posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Thursday, 28 November 2013

Life update

assalamualaikum..

lama dah tak update blog ni kann. sunyi sepi sesepi suasana malam ni.

aku ada je, cuma busy

aku ada je, cuma mood takde

aku ada je, cuma malas nak menaip

aku ada je, cuma byk kerja (okay, dah redundant to point number 1)

My life going well so far. yelah back to student life kan, haruslah kucar kacir tonggang terbalik tertonggeng-tonggeng dengan life yang penuh liku-liku dan ranjau ni. okay, student degree je pon, aku punya description macamlah tengah buat master/phd. ye, aku memang over sikit.

tapi memang lah kan, siapa yang dok mencanang duduk universiti ni best gila bapak moyang mak nenek babun, memang lah nak kena hempuk dgn text book genetics aku.

aku rasa zaman aku tadika lagi best. walaupun time tu berhingus srott srett srott srett lagi, kena marah sebab buat huruf 'b' jadi 'd', kena marah dengan cikgu sebab kantoi buang makanan bawah desk meja. tapi bukan salah aku. dah cekodok tu ada sayur. ok time ni lah kau nak throwback back backk kan.

tapi walauapapun..

dont give up. just dont

and keep move on.

assignment kauu!!! *facepalm

ok bye tatatititutu (adakah pengakhiran begini membosankan? haha lantak)

Monday, 26 August 2013

even longer


A friend is a hand that is holding yours no matter how close or far apart you may be.
A friend is always there, always care
A friend is a feeling forever inside, heart

Things is i just hate secret. because i do share everything. every-single-things.

but most of things, aku yang tak appreciate member. because i dont speak softly, no act gently.

hell yeah, i'm that bad.

aku takde pon member yang "come hell or high water"..

saya ok. saya dah besar =)

sabariah binti sabar

STRESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!

p/s: entri ini merupakan sebuah luahan rasa. coretan tanpa niat untuk mengaibkan pihak lain mahupun melabel diri sebagai insan yang baik, mulia dsb..

kalau screen monitor boleh keluarkan suara jeritan batinku baru kau tahu apa stress yang aku alami sekarang ni. yang pasti bukan eustress

yes i know about "no matter how bad someone treats you. never spread to the whole world to show you're true. yet the one and only looking bad is.. you"

yeah, i'm try. tapi penat kot membebel dalam hati je dari tadi. hasilnye, berapa biji pinggan dengan cawan aku terpecahkan.

pahala? hmm lagi lahh

kbye

footnote: sebenarnye dah taip panjang, lepas delete ni je yang tinggal. apa-apa je lah farahin

Sunday, 25 August 2013

bercinta selepas nikah

siapa tak nak kan bercinta selepas nikah..

aku pun nak.

mengelakkan maksiat. memang la kita tak de cuit sana cuit sini, tapi maksiat hati siapa nak tolong? syaitan adalah tolong.. hasut

sekarang macam dah trend kahwin awal...

tapi takde sorang pon membe aku kawen awal. tsk tsk. ekcited tu kalau ada member kawen awal. nak nak julia tu. hahaha. memang aku sanggup potongkan kuku kaki dia.

tapi kalau tetiba je ada orang datang meminang, tak ke nak terbalik dunia kau..

tapi aku memang malas nak berchenta pon (hint terang-terangan tanpa rasa berdosa)

gaya aku cakap macam nak paksa org meminang je kan?


eh, tolonglah bagi pelempang sedas dua..

Saturday, 24 August 2013

resepi apam polkadot dot dot

assalamualaikum.. today i wanna share you on how to make apam polkadot..

eheh. bajet chef wan je. chef wan pon cakap melayu. oh btw, lama ek tak nampak chef wan? further studies ke?

***cut the crap plishhhh***

secara tiba-tiba je mak suruh aku masak something for the kids yang nak datang marhaban. rombongan sekolah rendah katekauuu. kalau rombongan meminang tak adenya nak masak apam polkadot. aku masak spaghetti dengan sambal belacan. Italian Malaysianaaa. tu pon kalau dapat mak mentua from itali laaa. jadahnye kau niee -.-

memandangkan kids sekarang judge the food by its looks, aku buat apam polkadot je lah. aku mestilah nak buat hidangan yang mudah dan sesimple je. sesiapa yang suka bajet-bajet diri kreatif boleh la try. sebab bukan dot dot je ko boleh lukis.. nak lukis muka Gu Jun Pyo pon boleh.

resepi ni aku tak hengat dari blog siapa.

BAHAN-BAHAN

  • 3 biji telur dari peti sejuk 
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan susu cair (apa brand pon, no prob)
  • 3 sudu baking powder
  • 1 sudu ovalette (kalau tak tahu, google)
  • 1 sudu esen vanilla
  • pewarna (nak warna ijau taik lembu pon tade hal)
  •  filling (coklat/blueberry/strawberry/kaya/nutella dsb)  
filling tu kalau tak letak pon tak de orang nak marah. ikot tekak sdn.bhd lah ye

CARA-CARA

Masukkan telur, gula dan ovalette dalam mixer. lepastu putar dengan kelajuan maximum sampai dia jadi putih gebu-gebu gitu

Then cuah je semua bahan yang lain except pewarna dengan filling. putar la gerudi tu sampai kau rasa puas hati.

Dah puas hati, bahagikan kepada beberapa bahagian. masukkan pewarna yang hengko nak guna.
(kalau ada 100 warna, kau bahagi lah 100 mangkuk)

masukkan setiap adunan yang diwarnakan tadi dalam piping bag ( 1 warna 1 piping bag ok).

Masukkan papercup dalam loyang khusus untuk papercup/mangkuk yang lebih kurang sama saiz dengan papercup tu. aku first time buat excited sampai lupa nak masuk dalam cawan, hamekkaw bersimpang siur adunan aku dalam papercup tuu.


 camni la lebih kurang. gambar ehsan google..

Picitkan adunan ke dalam papercup. tapi jangan sampai penuh, separuh is better. masukkan filling (kalau nak letak la) picit lagi adunan yang sama sampai penuh. La ni hang boleh la bikin corak ikut kreativiti masing-masing..

Dah siap tu, kukuslah dengan api sederhana dalam 10-15 minit dan saksikan hasilnya. gud luck! =)


 aku buat stroberi dgn dot-dot je. sebab aku buat angrybird tak jadi. huhu sebab takde kaler hitam, aku guna coklat. bukan pewarna coklat. memang coklat. lepastu bila kukus, dia cair la dah tak jadi muka angry bird. haruuu

p/s: sebenarnya tak terniat pon nak share resepi kat blog. sebab tu gambar seketul ajee. kbye

Thursday, 22 August 2013

nak jugak pakai shawl

hari ni aku buat kerja gila..

try pakai shawl, motipnya adalah SESAJA. motip nak keluar tu tak dak pon.

saja, tengok hakak-hakak blogger pakai alahai aku yang perempuan pon terpikat derr. kemas je.

aku pon cuba lah mengikut tutorial yang melambak kat youtube ni haaa.

lilit punya lilit aku rasa dah macam sandwich ikan buntal..

syukur, nasib baik aku tak mati tercekik

memang tak lah aku nak keluar pakai shawl. pagi je kemas. petang dah terpusing 360 darjah..

Wednesday, 21 August 2013

chapter puakaa

semalam download lecture notes yang senior dok share kat group..

 habis download, shut down laptop terus tidur. tak cek, baca apatah lagi..

pagi-pagi datang semangat nak printout the note[s] which i thought for year 1, akan tetapi rupanya untuk semester 1. yes, only!

aku selak helaian demi helaian...

sex determination, genetics, meiosis, chromosomes number & structures and the blah blahh blahhh

i was like..

apeni, ape ni, apa ini, apakah iniiiiii... heartbeat rate faster than usual. thump, thump, thump (walaupun sebenarnya heart sound lub dub lub dub)

tetiba je rasa nak demam. enough la print satu subjek (tu pon tak habis). dok dalam bilik, baring, facepalm, pejam mata, fikir..

lama...

chapter tu aku tak pernah suka. no nehi never. dulu belajar kat matrik pon sampai member dah tak tau nak terangkan kat aku lagu mana. terkulat-kulat dia dengan aku yang banyak soal..

i did it pass. tapi dah lama kot. chapter yang aku tak faham, aku pakat hafal je. kat u boleh ke?

hmmmm

boleh kot?

takpe, i take it as challenges (huarghhhh)

hidup ku kini..

aku rasa noob gila, useless pon ada..

dua kali ambil driving license pon gagal, tak ke kau rasa betapa jahil dan bebalnya ilmu kemahiran pemanduan di jalan raya?

asyik nak salahkan kereta je pon tak boleh jugak.. "dapat kete handbrake ketat doe" "aku mana pernah drive viva" alasan budak-budak sangat. terima je lah kenyataan.

mungkin Allah tak bagi aku lulus sebab kmungkinan besar aku bakal membahayakan nyawa orang? kan ke setiap yang berlaku ada hikmah? mak jemah positipp je laa

sampai lah suatu masa tu aku buat keputusan...

 "mak, kita malas lah nak ambik lesen lagi" kataku

"ahh, tak kira kau amik lesen berapa banyak kali pon sampai lulus" mak balas sedas

"mak ni orang tak nak tu tak nak la. kan dah cakap orang tak nak amik lesen, mak paksa. buat perabih duit mak je lulus tak jugak blablabla" bebelku sambil masuk ke bilik..

dalam diri ni, banyak je syaitonirrojim yang ajak aku lari rumah. semata sebab tak nak amik lesen. nampak kebuduhannya di situ. tapi aku Islam. ada maruah, ada family, ada gak polis nak cari (ayat macam kena kawen paksa je)

sekarang ni aku menghitung hari dan waktu. untuk amik lesen kali ketiga LOL

feeling  bad..

p/s:cerita kat sini semuanya dusta semata kecuali part yang aku fail driving license 2 kali tuu..

Thursday, 15 August 2013

of biochemistry, UKM

aku selalu memikirkan masa depan..

biasalah perempuan, overthink.

kebelakangan ni aku cepat terasa hati, sensitif, lembik sebijik sifat-sifat perempuan. dan aku tak sangka aku ada air mata. hehe! dah berapa tahun aku tak nangis sebab aku bukannya suka nangis pon. compare to my life in secondary school, i'm the strongest. boyish, brutal, kata je lah apa aku buat dunno je. even masa aku dpt result spm, still huha huha. LOLs
 .
baik lah, sejujurnya aku bakal melanjutkan pelajaran ke UKM. degree in BIOCHEMISTRY. aku bukannya dapat kos lelong or whatsoever, kos tu pon masuk dalam list pilihan aku. pilihan ke 4. things is different. everybody is happy but i didn't. i cry a lot kott. pantang org tanya kos ape, aku jawab dengan air mata. 3 hari yang berlalu rasa macam zaman kejatuhan aku. feeling worse.but still, makan ok, mandi ok, everything ok. tapi betullah, tears is out of control. sukahati dia je nak keluar time bila. puii bikin malu je

to be frank, sebenarnya aku nak sangat health science. pilihan satu, dua, tiga aku semua aku mohon health science. tapi dapatnye science & technology. entah dah besar godang ni aku suka hospital. i like everything about hospital. the smells, the people.. aku memang tak layak la nak jadi dokter, tapi aku nak kerja kat hospital. kat lab ke, dieticians ke tak kesah la. jadi bila tak dapat tu, rasa macam ditusuk sembilu. sembilu lah sangat....

dan bermacam-macam feedback aku dapat

(cousin, medical student)
A: dapat kos ape?
ME: biochem
A: pehhh kalau diberi peluang blajo balik biochem, mmg aku tak nak

(friend, medical student)
B:dapat kos ape?
ME:biochem..
B: hebat arr, biochem is the toughest subject kott

(pegawai bank)
C:dapat kos ape,dik?
ME:biochem..
C: hoh? takut abg mndengarnya..

HAHAHAHAAH!

masa berlalu. alhamdulillah aku pon dah boleh terima. rasa macam tak senonoh gila. annoying. tak bersyukur. tak menerima apa yang Allah bagi. menolak takdir dan bermacam macam lagi lahh..

ada je org dpt 4 flat tapi tak dapat mana-mana. ada je yang dpt resul excellent, ko-k excellent dapat kos lelong.

yeah, i should be grateful.

alhamdulillah


Monday, 5 August 2013

ramadhan versus syawal

assalamualaikum..

hmm awkwardnye nak update blog. sebenarnya banyak je cerita yang aku nak stoghie kat blog ni. tapi banyak pulak penghalangnya. busy plus  penyakit malas berpanjangan tanpa musabab yang kukuh.

things getting faster.. veryy

dunia nak kiamat kan, memang sehari rasa macam satu jam je.

pejam celik pejam celik irine nadia dgn yana khairuddin dah bersalin, maria elena become preggy mommy, cik epal dah nak kahwin, baby dena bahrin dah umur berapa tahun tah.

pejam celik pejam celik ramadhan dah nak berakhir. tinggal lagi 2 hari je dah nak raya dan aku sempat pulak update blog time-time genting macam ni. hehe

entahlah, i think i didn't give the best ramadhan kali ni. yet it's the best compare dgn ramadhan sebelum-sebelum ni. hopefully masih diberi kesesmpatan nak jumpa ramadhan tahun depan..

tapi kali ni aku memang rasa sayang eh rasa sayang sayang eh nak tinggalkan ramadhan. rasa macam tak semangat nak raikan hari kemenangan,syawal. tak tahu kenapa. rasa macam something missing. rasa macam tak cukup taqwa dalam bulan ramadhan ni. masih banyak yang perlu diperbaiki.

kemenangan ramadhan itu ialah taqwa.
syawal tu datang meraikan kemenangan. 
kalau takde/kurangnya taqwa pada bulan ramadhan,
apa yang nak diraikan?
-somewhere from youtube

ahh sedih lah pulakk

jadi dikesempatan ini, aku betul-betul ikhlas mintak ampun maaf dari akar rambut sampai ke hujung kuku kaki. semoga lebur lah dosa-dosa yang aku lakukan sesama manusia.

salam lebaran 2013 :)

p/s: aku kalau datang mood muhasabah diri memang macam ni, kalau datang perangai otak zeng-takbetul tak jadi ape jugakk, hesy, kelam!

Saturday, 6 July 2013

homemade aiskrim viva la diva

hari ni aku takde ape nak buat. (padahal baru balik driving school). dengan cuaca yang begitu panas, nak keluar pon fikir lapan puluh kali...

aku kalau dah boring tahap infiniti boleh sampai mengamuk tau. kalau lawan dengan incredible hulk pon insyaallah aku boleh menang. cehh sangatt

asyik melepek je kat atas katil. asal tak tahu nak buat apa je aku bukak peti sejuk. dalam sehari tu adalah dalam doploh kali aku bukak tutup peti sejuk dengan harapan ayam ikan mak tu bertukarlah jadi harta karun dan wang berjuta-juta. bab-bab berangan ni serah je lah kat aku, kohompem menang tanpa bertanding!

panas-panas ni kalau dapat aiskrim memang orang kata pehh sangat lah. nak-nak aku memang hantu aiskrim. aku suka aiskrim sebab rasa.. aiskrim lahh (jawapan mintak pnumbuk bongsu)  tapi kalau aiskrim 20 sen tu tak nak lah. baik sejukkan air dalam cawan je. so, aku gugel la resepi aiskrim. kot kot ada resepi aiskrim baskin robinhood ke tutti fruitti ke.

selalu tau membeli je . ape kata kita try buat sendiri sekali sekala. nenek aku kata 'when you never try, you'll never know'. pehh  senang gila wehh buat aiskrim ni ghupanya. senang gila babas. nak menyelesaikan game candy crush pon lagi susah aku rasa.. resepi ni pon aku cilok dari blog cik epal.

bahan-bahannya:

sebiji telur
susu cair satu tin
susu pekat suku tin (ikot tahap kemanisan korang, tapi rasanya suku tin pon dah manis)
satu sudu besar ovalette
esen vanilla/ milo/ apa-apa je perasa ko nak guna

credits to google

ni lah dia ovalette. macam aku dulu, aku pon tak tahu ovalette tu hape. sanggup aku mengugel tengah-tengah malam menggunakan mobile data yang dua hengget tu. ala susah-susah nak cari ko pergi je dekat bahagian kek cari je yang namanya ovalette. jangan ko malas sangat sampai nak beli online. memang tak jumpa lah setahun. satu cup ni baru RM1.20. jimat sangat wehh. dan jangan lupa cari yang tanda halal okayy.

cara-caranya:

masuk kan je semua bahan kecuali esen vanilla/milo/perasa dalam mangkuk adunan. (mangkuk adunan?)
lepas tu pukul lah guna mixer tu sampai kental, gebu dan halus selembut sutera.



pukul sampai jadi macam ni ye uolls


lepas tu bahagi ke beberapa mangkuk. ikot suka hati hengko lah nak buat berapa banyak perisa. aku bahagi 2 je sebab aku cuma ada perisa vanilla dengan coklat je. feeling-feeling drama vanila coklat tak habis lagi..




ni untuk coklat/milo

ni untuk vanila



dah siap tu masuklah dalam bekas pilihan hati masing-masing. ikot daya kreativiti anda lah ye.. nak hias dengan badam ke ceri ke choclate rice ke pisang setandan ke. mak bedah tak kesah...



aku guna tupperware recycle je. baru feeling-feeling macam makan walls selection


tadaaaa!

sebab aku bajet kreatif dan inovatif  kononnya satu bekas tu aku nak buat lah dua bahagian. dan akibat kreativiti aku yang melampau ni lah dia tercampur dan menutupi perisa aku yang cekelat tu. chocolate rice tu tabur banyak-banyak lagi sedap. rasa macam rangup-rangupp.

aiskrim ni makan sejuk-sejuk baru sedappp. eh dah namanya aiskrim mesti lah sejuk. aku tak de lah pulak resepi nak buat aiskrim panas.

tapi aku cadangkan baik ko try sebab gerenti puas hati beb!! giteww. jimat pon memang jimat sangatlahh. duit yang ada tu boleh save beli emas 916. kan dah nak raya kan. ekekekeke

rasa macam blog emak-emak pulak share-share resepi bagai. haha! tapi takpe, sharing iz caring hokayy =p

Wednesday, 3 July 2013

gegata!

dah 2 hari aku jadi beruk mak nyeh. tergaru - garu.

terkejut mak bedah bila bangun tidur je tengok kaki tangan keluar bintat-bintat yang besar macm peta malaysia. aku ingat aku dah bertukar jadi rasaksa. syukurlah aku masih manusia. gatalnya pehh tak terucap dengan kata-kata...

aku pon tak tahu punca kenapa boleh kena gegata. aku tak pernah kena gegata, so aku tak tahu lah macam mana perasaanya dan langkah-langkah mengubatinya...kalau kena gigit nyamuk pon adalah keluar bintat secoet je. ini dah bercoet coet. adakah aku kena gigit dengan segerombolan keturunan nyamuk sebab aku tak membalas cintanya? yelah, aku dengan nyamuk ni ibarat bertepuk sebelah tangan. orang dah tak suka, lagi nak dekat. dia baru nak dekat, aku dah pukul dengan sebelah tangan.. camtu lah ceritanya.....

nak kata katil aku tak bersih, katil tu jugaklah tempat aku tidur selama ni. selamat je. nak kata aku tak mandi, aku mandi hokayy. nak kata main longkang main pasir, aku dah lama cuci tangan buat perkara macam tu. nak kata aku alergik, selama ni aku telan je apa kecuali sayur. sangatlah tak logik okayy orang kena alergik lepas makan sayur. dan projek pengenalpastian pon berakhir macam tu je...

aku pon gugel la petua-petua untuk merawat gegata sebab aku malas nak pergi klinik. setakat gegata, doktor pon segan nak rawat hagaknya. segalanya dihujung jari, pantas mudah dan tuntas. tak sesusah menggunting dengan gunting tumpul. amekkaw, perumpamaan tak nak kalah !

aku pilih yang senang je. kuasa aku nak mengenal nama-nama daun untuk digonyoh kat tempat gegata. daun kunyit lah, daun cermai la, daun sireh la. aku kenal pokok kaktus je.. takkan aku nak tonyoh kaktus pulak... ada lagi satu petua, tepung beras campur air. gentel lepas tu bakar. sapu kat tempat gegata. petua ni aku tak try pon sebab leceh. kang hade aku tergaru-garu time menguli...

aku terus sapu minyak masak yang dicampur dengan garam seperti yang disarankan. pehh macam mandi minyak, tinggal tunggu masa je nak goreng. baik sekejap, lepas tu naik balik gegatanya. orang cakap kalau plan A fail, kita move on plan B. aku ambil air suam, aku lap tempat yang terkena gegata tu. alhamdulillah....

mission complete.

p/s: sakit tu penghapus dosa, doa :)

jejak kasih...

2 hari lepas aku jumpa member aku time sekolah rendah. fahrul nama dia. tak ingat full name dia. fahrul razi ke fahrul nizam lebih kurang macam tu la...

padahal rumah sekangkang hamster je. mak dia selalu la aku jumpa. nak dijadikan cerita, pak cik isa (ejen yang uruskan lesen) berhenti rumah dia. dan keluarlah seorang jejaka berbadan taff. jejaka lah sangat...

"ni fahrul ke abang dia ek? takkan lah fahrul taff plus tembam plus gedabak macamni?" getus hati kecilku (tak payah nak getus menggetus sangatlah. hengko hengat nak buat novel ke hape)

yela kan dah berapa tahun tak jumpa. last aku jumpa dia darjah 6. haa, ko kira la sendiri berapa terpisah. cewahh macam lah pasangan kekasih.. lagipun aku ni memang ada masalah sikit nak cam wajah orang. aku kenal dia pon sebab berhenti rumah mak dia. hahaha adeke

dalam setengah jam jugaklah kita orang main tarik tali dalam hati. aku pandang dia, dia pandang tempat lain. dia pandang aku, aku pandang tempat lain. pehh dah macam cerita hendon wa cakap lu. nasib baik la aku ni bukan golongan pemalu tak bertempat. aku tegur je. haa mmg tepat sangkaan aku tu member aku. dia pon kenal aku laaa. berbunga hati ini. kenapa hati mesti keluar bunga, kalau keluar duit kan bagus...

lantas mengimbau kenangan lalu...

dia pernah bagi aku kad raya. aku ni memang natural born tak suka cintan cintun dan sewaktu dengannya. aku memang benci dia. benci sangat-sangat walaupun time tu dia hengsem nak arwah dan menjadi pujaan hati ramai. dulu dia sangat comel hokayy. pakai songkok, specky, kemeja lengan panjang (librians la katekann). dia dulu stok stok skema plus alim laa.

lepas tu aku pergi jumpa dia sambil bawak kad raya. aku koyak-koyak depan dia lepastu aku pijak-pijak ceraian kad tadi sambil buat muka berlagak dan menyampah tahap cipan. cipan pun tak macam tu aku rasa.

lepas tu dia nangis. aku selamba hipopotamus je berjalan meninggalkan tanpa menoleh kebelakang lagi.. (ayat nak sastera je!)




sengal gila aku buat macam tu dan sengal lagi orang yang mempercayai ceritaku di atas ini. kehkehkhekk

takde mende yang menarik pon pasal aku dengan dia kat sekolah dulu. aku cuma suka tengok dia melukis je. sebab dia pandai melukis.

tu je? ye, tu je.

hahahaha! bye entri yang membosankan..




Tuesday, 25 June 2013

human being

i study human brain. profesional and unprofessionally. eheh
makin banyak aku observe, makin banyak aku kaji, makin banyak yang aku tak faham tentang perangai manusia ni.

contoh yang paling aku tak faham:

A: nah duit yang aku pinjam hari tu (sambil hulur not RM1)
B: eh tak pe lah aku belanja
A: eh takpe aku bayar
B: takpe, aku blnja. singgit je pon
A: takpe takpe takpe takpe takpe takpe takpe takpe takpe takpe takpe takpe takpe takpe aku bayar
B: takpe takpe takpe takpe takpe takpe takpe takpe takpe takpe takpe takpe takpe takpe takpe takpe takpe takpe takpe (sampai esok pagi)

brapa banyak takpe daaaa.

Wednesday, 19 June 2013

the expect and the truth

kadang-kadang benda yang kita sangka tu salah. yang kita tak sangka itulah perkara yang sebenarnya.
itulah kehidupan. (cewah,2013)

kat dunia ni berapa ketul manusia je yang kita kenal? mengikut hukum matematik, nisbahnya 1:10 bagi yang suka bersosial. kemungkinan nisbah bagi yang anti sosial ialah 1/2:10 atau mungkin 1/6:10. tak kisah lah. bukan masuk exam.

tetiba lost idea pulak nak taip apa.. ( 5 minit)

umumnya bila kita jumpa strangers ni mulalah kita guna judge and assume's method. kadang kadang kita ingat dia lebih tua tapi kenyataannya dia sebaya atau lebih muda. kadang kadang kita ingat dia muda tapi sebetulnya dia lebih tua dari kita. sebab tu orang kata apearance melambangkan personaliti. tapi nak buat camana kalau dah dia memang nampak tua / tampak muda dari umur nya. tak boleh nak salahkan sesiapa.

pernah dengar dont judge the food by its colour?
pernah dengar dont judge the day by its weather?
pernah dengar dont judge the book by its cover?

walaupun idiom ni nampak berbeda, tapi membawa maksud yang sama.
sebab tu cikgu cakap kalau tak tahu tanya.



Friday, 14 June 2013

a thought

acapkali terfikir.
 kalau aku mati, ape je kebajikan yang aku buat kat dunia ni?
cukup ke tak ?
kalau neraca timbang kejahatan lebih berat dari kebajikan macam mana?
lepas tu aku akan ditempatkan kat mana?

a) syurga
b)neraka
c) di tengah tengah syurga dan neraka

you choose.
 life kat sana is depend how you are now. setelah menggunakan konsep KUBADATATO (kurungan, bahagi, darab, tambah, tolak) pun aku masih tak dapat kenalpasti amalan baik aku apa. entahkan ada entahkan tidak. yang peliknya, amalan jahat aku ingat pulak. nampak sangat buat jahat berkoyan koyan, sebab tu la ingat. astaghfirullahalazim

appreciate your life.

memikirkannya je pon boleh stimulate tears. kalau betul betul harinya macam mana ye?

life-times-tough

When I was little, I always wanted to grow older, working, driving my own car , to live a dream.

How naive.

Life can be tough on people and sometimes it cracks you up. It will be harder when the crack kicks in little by little, inch by inch, spreading you into bits and pieces, all in tiny blocks of pain.

life can be cruel.

deep.

Friday, 17 May 2013

wake up and get sweat

perempuan sekarang asyik nak kurus. sindrom nak kurus. kalau boleh nak kurus kalau boleh sampai tinggal tulang rangka.sindrom nak kurus ni contiguous. contohnya bila someone cakap dia dah gemuk kepada kawannya, automatik kawan dia juga akan merasa dirinya gemuk. maka sindrom ini akan berjangkit dan merebak hampir ke seluruh populasi tersebut. sindrom nak kurus ni dah macam viral HIV yang spread quickly.

dan hampir kesemua perempuan di seluruh Malaysia sedang hebat memperkatakan tentang sindrom ini. baik di laman facebook, twitter, blog, instagram dan sebagainya. tak tahu lah pulak apa khabarnya di friendster, myuspace dan tagged. produk-produk or jamu-jamu obat kurus semakin berleluasa. rasanya dah boleh jump to conclusion kot..

ironinya, aku juga seorang perempuan. huhu

puas sudah aku cakap aku kurus. nak sedapkan hati punya fasal. hari-hari nak sedapkan hati sendiri lama-lama dia rasa tertipu juga.

kaji punya kaji, aku rasa aku dah lama gila tak excercise. aku ni boleh la dikategorikan dalam golangan pemalas nauzubillahi min zalik kalau bab bab bersukan ni. nak nampak aku lari setempat pon payah, lagi lah berjogging. aku rasa majoritinya perempuan dalam kelompok ini. sebab aku tengok budak lelaki suka gila kuasa infiniti kalau bab sukan. kelas tak datang tapi boleh pulak terpacak kat padang pukul 4. bayangkanlah.

ada gene semangat kesukanan ke dalam chromosome Y tu?

aku tak percaya pon herbalife ke teh orang kampung ke london weight management ke. kalau ko amek  obat kurus ni, tapi makan aci redah plus tak excercise tak kurus kurus jugak.

jadi aku melancarkan program wake up and get sweat untuk diri sendiri. lepas subuh, aku nak jogging. itu yang aku niat hari-hari.

tapi aku rasa aku dah boleh terjun lombong. sebab aci niat hari-hari tapi perlaksanaannye tak ada. kalau ikut cara aku bolehlah kurus tapi dalam mimpi.

dah, itu je nak bebel. kbye!



Wednesday, 15 May 2013

interpersonal crisis

amboi kemain tajuk!

memandangkan blog aku ni takde orang baca, so here i'll spill and throw my feels out. kalau ada orang terbaca entri aku yang ni, buat-buat je la macam tgak baca and please... do not leave any comment okay? so i'll assume that none of you read this. aher aher aher. gaya dah macam sulit lagi menyulitkan aje..

i hate leisure time. seriously aku bukan jenis yang suka duduk duduk, wasting time, nothing to do. aku pilih hidup yang sibuk.more sibuk, more better. sebab kalau aku tak sibuk, aku akan berfikir. sampai overthink. sampai sakit kepala mungkin sebab neuron kat limbic system dah bersimpul mati. macam sekarang.

ada satu hari abah bukak cerita pasal kahwin. dalam hari yang sama someone asked about my bf, my partnership, my man soon to be and i called it whateverr. my friends pon dah start buat macam macam hipotesis about me.dan dalam hari yang sama juga i finished my novel written by hlovate. macam tak tau, karya hlovate ni la pemangkin untuk aku berfikir sampai berselirat medulla oblongata aku. her novels is totally different from novel cinta yang lain. its more to knowledge, sense of motivation, and its about life.

 i push my brain to think hard.

i'm 20. (even baru 19 tahun 5 bulan, tapi kalau based on year i'm 20). i've reached my growing up phase.tipu la kalau cakap aku tak pernah fikir about relationship. tapi biasanya aku anggap macam angin lalu je.

i have no experiences in this love-relationship thingy. aku tak pernah rasa macam mana rasanya bercinta, putus cinta or whatever. i have a lot of boy-friends. i used a platonic relationship. tapi kalau mamat tu dah masuk zon cinta dengan aku, i hate him automatically. dunno why. pada aku man are good to be friend not to be trust in relationship. rasa macam dah tak boleh nak ubah fahaman tu.

nak cakap sayang, rindu dengan member sendiri pun aku dah rasa ngilu. tragiknye, dekat mak sendiri pon. aku bukan jenis yang suka cakap bab perasaan macam some people pung pang pung pang cerita macam turun naik harga minyak. farahin-cinta-sayang-rindu memang tak boleh letak satu baris. alergik tahap apa entah.

am i not into a relationship coz afraid for losing?.. tak tahu
am i not in love coz i afraid to fall? (bunyi macam same meaning)... tak tahu
am i philophobia?... tak tau
am i gamophobia?.... erk

i dont know. i dont know who should i trust. i dont know who should i love. i dont know. but, still. i'm normal. mungkin Allah jagakan hati aku until i found him (dunno who). well, Allah is the Greatest.

people, please not ask me about this. i cant brain this. its ain't easy as ABC. it is complex lebih complex dari stucture DNA. i hope this will be the first and last i think.

aku sekarang ni dalam usaha menyibukkan diri. kemas rumah, baking. nasib baik aku tak ubah almari baju jadi transformers.

after all, i find a solace and peace. alhamdulillah

footnote: philophobia-takut bercinta/jatuh cinta
              gamophobia-takut kahwin






Saturday, 11 May 2013

surat cinta untuk ibu

oh mum,

you are in my heart,

you are,
the one which has a big dream,
wanna be a perfect wife, a perfect mother,
wanna see her children to be successful,
di dunia dan akhirat.

thanks for everything,
the things you complete me,
the happiness we share,
the matter we argue,

i know,
born and rise me wasn't easy,
i'm stubborn like hell,
i'm vain,
i'm not a perfect daughter,
but still,
you stand by my side, being there, love me, care for me,

you're a rainbow,
even there is no rain,
because you're in my heart,
happy mothers day.

you 're a great mum and i love you everyday. may Allah bless your life, mum

footnote: update sendiri, rasa sedih sendiri. hehe

me=houswife, housewife=me?


i'm busylady now, dont you know? being housewife ain't easy. definitely not!

now i'm realize that there is a thing which more difficult than c++. being a housewife.
adeke c++ disamakan dengan housewife. haruu la farahin

dah 2 minggu aku bermastautin di rumah lepas habis matrikulasi hari tu. of course lah aku jadi orang gaji yang tak diberi wang saguhati a.k.a wang elaun. sebelum menyambut seruan nak ambil lesen jangan harap aku nak buat part time kat luar. free je semalam kena gelak. umur 20 tapi still tak reti drive.walaupun aku tak rasa sekelumit pon yang kelakar. buat sakit hati je.

ok cut the craps

ingat senang ke buat kerja kerja housewife ni? sampai nak terpatah tulang rusuk kiri oi. isy, janganlah patah. kang tak jumpa pulak pemiliknya. ex-collegemates aku yang sibuk memantapkan skill-skill housewife to be pon cakap penat jugak. kiranya teori aku yang housewife-ing thingy ni memenatkan memang boleh diterima pakai la ek!

