posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Monday, 26 August 2013

even longer


A friend is a hand that is holding yours no matter how close or far apart you may be.
A friend is always there, always care
A friend is a feeling forever inside, heart

Things is i just hate secret. because i do share everything. every-single-things.

but most of things, aku yang tak appreciate member. because i dont speak softly, no act gently.

hell yeah, i'm that bad.

aku takde pon member yang "come hell or high water"..

saya ok. saya dah besar =)

sabariah binti sabar

STRESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!

p/s: entri ini merupakan sebuah luahan rasa. coretan tanpa niat untuk mengaibkan pihak lain mahupun melabel diri sebagai insan yang baik, mulia dsb..

kalau screen monitor boleh keluarkan suara jeritan batinku baru kau tahu apa stress yang aku alami sekarang ni. yang pasti bukan eustress

yes i know about "no matter how bad someone treats you. never spread to the whole world to show you're true. yet the one and only looking bad is.. you"

yeah, i'm try. tapi penat kot membebel dalam hati je dari tadi. hasilnye, berapa biji pinggan dengan cawan aku terpecahkan.

pahala? hmm lagi lahh

kbye

footnote: sebenarnye dah taip panjang, lepas delete ni je yang tinggal. apa-apa je lah farahin

Sunday, 25 August 2013

bercinta selepas nikah

siapa tak nak kan bercinta selepas nikah..

aku pun nak.

mengelakkan maksiat. memang la kita tak de cuit sana cuit sini, tapi maksiat hati siapa nak tolong? syaitan adalah tolong.. hasut

sekarang macam dah trend kahwin awal...

tapi takde sorang pon membe aku kawen awal. tsk tsk. ekcited tu kalau ada member kawen awal. nak nak julia tu. hahaha. memang aku sanggup potongkan kuku kaki dia.

tapi kalau tetiba je ada orang datang meminang, tak ke nak terbalik dunia kau..

tapi aku memang malas nak berchenta pon (hint terang-terangan tanpa rasa berdosa)

gaya aku cakap macam nak paksa org meminang je kan?


eh, tolonglah bagi pelempang sedas dua..

Saturday, 24 August 2013

resepi apam polkadot dot dot

assalamualaikum.. today i wanna share you on how to make apam polkadot..

eheh. bajet chef wan je. chef wan pon cakap melayu. oh btw, lama ek tak nampak chef wan? further studies ke?

***cut the crap plishhhh***

secara tiba-tiba je mak suruh aku masak something for the kids yang nak datang marhaban. rombongan sekolah rendah katekauuu. kalau rombongan meminang tak adenya nak masak apam polkadot. aku masak spaghetti dengan sambal belacan. Italian Malaysianaaa. tu pon kalau dapat mak mentua from itali laaa. jadahnye kau niee -.-

memandangkan kids sekarang judge the food by its looks, aku buat apam polkadot je lah. aku mestilah nak buat hidangan yang mudah dan sesimple je. sesiapa yang suka bajet-bajet diri kreatif boleh la try. sebab bukan dot dot je ko boleh lukis.. nak lukis muka Gu Jun Pyo pon boleh.

resepi ni aku tak hengat dari blog siapa.

BAHAN-BAHAN

  • 3 biji telur dari peti sejuk 
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan susu cair (apa brand pon, no prob)
  • 3 sudu baking powder
  • 1 sudu ovalette (kalau tak tahu, google)
  • 1 sudu esen vanilla
  • pewarna (nak warna ijau taik lembu pon tade hal)
  •  filling (coklat/blueberry/strawberry/kaya/nutella dsb)  
filling tu kalau tak letak pon tak de orang nak marah. ikot tekak sdn.bhd lah ye

CARA-CARA

Masukkan telur, gula dan ovalette dalam mixer. lepastu putar dengan kelajuan maximum sampai dia jadi putih gebu-gebu gitu

Then cuah je semua bahan yang lain except pewarna dengan filling. putar la gerudi tu sampai kau rasa puas hati.

Dah puas hati, bahagikan kepada beberapa bahagian. masukkan pewarna yang hengko nak guna.
(kalau ada 100 warna, kau bahagi lah 100 mangkuk)

masukkan setiap adunan yang diwarnakan tadi dalam piping bag ( 1 warna 1 piping bag ok).

Masukkan papercup dalam loyang khusus untuk papercup/mangkuk yang lebih kurang sama saiz dengan papercup tu. aku first time buat excited sampai lupa nak masuk dalam cawan, hamekkaw bersimpang siur adunan aku dalam papercup tuu.


 camni la lebih kurang. gambar ehsan google..

Picitkan adunan ke dalam papercup. tapi jangan sampai penuh, separuh is better. masukkan filling (kalau nak letak la) picit lagi adunan yang sama sampai penuh. La ni hang boleh la bikin corak ikut kreativiti masing-masing..

Dah siap tu, kukuslah dengan api sederhana dalam 10-15 minit dan saksikan hasilnya. gud luck! =)


 aku buat stroberi dgn dot-dot je. sebab aku buat angrybird tak jadi. huhu sebab takde kaler hitam, aku guna coklat. bukan pewarna coklat. memang coklat. lepastu bila kukus, dia cair la dah tak jadi muka angry bird. haruuu

p/s: sebenarnya tak terniat pon nak share resepi kat blog. sebab tu gambar seketul ajee. kbye

Thursday, 22 August 2013

nak jugak pakai shawl

hari ni aku buat kerja gila..

try pakai shawl, motipnya adalah SESAJA. motip nak keluar tu tak dak pon.

saja, tengok hakak-hakak blogger pakai alahai aku yang perempuan pon terpikat derr. kemas je.

aku pon cuba lah mengikut tutorial yang melambak kat youtube ni haaa.

lilit punya lilit aku rasa dah macam sandwich ikan buntal..

syukur, nasib baik aku tak mati tercekik

memang tak lah aku nak keluar pakai shawl. pagi je kemas. petang dah terpusing 360 darjah..

Wednesday, 21 August 2013

chapter puakaa

semalam download lecture notes yang senior dok share kat group..

 habis download, shut down laptop terus tidur. tak cek, baca apatah lagi..

pagi-pagi datang semangat nak printout the note[s] which i thought for year 1, akan tetapi rupanya untuk semester 1. yes, only!

aku selak helaian demi helaian...

sex determination, genetics, meiosis, chromosomes number & structures and the blah blahh blahhh

i was like..

apeni, ape ni, apa ini, apakah iniiiiii... heartbeat rate faster than usual. thump, thump, thump (walaupun sebenarnya heart sound lub dub lub dub)

tetiba je rasa nak demam. enough la print satu subjek (tu pon tak habis). dok dalam bilik, baring, facepalm, pejam mata, fikir..

lama...

chapter tu aku tak pernah suka. no nehi never. dulu belajar kat matrik pon sampai member dah tak tau nak terangkan kat aku lagu mana. terkulat-kulat dia dengan aku yang banyak soal..

i did it pass. tapi dah lama kot. chapter yang aku tak faham, aku pakat hafal je. kat u boleh ke?

hmmmm

boleh kot?

takpe, i take it as challenges (huarghhhh)

hidup ku kini..

aku rasa noob gila, useless pon ada..

dua kali ambil driving license pon gagal, tak ke kau rasa betapa jahil dan bebalnya ilmu kemahiran pemanduan di jalan raya?

asyik nak salahkan kereta je pon tak boleh jugak.. "dapat kete handbrake ketat doe" "aku mana pernah drive viva" alasan budak-budak sangat. terima je lah kenyataan.

mungkin Allah tak bagi aku lulus sebab kmungkinan besar aku bakal membahayakan nyawa orang? kan ke setiap yang berlaku ada hikmah? mak jemah positipp je laa

sampai lah suatu masa tu aku buat keputusan...

 "mak, kita malas lah nak ambik lesen lagi" kataku

"ahh, tak kira kau amik lesen berapa banyak kali pon sampai lulus" mak balas sedas

"mak ni orang tak nak tu tak nak la. kan dah cakap orang tak nak amik lesen, mak paksa. buat perabih duit mak je lulus tak jugak blablabla" bebelku sambil masuk ke bilik..

dalam diri ni, banyak je syaitonirrojim yang ajak aku lari rumah. semata sebab tak nak amik lesen. nampak kebuduhannya di situ. tapi aku Islam. ada maruah, ada family, ada gak polis nak cari (ayat macam kena kawen paksa je)

sekarang ni aku menghitung hari dan waktu. untuk amik lesen kali ketiga LOL

feeling  bad..

p/s:cerita kat sini semuanya dusta semata kecuali part yang aku fail driving license 2 kali tuu..

Thursday, 15 August 2013

of biochemistry, UKM

aku selalu memikirkan masa depan..

biasalah perempuan, overthink.

kebelakangan ni aku cepat terasa hati, sensitif, lembik sebijik sifat-sifat perempuan. dan aku tak sangka aku ada air mata. hehe! dah berapa tahun aku tak nangis sebab aku bukannya suka nangis pon. compare to my life in secondary school, i'm the strongest. boyish, brutal, kata je lah apa aku buat dunno je. even masa aku dpt result spm, still huha huha. LOLs
 .
baik lah, sejujurnya aku bakal melanjutkan pelajaran ke UKM. degree in BIOCHEMISTRY. aku bukannya dapat kos lelong or whatsoever, kos tu pon masuk dalam list pilihan aku. pilihan ke 4. things is different. everybody is happy but i didn't. i cry a lot kott. pantang org tanya kos ape, aku jawab dengan air mata. 3 hari yang berlalu rasa macam zaman kejatuhan aku. feeling worse.but still, makan ok, mandi ok, everything ok. tapi betullah, tears is out of control. sukahati dia je nak keluar time bila. puii bikin malu je

to be frank, sebenarnya aku nak sangat health science. pilihan satu, dua, tiga aku semua aku mohon health science. tapi dapatnye science & technology. entah dah besar godang ni aku suka hospital. i like everything about hospital. the smells, the people.. aku memang tak layak la nak jadi dokter, tapi aku nak kerja kat hospital. kat lab ke, dieticians ke tak kesah la. jadi bila tak dapat tu, rasa macam ditusuk sembilu. sembilu lah sangat....

dan bermacam-macam feedback aku dapat

(cousin, medical student)
A: dapat kos ape?
ME: biochem
A: pehhh kalau diberi peluang blajo balik biochem, mmg aku tak nak

(friend, medical student)
B:dapat kos ape?
ME:biochem..
B: hebat arr, biochem is the toughest subject kott

(pegawai bank)
C:dapat kos ape,dik?
ME:biochem..
C: hoh? takut abg mndengarnya..

HAHAHAHAAH!

masa berlalu. alhamdulillah aku pon dah boleh terima. rasa macam tak senonoh gila. annoying. tak bersyukur. tak menerima apa yang Allah bagi. menolak takdir dan bermacam macam lagi lahh..

ada je org dpt 4 flat tapi tak dapat mana-mana. ada je yang dpt resul excellent, ko-k excellent dapat kos lelong.

yeah, i should be grateful.

alhamdulillah


Monday, 5 August 2013

ramadhan versus syawal

assalamualaikum..

hmm awkwardnye nak update blog. sebenarnya banyak je cerita yang aku nak stoghie kat blog ni. tapi banyak pulak penghalangnya. busy plus  penyakit malas berpanjangan tanpa musabab yang kukuh.

things getting faster.. veryy

dunia nak kiamat kan, memang sehari rasa macam satu jam je.

pejam celik pejam celik irine nadia dgn yana khairuddin dah bersalin, maria elena become preggy mommy, cik epal dah nak kahwin, baby dena bahrin dah umur berapa tahun tah.

pejam celik pejam celik ramadhan dah nak berakhir. tinggal lagi 2 hari je dah nak raya dan aku sempat pulak update blog time-time genting macam ni. hehe

entahlah, i think i didn't give the best ramadhan kali ni. yet it's the best compare dgn ramadhan sebelum-sebelum ni. hopefully masih diberi kesesmpatan nak jumpa ramadhan tahun depan..

tapi kali ni aku memang rasa sayang eh rasa sayang sayang eh nak tinggalkan ramadhan. rasa macam tak semangat nak raikan hari kemenangan,syawal. tak tahu kenapa. rasa macam something missing. rasa macam tak cukup taqwa dalam bulan ramadhan ni. masih banyak yang perlu diperbaiki.

kemenangan ramadhan itu ialah taqwa.
syawal tu datang meraikan kemenangan. 
kalau takde/kurangnya taqwa pada bulan ramadhan,
apa yang nak diraikan?
-somewhere from youtube

ahh sedih lah pulakk

jadi dikesempatan ini, aku betul-betul ikhlas mintak ampun maaf dari akar rambut sampai ke hujung kuku kaki. semoga lebur lah dosa-dosa yang aku lakukan sesama manusia.

salam lebaran 2013 :)

p/s: aku kalau datang mood muhasabah diri memang macam ni, kalau datang perangai otak zeng-takbetul tak jadi ape jugakk, hesy, kelam!