posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Thursday, 2 May 2013

hantu gemok

aku tak berapa gemar dan kurang minat dan kadang-kadang memang tak ada minat langsung  tengok cerita hantu. Cerita hantu ni tak berwawasan. Ia cuma memperkotak-katikkan perasaan orang yang menengok dengan memainkan lagu-lagu dan sound effect terkejut waktu babak ngeri. Apa ni? Apa agenda yang nak dicapai?pengarah filem nak kasi orang mati sakit jantung sehari seorang ke?

by the way, hantu dalam filem takde yang gemuk. Setakat yang aku tengok lah.

Pada pendapat aku, penampilan mutu dan kualiti hantu sebagai makhluk yang buruk dan busuk amatlah bersesuaian. Hantu pun memang asalnya manusia yang jahat jadi bila mereka mati, kejahatan itu dizahirkan  dalam bentuk fizikal mereka.

Yang aku nak marah tu kenapa tak jadikan hantu ni sebagai sesuatu yang gemuk? 150kg mungkin. Ini tidak. Semuanya kurus, slim, berat badan 40kg, jumlah luas permukaan per isipadu yang solid dan tinggi per kilogram yang perfect (kecuali hantu galah).

Apa ni? Tolong lah kasi diorang gemuk.

ke mungkin sebab hantu kurus senang nak terbang? hmmm

2 comments: