i dont like vege,
i love roses,
i love yellow,
i dont like coffee and milo,
i hate lab,
i hate mosquitoes,
i cant open can/ bottle's cap well,
i love novels,
i love babies,
i'm very bad temper,
i love beach,
i love drummer,
i love money,
i'm enjoying little things,
i like talking,


no one cares la heh

Saturday, 8 February 2014

good story to know ---> kisah kaum Nabi Luth

aku sebenarnya baru fully baca tafsir Quran. dalam setahun dua gitu la. semenjak aku sedar yang selama ni aku baca Quran tapi tak tahu makna dan ceritanya. nak nak vocab arab aku bukannya banyak sangat.. yang sikit tu pon dah lupa sebab dah lama tinggal. hehee

bestnye baca tafsir ni dapat tahu banyak perkara la. untuk orang yang masih waswas better baca tafsir la sebab dah tentu tentu benar lagi tidak dapat disangkal lagi kesahihannya.

aku suka baca kisah nabi-nabi. rasa macam impress gila. menambahkan lagi keyakinan aku terhadap kekuasaan Allah S.W.T =)

so here it is, antara kisah nabi yang paling aku tertarik ialah kisah kaum Nabi Luth. Subhanallah..

Kisah kaum Nabi Luth

“Wahai saudari, sudikah saudari menerima kami sebagai tetamu keluargamu?” ujar salah seorang daripada tiga malaikat yang menjelma sebagai pemuda tampan bertubuh sasa itu. 


Si gadis yang sedari tadi begitu leka mencedok air dari perigi itu terkejut. Hampir sahaja timba yang sedang dipegangnya lucut ke dalam perigi. Wajahnya menjadi pucat. Lidahnya serta-merta kelu. Dia tidak dapat berkata apa-apa. 

Hatinya tiba-tiba diserang bimbang. Kebimbangan yang bukan disebabkan oleh kehadiran pemuda-pemuda kacak di hadapannya itu. Tetapi kerana dia telah dapat mengagak apa yang bakal berlaku sekiranya mereka diterima bertamu di rumahnya.

Anak gadis Nabi Luth itu cukup arif dengan amalan buruk warga Sadum yang pantang melihat lelaki muda, berwajah tampan dan bertubuh sasa. Pasti anak muda itu menjadi mangsa untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Pada mereka, wanita tidak ada daya tarikan langsung. Lelaki hanya untuk lelaki, manakala wanita untuk wanita.

“Apa yang harus aku jawab kepada mereka,” bisik si gadis itu sendiri. Dia menjadi begitu serba salah.

“Apakah kedatangan kami ini menganggu saudari?” tanya pemuda itu kembali. ”

” Oh tidak. Tapi… bolehkah tuan-tuan tunggu di sini sebentar. Biar saya maklumkan dahulu kepada bapa saya,” balas si gadis terputus-putus. Dia mencapai bekas air yang hampir penuh dan pulang dengan tergesa-gesa.

Demi mendengar kedatangan tiga tetamu muda remaja itu, Nabi Luth mula gusar dan berasa tidak tenteram. “Ini adalah hari yang amat sulit bagiku,” kata Nabi Luth.

Baginda amat mengerti apakah akibatnya seandai kedatangan para tetamunya itu diketahui oleh kaumnya. Namun tabiatnya yang suka menerima tetamu, tetap kuat mendesak meskipun risiko yang terpaksa diterimanya sangat tinggi. Hari sudah menjelang malam, baginda sendiri pergi menjemput para tetamunya itu.

Kepada isteri dan puteri-puterinya dipesan agar perkara itu dirahsiakan, jangan sampai tersebar kepada orang ramai. Kelak mengundang bahaya yang besar. Malangnya, si isteri tidak mampu berlaku setia. Dihebahnya berita perihal tetamu-tetamu mereka kepada kaumnya.

Sebaik sahaja mendengar berita yang menarik dan sangat ditunggu-tunggu itu, bergegas dan berpusu-pusulah mereka ke rumah Nabi Luth.

“Wahai Luth! Bukakan pintu ini dan serahkan anak-anak muda itu kepada kami. Kami sangat memerlukan mereka. Buka pintu ini cepat!” Salah seorang daripada mereka terjerit-jerit sambil menendang daun pintu rumah Nabi Luth.

