posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Tuesday, 7 May 2013

pasar

tempat yang sesak
tempat orang orang kebanyakan berkumpul

salah satu tempat orang berpeluang berbelanja dengan murah.
salah satu tempat penjual dan pembeli melakukan aktiviti tawar menawar.

tak kira lah ape jenis pasar sekalipun. pasar malam, pasar siang, pasar tani, pasar isnin, selasa, rabu,khamis,jumaat, ia tetap akan dipanggil pasar. pasaraya tu tak masuk forum hari ini ok =)

aku juga orang kebanyakan. rakyat biasa, golongan sederhana yang biasa menjejakkan kaki ke pasar. aku tak pernah jijik walaupun berlecak, hanyir, busuk sekalipun. tapi, kalau ada lopak ye elak. jangan aci redah je

perkara yang paling aku suka sangat berkaitan dengan pasar ni ialah kegigihan seorang perniaga untuk mencari rezeki. untuk mencari sesuap nasi. mungkin. aku kagum dengan kegigihan mereka. berpanas berhujan tetap tidak berganjak dari gerai mereka. aku juga terfikir "bagaimana kalau barang jualan mereka tidak laku? atau tidak menguntungkan? atau malah kebarangkalian ianya merugikan? "

dipendekkan cerita, aku ke pahang beberapa hari yang lalu. singgah sebentar di pasar taktahunamanya. cuma yang aku pasti ianya di muadzam. selaras dengan sikapku yang observant, suka memerhatikan manusia akhirnya menemukan aku dengan dua orang anak kecil yang menjual belon gas berbagai bentuk. gigihnya anak kecil dalam lingkungan darjah 4 itu melayan pelanggannya.. manakala si kecil dalam 6 tahun cekal menemani abangnya. kornea mata aku tercari cari kelibat ibunya. tak pun bapanya. namun tak berjumpa.

lalu aku simpulkan yang memang  mereka berdua yang menjadi 'tauke' kedai belon gas itu. gigih dan tabahnya hatimu, adikku. kecik kecik dah berpengalaman bekerja. aku dulu kecik kecik masih main pondok-pondok, kawen kawen, panjat pokok sana sini, main berudu tepi longkang dan banyak lagi perkara yang tak berfaedah, hehehe

tak tahu nak hurai macam mana, yang penting aku sangat kagum dengan mereka...

No comments:

Post a Comment