posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Saturday, 6 July 2013

homemade aiskrim viva la diva

hari ni aku takde ape nak buat. (padahal baru balik driving school). dengan cuaca yang begitu panas, nak keluar pon fikir lapan puluh kali...

aku kalau dah boring tahap infiniti boleh sampai mengamuk tau. kalau lawan dengan incredible hulk pon insyaallah aku boleh menang. cehh sangatt

asyik melepek je kat atas katil. asal tak tahu nak buat apa je aku bukak peti sejuk. dalam sehari tu adalah dalam doploh kali aku bukak tutup peti sejuk dengan harapan ayam ikan mak tu bertukarlah jadi harta karun dan wang berjuta-juta. bab-bab berangan ni serah je lah kat aku, kohompem menang tanpa bertanding!

panas-panas ni kalau dapat aiskrim memang orang kata pehh sangat lah. nak-nak aku memang hantu aiskrim. aku suka aiskrim sebab rasa.. aiskrim lahh (jawapan mintak pnumbuk bongsu)  tapi kalau aiskrim 20 sen tu tak nak lah. baik sejukkan air dalam cawan je. so, aku gugel la resepi aiskrim. kot kot ada resepi aiskrim baskin robinhood ke tutti fruitti ke.

selalu tau membeli je . ape kata kita try buat sendiri sekali sekala. nenek aku kata 'when you never try, you'll never know'. pehh  senang gila wehh buat aiskrim ni ghupanya. senang gila babas. nak menyelesaikan game candy crush pon lagi susah aku rasa.. resepi ni pon aku cilok dari blog cik epal.

bahan-bahannya:

sebiji telur
susu cair satu tin
susu pekat suku tin (ikot tahap kemanisan korang, tapi rasanya suku tin pon dah manis)
satu sudu besar ovalette
esen vanilla/ milo/ apa-apa je perasa ko nak guna

credits to google

ni lah dia ovalette. macam aku dulu, aku pon tak tahu ovalette tu hape. sanggup aku mengugel tengah-tengah malam menggunakan mobile data yang dua hengget tu. ala susah-susah nak cari ko pergi je dekat bahagian kek cari je yang namanya ovalette. jangan ko malas sangat sampai nak beli online. memang tak jumpa lah setahun. satu cup ni baru RM1.20. jimat sangat wehh. dan jangan lupa cari yang tanda halal okayy.

cara-caranya:

masuk kan je semua bahan kecuali esen vanilla/milo/perasa dalam mangkuk adunan. (mangkuk adunan?)
lepas tu pukul lah guna mixer tu sampai kental, gebu dan halus selembut sutera.



pukul sampai jadi macam ni ye uolls


lepas tu bahagi ke beberapa mangkuk. ikot suka hati hengko lah nak buat berapa banyak perisa. aku bahagi 2 je sebab aku cuma ada perisa vanilla dengan coklat je. feeling-feeling drama vanila coklat tak habis lagi..




ni untuk coklat/milo

ni untuk vanila



dah siap tu masuklah dalam bekas pilihan hati masing-masing. ikot daya kreativiti anda lah ye.. nak hias dengan badam ke ceri ke choclate rice ke pisang setandan ke. mak bedah tak kesah...



aku guna tupperware recycle je. baru feeling-feeling macam makan walls selection


tadaaaa!

sebab aku bajet kreatif dan inovatif  kononnya satu bekas tu aku nak buat lah dua bahagian. dan akibat kreativiti aku yang melampau ni lah dia tercampur dan menutupi perisa aku yang cekelat tu. chocolate rice tu tabur banyak-banyak lagi sedap. rasa macam rangup-rangupp.

aiskrim ni makan sejuk-sejuk baru sedappp. eh dah namanya aiskrim mesti lah sejuk. aku tak de lah pulak resepi nak buat aiskrim panas.

tapi aku cadangkan baik ko try sebab gerenti puas hati beb!! giteww. jimat pon memang jimat sangatlahh. duit yang ada tu boleh save beli emas 916. kan dah nak raya kan. ekekekeke

rasa macam blog emak-emak pulak share-share resepi bagai. haha! tapi takpe, sharing iz caring hokayy =p

2 comments: