posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Friday, 17 May 2013

wake up and get sweat

perempuan sekarang asyik nak kurus. sindrom nak kurus. kalau boleh nak kurus kalau boleh sampai tinggal tulang rangka.sindrom nak kurus ni contiguous. contohnya bila someone cakap dia dah gemuk kepada kawannya, automatik kawan dia juga akan merasa dirinya gemuk. maka sindrom ini akan berjangkit dan merebak hampir ke seluruh populasi tersebut. sindrom nak kurus ni dah macam viral HIV yang spread quickly.

dan hampir kesemua perempuan di seluruh Malaysia sedang hebat memperkatakan tentang sindrom ini. baik di laman facebook, twitter, blog, instagram dan sebagainya. tak tahu lah pulak apa khabarnya di friendster, myuspace dan tagged. produk-produk or jamu-jamu obat kurus semakin berleluasa. rasanya dah boleh jump to conclusion kot..

ironinya, aku juga seorang perempuan. huhu

puas sudah aku cakap aku kurus. nak sedapkan hati punya fasal. hari-hari nak sedapkan hati sendiri lama-lama dia rasa tertipu juga.

kaji punya kaji, aku rasa aku dah lama gila tak excercise. aku ni boleh la dikategorikan dalam golangan pemalas nauzubillahi min zalik kalau bab bab bersukan ni. nak nampak aku lari setempat pon payah, lagi lah berjogging. aku rasa majoritinya perempuan dalam kelompok ini. sebab aku tengok budak lelaki suka gila kuasa infiniti kalau bab sukan. kelas tak datang tapi boleh pulak terpacak kat padang pukul 4. bayangkanlah.

ada gene semangat kesukanan ke dalam chromosome Y tu?

aku tak percaya pon herbalife ke teh orang kampung ke london weight management ke. kalau ko amek  obat kurus ni, tapi makan aci redah plus tak excercise tak kurus kurus jugak.

jadi aku melancarkan program wake up and get sweat untuk diri sendiri. lepas subuh, aku nak jogging. itu yang aku niat hari-hari.

tapi aku rasa aku dah boleh terjun lombong. sebab aci niat hari-hari tapi perlaksanaannye tak ada. kalau ikut cara aku bolehlah kurus tapi dalam mimpi.

dah, itu je nak bebel. kbye!



No comments:

Post a Comment