posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Saturday, 6 July 2013

homemade aiskrim viva la diva

hari ni aku takde ape nak buat. (padahal baru balik driving school). dengan cuaca yang begitu panas, nak keluar pon fikir lapan puluh kali...

aku kalau dah boring tahap infiniti boleh sampai mengamuk tau. kalau lawan dengan incredible hulk pon insyaallah aku boleh menang. cehh sangatt

asyik melepek je kat atas katil. asal tak tahu nak buat apa je aku bukak peti sejuk. dalam sehari tu adalah dalam doploh kali aku bukak tutup peti sejuk dengan harapan ayam ikan mak tu bertukarlah jadi harta karun dan wang berjuta-juta. bab-bab berangan ni serah je lah kat aku, kohompem menang tanpa bertanding!

panas-panas ni kalau dapat aiskrim memang orang kata pehh sangat lah. nak-nak aku memang hantu aiskrim. aku suka aiskrim sebab rasa.. aiskrim lahh (jawapan mintak pnumbuk bongsu)  tapi kalau aiskrim 20 sen tu tak nak lah. baik sejukkan air dalam cawan je. so, aku gugel la resepi aiskrim. kot kot ada resepi aiskrim baskin robinhood ke tutti fruitti ke.

selalu tau membeli je . ape kata kita try buat sendiri sekali sekala. nenek aku kata 'when you never try, you'll never know'. pehh  senang gila wehh buat aiskrim ni ghupanya. senang gila babas. nak menyelesaikan game candy crush pon lagi susah aku rasa.. resepi ni pon aku cilok dari blog cik epal.

bahan-bahannya:

sebiji telur
susu cair satu tin
susu pekat suku tin (ikot tahap kemanisan korang, tapi rasanya suku tin pon dah manis)
satu sudu besar ovalette
esen vanilla/ milo/ apa-apa je perasa ko nak guna

credits to google

ni lah dia ovalette. macam aku dulu, aku pon tak tahu ovalette tu hape. sanggup aku mengugel tengah-tengah malam menggunakan mobile data yang dua hengget tu. ala susah-susah nak cari ko pergi je dekat bahagian kek cari je yang namanya ovalette. jangan ko malas sangat sampai nak beli online. memang tak jumpa lah setahun. satu cup ni baru RM1.20. jimat sangat wehh. dan jangan lupa cari yang tanda halal okayy.

cara-caranya:

masuk kan je semua bahan kecuali esen vanilla/milo/perasa dalam mangkuk adunan. (mangkuk adunan?)
lepas tu pukul lah guna mixer tu sampai kental, gebu dan halus selembut sutera.



pukul sampai jadi macam ni ye uolls


lepas tu bahagi ke beberapa mangkuk. ikot suka hati hengko lah nak buat berapa banyak perisa. aku bahagi 2 je sebab aku cuma ada perisa vanilla dengan coklat je. feeling-feeling drama vanila coklat tak habis lagi..




ni untuk coklat/milo

ni untuk vanila



dah siap tu masuklah dalam bekas pilihan hati masing-masing. ikot daya kreativiti anda lah ye.. nak hias dengan badam ke ceri ke choclate rice ke pisang setandan ke. mak bedah tak kesah...



aku guna tupperware recycle je. baru feeling-feeling macam makan walls selection


tadaaaa!

sebab aku bajet kreatif dan inovatif  kononnya satu bekas tu aku nak buat lah dua bahagian. dan akibat kreativiti aku yang melampau ni lah dia tercampur dan menutupi perisa aku yang cekelat tu. chocolate rice tu tabur banyak-banyak lagi sedap. rasa macam rangup-rangupp.

aiskrim ni makan sejuk-sejuk baru sedappp. eh dah namanya aiskrim mesti lah sejuk. aku tak de lah pulak resepi nak buat aiskrim panas.

tapi aku cadangkan baik ko try sebab gerenti puas hati beb!! giteww. jimat pon memang jimat sangatlahh. duit yang ada tu boleh save beli emas 916. kan dah nak raya kan. ekekekeke

rasa macam blog emak-emak pulak share-share resepi bagai. haha! tapi takpe, sharing iz caring hokayy =p

Wednesday, 3 July 2013

gegata!

dah 2 hari aku jadi beruk mak nyeh. tergaru - garu.

terkejut mak bedah bila bangun tidur je tengok kaki tangan keluar bintat-bintat yang besar macm peta malaysia. aku ingat aku dah bertukar jadi rasaksa. syukurlah aku masih manusia. gatalnya pehh tak terucap dengan kata-kata...

aku pon tak tahu punca kenapa boleh kena gegata. aku tak pernah kena gegata, so aku tak tahu lah macam mana perasaanya dan langkah-langkah mengubatinya...kalau kena gigit nyamuk pon adalah keluar bintat secoet je. ini dah bercoet coet. adakah aku kena gigit dengan segerombolan keturunan nyamuk sebab aku tak membalas cintanya? yelah, aku dengan nyamuk ni ibarat bertepuk sebelah tangan. orang dah tak suka, lagi nak dekat. dia baru nak dekat, aku dah pukul dengan sebelah tangan.. camtu lah ceritanya.....

nak kata katil aku tak bersih, katil tu jugaklah tempat aku tidur selama ni. selamat je. nak kata aku tak mandi, aku mandi hokayy. nak kata main longkang main pasir, aku dah lama cuci tangan buat perkara macam tu. nak kata aku alergik, selama ni aku telan je apa kecuali sayur. sangatlah tak logik okayy orang kena alergik lepas makan sayur. dan projek pengenalpastian pon berakhir macam tu je...

aku pon gugel la petua-petua untuk merawat gegata sebab aku malas nak pergi klinik. setakat gegata, doktor pon segan nak rawat hagaknya. segalanya dihujung jari, pantas mudah dan tuntas. tak sesusah menggunting dengan gunting tumpul. amekkaw, perumpamaan tak nak kalah !

aku pilih yang senang je. kuasa aku nak mengenal nama-nama daun untuk digonyoh kat tempat gegata. daun kunyit lah, daun cermai la, daun sireh la. aku kenal pokok kaktus je.. takkan aku nak tonyoh kaktus pulak... ada lagi satu petua, tepung beras campur air. gentel lepas tu bakar. sapu kat tempat gegata. petua ni aku tak try pon sebab leceh. kang hade aku tergaru-garu time menguli...

aku terus sapu minyak masak yang dicampur dengan garam seperti yang disarankan. pehh macam mandi minyak, tinggal tunggu masa je nak goreng. baik sekejap, lepas tu naik balik gegatanya. orang cakap kalau plan A fail, kita move on plan B. aku ambil air suam, aku lap tempat yang terkena gegata tu. alhamdulillah....

mission complete.

p/s: sakit tu penghapus dosa, doa :)

jejak kasih...

2 hari lepas aku jumpa member aku time sekolah rendah. fahrul nama dia. tak ingat full name dia. fahrul razi ke fahrul nizam lebih kurang macam tu la...

padahal rumah sekangkang hamster je. mak dia selalu la aku jumpa. nak dijadikan cerita, pak cik isa (ejen yang uruskan lesen) berhenti rumah dia. dan keluarlah seorang jejaka berbadan taff. jejaka lah sangat...

"ni fahrul ke abang dia ek? takkan lah fahrul taff plus tembam plus gedabak macamni?" getus hati kecilku (tak payah nak getus menggetus sangatlah. hengko hengat nak buat novel ke hape)

yela kan dah berapa tahun tak jumpa. last aku jumpa dia darjah 6. haa, ko kira la sendiri berapa terpisah. cewahh macam lah pasangan kekasih.. lagipun aku ni memang ada masalah sikit nak cam wajah orang. aku kenal dia pon sebab berhenti rumah mak dia. hahaha adeke

dalam setengah jam jugaklah kita orang main tarik tali dalam hati. aku pandang dia, dia pandang tempat lain. dia pandang aku, aku pandang tempat lain. pehh dah macam cerita hendon wa cakap lu. nasib baik la aku ni bukan golongan pemalu tak bertempat. aku tegur je. haa mmg tepat sangkaan aku tu member aku. dia pon kenal aku laaa. berbunga hati ini. kenapa hati mesti keluar bunga, kalau keluar duit kan bagus...

lantas mengimbau kenangan lalu...

dia pernah bagi aku kad raya. aku ni memang natural born tak suka cintan cintun dan sewaktu dengannya. aku memang benci dia. benci sangat-sangat walaupun time tu dia hengsem nak arwah dan menjadi pujaan hati ramai. dulu dia sangat comel hokayy. pakai songkok, specky, kemeja lengan panjang (librians la katekann). dia dulu stok stok skema plus alim laa.

lepas tu aku pergi jumpa dia sambil bawak kad raya. aku koyak-koyak depan dia lepastu aku pijak-pijak ceraian kad tadi sambil buat muka berlagak dan menyampah tahap cipan. cipan pun tak macam tu aku rasa.

lepas tu dia nangis. aku selamba hipopotamus je berjalan meninggalkan tanpa menoleh kebelakang lagi.. (ayat nak sastera je!)




sengal gila aku buat macam tu dan sengal lagi orang yang mempercayai ceritaku di atas ini. kehkehkhekk

takde mende yang menarik pon pasal aku dengan dia kat sekolah dulu. aku cuma suka tengok dia melukis je. sebab dia pandai melukis.

tu je? ye, tu je.

hahahaha! bye entri yang membosankan..