“Wahai Luth! Engkau larang kami dari mendekati anak muda, sebaliknya engkau sendiri menyimpan tiga orang pemuda,” jerit satu suara yang lain.

“Ya Allah, selamatkanlah kami,” doa Nabi Luth sambil memandang ke arah para tetamunya.

“Wahai kaumku! Aku ada anak gadis. Aku bersedia mengahwinkan kamu dengan mereka sekiranya kamu mahu. Tinggalkanlah perlakuan buruk kamu selama ini. Dan janganlah kamu ganggu para tetamu kami ini.”
Nabi Luth tidak henti-henti menasihati kaumnya.

“Ah! Usah hendak bersyarah di sini. Kami ke mari bukan untuk mendengar leteranmu. Kami ke sini untuk bersuka ria.” Suara-suara mereka kian tegas dan semakin tidak terkawal.

“Hai Luth! Engkau sememangnya tahu kami tidak perlu kepada wanita. Tapi kami yakin engkau tahu apa yang kami perlukan sekarang.”

“Baik engkau serahkan mereka kepada kami segera. Kalau tidak kami akan pecah-pecahkan pintu ini.”

Nabi Luth tahu kemungkaran apa yang akan terjadi sekiranya tetamunya jatuh ke tangan mereka yang telah tenggelam dalam perlakuan yang melampaui batas itu. Baginda juga sedar, kalau dipertahankan sekalipun, mereka pasti cuba untuk menceroboh masuk. Kini, apa yang mampu dilakukan oleh Nabi Luth hanyalah berdoa kepada Allah SWT. Hanya kepada Allah sahajalah tumpuan terakhir, tempat baginda berserah diri dan bergantung harap.

Namun baginda dapati suatu keanehan; tiada terbayang walau sedikit pun tanda-tanda kebimbangan pada wajah para pemuda itu. Mereka kelihatan begitu tenang dan bersahaja.

“Wahai Luth! Usah khuatir dengan ugutan mereka,” kata salah seorang daripada pemuda itu. Nabi Luth seakan-akan tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh salah seorang tetamunya. Baginda memandang tepat ke arah pemuda yang bersuara itu. Bunyi ketukan pada pintu bertambah kuat dan keras.

“Wahai Nabi Allah! Sebenarnya kami adalah malaikat utusan Tuhanmu. Kami jamin mereka tidak akan dapat mengganggu kamu. Bawalah keluarga dan pengikutmu keluar dari sini di akhir malam ini kecuali isterimu kerana dia termasuk golongan yang derhaka.”

Kini, barulah Nabi Luth sedar bahawa pembalasan dari Allah ke atas sikap keterlaluan kaumnya telah hampir tiba… Tepat ketika seperti yang ditentukan oleh Allah, penglihatan kaum yang derhaka itu ditarik, dan serta-merta segalanya makin kelam, hitam. 

Setiap mata telah menjadi buta. Akibatnya, keadaan menjadi hingar-bingar dan bercelaru. Masing-masing jadi buntu dan hilang haluan, lantas bertembung antara satu sama lain.

Menjelang Subuh, tatkala Nabi Luth, beberapa keluarga dan pengikutnya sudah berada agak jauh dari sempadan kota Sadum, maka turunlah azab Allah SWT. Allah memerintahkan malaikat memotong kedua-dua belah sempadan bumi warga Sadum itu dengan kedua-dua sayapnya. 

Kemudian bumi itu dijulang tinggi ke langit dan diterbalikkan bahagian yang atas ke bawah, yang bawah ke atas, lalu dihempas sekuat-kuatnya ke dasar bumi. Hancur berkecailah kota Sadum dan turut terkuburlah sama para pengamal homoseks di perut buminya.

Kemudian kawasan itu dihujani pula oleh batu-batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi. Dan di dataran itu jugalah akhirnya terbentuknya sebuah lautan. Lautan yang digelar sebagai `Laut Mati`. Ia adalah lambang kebesaran kerajaan Tuhan, juga sebagai tanda keadilan-Nya di dunia lagi agar manusia sentiasa mengagungkan dan membesarkan syariat-Nya.
all copy paste from pengundisetiasungairapat.blogspot except picture. entah siapa empunya blog pon tak tahu la....

really good story isn't it?? huntunglah member-member yang kat jordan yang dah sampai laut mati....

Monday, 3 February 2014

pissed off pissed off

pissed off dengan member yang tunang, nikah or kahwin tak cakap ni. even ada reason sendiri pon at least inform lah kalau tak nak jemput ponnn..

bercinta kalau boleh nak bagitau satu dunia..

tetiba nak kahwin senyap-senyap..

fenomena apakah ini?

what a joke..

lately ni aku selalu dapat kol orang invite wedding je..

tapi tadi takde gempa bumi, takde petir, takde hujan lebat, gerimis pon tak, mendung apetah lagi tetiba je daus kol dan tanya aku habis study bila..

pastu dia cakap takpe, dia tunggu

hekelehh...

gurauan apakah ini!! sebab tu lah aku malas nak angkat kalau dia kol. suka sangat buang masa merepek tahpape.

lepastu kena marah dengan aku sebab buat lawak hampagas macam tu. padan muka. 

Friday, 31 January 2014

for today

world is really unfair..

so do the people. hmm 

sigh

Tuesday, 28 January 2014

cermin diri

aku rasa ada dekat setengah jam aku duduk depan cermin lepas pakcik tu kata muka aku macam orang kelantan....

uhuh??

Monday, 20 January 2014

a conversation

"mak, dekja tu darjah 3 kan?" tanyaku. (aku ni memang tak guna sikit, adik darjah berapa pon lupa. kah!)

"yelaa..." jawab mak sambil potong bawang. aku? tengok je. (tak guna lagi sekali)

"hah? kecik gila darjah tiga camtu. macam darjah satu je. tak makan setahun ke camane?" komenku sambil menghirup milo panas yang ku bancuh.

"dah tu, ko ingat ko dulu besar sangat ke?" macam tu pulak mak jawab. apakah?

p/s: papepon, font baru aku ni cantikkan? hehe

hate the most, never love

kau tahu apa yang paling aku tak suka selain menunggu? jawapannya driving.

tak tau lah tahap kebencian aku terhadap pemanduan jalan raya ni melebih lebih tahap kebencian aku pada sayur, cicak dan lipas. kadang-kadang aku rasa macam kena sumpahan pon hade. tapi tak tau lah sumpahan apa yang melekat. wawawah

tadi aku belajar drive dengan mak. sebabnya aku dah nak test ahad ni buat kali ketiga. kira jatuh martabat la kalau kena amik test kali ke empat. krohh krohh

naik kebas jari aku kena ketuk dengan mak. belum lagi masuk part telinga yang nak tercabut, bernanah, berdarah mak nenek segala. mak ni pon kut ye pon bagi la aku guna gegendang telinga ni lama sikit. kang tak pasal pasal jadi pekak dalam usia yang muda ni. apa hengat aku suka sangat dengar ceramah free pagi-pagi celik ni. otak beku tau tak!

"pesal lah kau bawak slow sangat. kalau kereta manual dah tersengguk-sengguk bla blaaa..."

"orang suruh masuk signal kanan, bukan kiri. kanan dengan kiri pon tak tau beza yada yada..."

"cuba belok tu tak payah tekan brek. kalau kau asik tekan brek je dah kena sondol dengan orang belakang zzzzzzzz...."

"ko jangan la ketepi sangat, nanti masuk longkang lah bla bla..."

uwaaaa aku pon fed up lama-lama. aku pon tak tau lah pehal aku bongok sangat dalam kemahiran memandu ni. part aku hampir-hampir nak langgar moto pak cik Daud tu baik tak payah cerita la. takut aku. muka bengang nak marah je. nasib baik lepas aku mintak maaf dia okey dah. tapi tak tau la dalam hati dia mesti mengumpat aku huahahaha.

alaa aku pegang kereta pon berapa kali sangat ada hasrat nak lulus. boleh tak camtu je jawapan aku. hakhak! kalau camni la gaya, harapan nak lulus setipis lempeng la nampaknya.

 tuntasnya, aku sangat membencinya. patut tak aku bukak page 'I hate driving' ?

Sunday, 19 January 2014

of bola

semalam aku dengar ada game chelsea lawan manchester united. lepas tu chelsea menang. padan la ramai budak-budak laki meroyan pasal Eto kat timeline aku. entah sape tah Eto tu tak tau la aku. tapi kalau bagi nama kucing tak ke glamour. Muhahahaha

tapi takpe. siapa menang siapa kalah tak menyumbang pon untuk pembangunan diri aku.

jadi apakah motip kau menulis pada hari ini??

motipnye adalah saja. sahaja aku nak mencampak balik (throwback) kenangan aku pasal bola masa zaman muda-muda dulu..

time tu aku kat asrama. paham-paham je lah kat asrama haruslah dipenuhi dengan undang-undang dan peraturan yang rata-rata memang dibenci semua pelajar lah termasuk lah aku. masa tu piala apa tah aku pon tak ingat sangat. tak kuasa aku nak mengingat benda-benda yang tak penting camtu. yang aku ingat sepanyol lawan german pastu sepanyol menang.

kesahnye kawan aku la ni ajak aku tengok bola kat bilik study dalam pukul 3 pagi camtu la. aku boleh la dikira budak terejal jadi haruslah follow sama kalau tak buat jatuh saham je.

cara kitorang masuk bilik study tu tak payah citer la. nasib baik la selalu tengok scene-scene drama pecah masuk rumah orang, jadi skill kitorang boleh diimprove lagi la. huhuhu. bukan susah sangat nak masuk pon sebab member aku, headgirl jadi dia lah pegang kunci bilik study tu. hahaha tak guna punya julia!!

tengah tengok-tengok aksi pemain sepak-sepak bola kehulu-kehilir sedap je mata aku tuntut hak. ye lah kan time tu 3 pagi kut. besok sekolah pulak tu. mulanya aku sokong la german sebab masa tu german lead. tengah tengah tertido tu  bila member aku jerit gol je terus aku pon celik mata jerit gol. lepas tu sambung tido balik. dan perkara ni pon berulang tiap kali gol.

betapa hampehnya aku.

dan yang paling hampeh bila sepanyol lead aku pon sebok-sebok nak sokong sepanyol pulak. aku rasa semua perempuan cam tu kot ke aku je yang buat? haha buang masa betul aku ni.

lepastu esoknye tersengguk sengguk aku time kelas sejarah. dah la duduk depan sekali. nasib baik la cikgu tu sporting nak mampus. kalau dia marah aku depan-depan kelas tak ke jatuh martabat??

saja je nak share cerita. adakah entri ini membosankan? huhuhu kbye

Saturday, 18 January 2014

cari pasal

i dont know why he keep calling me miss arrogant. hantu betul. aku sikit la punya peramah, baik hati, low profile.. hesy!

dah la hari tu panggil aku doraemon. kurang hajaqqqq

cari pasal betul!

mamaku unik!

aku ada mak.. (apadaaaa.. semua orang ada mak. kutuk si pembaca dalam hati)

tapi mak aku ni lain. sebab salah satu kelebihan mak aku yang paling aku kagumi ialah sangat pandai mengjangkakan sesuatu perkara yang tidak pasti. adakah ini juga dikategorikan sebagai satu kelebihan? huhuhu

semalam, ada accident masa on the way kitorang balik dari holiday kat pantai tu. punya la semangat nak piknik sekali sampai nampak dia pacak bendera marah kira sign 'no mandi' la sebab angin kuat tahap nak tercabut tudung aku. sekali dua kali ade la rasa nak melayang *ceh bajet ringan dua puluh hempat kilo pulak. dan piknik tu pon berakhir dengan berjalan jalan di tepian pantai tanpa hala tuju. sadis sungguh pakej percutian haku!

cerita pasal mak aku nampak accident ni haa

mak : ehh kenapa accident tu?
mak : tengok tu motor dia. mesti dia tergolek kat longkang tu

pastu, nampak mangsa dikeluarkan dari sebuah kereta kancil pulakk...

mak: ehh tu kenapa pulak, mesti orang tu nak bawak dia pergi hospital, lepas tu tak sempat ambulans dah     sampai...
mak : eh jangan-jangan dia nak terberanak kot
mak : haaa mak tau mesti dia lari dari hospital

aduhai mak aku ni la kan. banyak sangat tengok sinetron la ni. dan dan kitorang sume buat-buat tido sebab malas nak dengar teori-teori mak yang pelbagai tu. haha