posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Wednesday, 3 July 2013

gegata!

dah 2 hari aku jadi beruk mak nyeh. tergaru - garu.

terkejut mak bedah bila bangun tidur je tengok kaki tangan keluar bintat-bintat yang besar macm peta malaysia. aku ingat aku dah bertukar jadi rasaksa. syukurlah aku masih manusia. gatalnya pehh tak terucap dengan kata-kata...

aku pon tak tahu punca kenapa boleh kena gegata. aku tak pernah kena gegata, so aku tak tahu lah macam mana perasaanya dan langkah-langkah mengubatinya...kalau kena gigit nyamuk pon adalah keluar bintat secoet je. ini dah bercoet coet. adakah aku kena gigit dengan segerombolan keturunan nyamuk sebab aku tak membalas cintanya? yelah, aku dengan nyamuk ni ibarat bertepuk sebelah tangan. orang dah tak suka, lagi nak dekat. dia baru nak dekat, aku dah pukul dengan sebelah tangan.. camtu lah ceritanya.....

nak kata katil aku tak bersih, katil tu jugaklah tempat aku tidur selama ni. selamat je. nak kata aku tak mandi, aku mandi hokayy. nak kata main longkang main pasir, aku dah lama cuci tangan buat perkara macam tu. nak kata aku alergik, selama ni aku telan je apa kecuali sayur. sangatlah tak logik okayy orang kena alergik lepas makan sayur. dan projek pengenalpastian pon berakhir macam tu je...

aku pon gugel la petua-petua untuk merawat gegata sebab aku malas nak pergi klinik. setakat gegata, doktor pon segan nak rawat hagaknya. segalanya dihujung jari, pantas mudah dan tuntas. tak sesusah menggunting dengan gunting tumpul. amekkaw, perumpamaan tak nak kalah !

aku pilih yang senang je. kuasa aku nak mengenal nama-nama daun untuk digonyoh kat tempat gegata. daun kunyit lah, daun cermai la, daun sireh la. aku kenal pokok kaktus je.. takkan aku nak tonyoh kaktus pulak... ada lagi satu petua, tepung beras campur air. gentel lepas tu bakar. sapu kat tempat gegata. petua ni aku tak try pon sebab leceh. kang hade aku tergaru-garu time menguli...

aku terus sapu minyak masak yang dicampur dengan garam seperti yang disarankan. pehh macam mandi minyak, tinggal tunggu masa je nak goreng. baik sekejap, lepas tu naik balik gegatanya. orang cakap kalau plan A fail, kita move on plan B. aku ambil air suam, aku lap tempat yang terkena gegata tu. alhamdulillah....

mission complete.

p/s: sakit tu penghapus dosa, doa :)

1 comment:

  1. kadang2 sbb salur darah mengcil dan membesar mendadak akibat suhu skeliling kita..cuba elakkn trlalu sejuk @terlalu panas

    ReplyDelete