sementara aku ada kat rumah ni aku lah yang ambil alih tugas mak. hampir sepenuhnya. yelah, bila lagi nak berbakti. sementara banyak masa terluang ni aku tolong la apa yang patut. kira baik la jugak aku ni. MUAHAHHA

everyday. same routine.
  • kemas bilik, kemas ruang tamu, kemas ruang tengah 1, kemas ruang tengah 2, kemas bilik abg dengan mursyid, kemas surau, kemas bilik along, kemas bilik uda, krmas bilik mak
  • kemas dapur. basuh pinggan. buang sampah. kemas la apa apa yang patut kat dapur
  • sental toilet (toilet ade 2) basuh kain. sidai kain.
  • kemas berandar depan, tepi, belakang
  • lipat kain. (hazabnye melipat baju kids yang bermacam macam design)
  • mop lantai
  • iron baju sekolah adik
bonus
  • mempersiapkan barang barang uda nak ke matrikulasi (while she still in PLKN. sebab day dia habis PLKN terus gerak pergi matrik. one way)
  • kemas buku buku. asingkan mana yang tak guna (since uda baru habis SPM, aku habis matrik, buku buku dip along yang dah lama tak terkemas)
 aku kemas pagi, petang dah bersepah. paling menguji kesabaran aku. dapatlah kita rumuskan bahawa this houswife-ing thingy juga menerapkan nilai nilai murni yang tinggi.

apelah dosa aku mendapat adik adik yang superb nakalnyee. dah la buat sepah, melawan pulak tu bila aku suruh kemas. sekali pakej dia panggil aku kakak singa. eeee degilnya masyaallah.


p/s: i dunno that this housewife-ing thingy can be tiring aaaaa T.T

.

Tuesday, 7 May 2013

pasar

tempat yang sesak
tempat orang orang kebanyakan berkumpul

salah satu tempat orang berpeluang berbelanja dengan murah.
salah satu tempat penjual dan pembeli melakukan aktiviti tawar menawar.

tak kira lah ape jenis pasar sekalipun. pasar malam, pasar siang, pasar tani, pasar isnin, selasa, rabu,khamis,jumaat, ia tetap akan dipanggil pasar. pasaraya tu tak masuk forum hari ini ok =)

aku juga orang kebanyakan. rakyat biasa, golongan sederhana yang biasa menjejakkan kaki ke pasar. aku tak pernah jijik walaupun berlecak, hanyir, busuk sekalipun. tapi, kalau ada lopak ye elak. jangan aci redah je

perkara yang paling aku suka sangat berkaitan dengan pasar ni ialah kegigihan seorang perniaga untuk mencari rezeki. untuk mencari sesuap nasi. mungkin. aku kagum dengan kegigihan mereka. berpanas berhujan tetap tidak berganjak dari gerai mereka. aku juga terfikir "bagaimana kalau barang jualan mereka tidak laku? atau tidak menguntungkan? atau malah kebarangkalian ianya merugikan? "

dipendekkan cerita, aku ke pahang beberapa hari yang lalu. singgah sebentar di pasar taktahunamanya. cuma yang aku pasti ianya di muadzam. selaras dengan sikapku yang observant, suka memerhatikan manusia akhirnya menemukan aku dengan dua orang anak kecil yang menjual belon gas berbagai bentuk. gigihnya anak kecil dalam lingkungan darjah 4 itu melayan pelanggannya.. manakala si kecil dalam 6 tahun cekal menemani abangnya. kornea mata aku tercari cari kelibat ibunya. tak pun bapanya. namun tak berjumpa.

lalu aku simpulkan yang memang  mereka berdua yang menjadi 'tauke' kedai belon gas itu. gigih dan tabahnya hatimu, adikku. kecik kecik dah berpengalaman bekerja. aku dulu kecik kecik masih main pondok-pondok, kawen kawen, panjat pokok sana sini, main berudu tepi longkang dan banyak lagi perkara yang tak berfaedah, hehehe

tak tahu nak hurai macam mana, yang penting aku sangat kagum dengan mereka...

Thursday, 2 May 2013

a quote to laugh

i'm on facebook. scrolling scrolling until i found this

kalau lelaki handsome lalu, girls akan cakap "tu dia tu dia pakwe aku datang dah" tapi kalau lelaki tak handsome lalu "tu ah pakwe ko dah sampai".. -anonymous

HAHAHAHA i laugh like perempuan gila kut. hilang sudah kesopanan dan kesusilaan yang selama ni aku jaga. ahakz!

sebab memang kena tepat muka sendiri. tapi tu zaman dulu lah. sekarang ni dah buka hati buka minda. sedar dah orang handsome bukan segala-galanya. handsome tapi perangai hampeh baik tak payah. apa yang terpenting sekali ialah hati budi. cewahhh. tapi kalau dapat yang berhati baik plus muka iras iras zayn malik, tu kira bonus la. aher aher.

am i right, pretty young lady? =)

i wish i have...



a twin =')
really wish to have. freaking want to have. uhukuhuk

and it should be brother. yeah brother. mungkin sebab aku kepingin sangat nak ada abang kut. haruu...

best kot. nanti mesti dia protect aku. aku pon mesti sayang dia. eheh mimpi la kau farahin!
 k sambung angan,

 masuk fasa napkin sesama..

 masuk zaman pakai baju terbalik sesama. tak kira lagi berebut botol susu. hehe.

masuk zaman tadika sesama..

masuk zaman patah gigi depan sesama...

 masuk zaman sekolah rendah sesama.

masuk zaman sekolah menengah sesama..

masuk matrik sesama..masuk universiti sesama...

masuk zaman rumahtangga sesama. eh?


 memang tak berkembang otak semua benda nak dibuat bersama.. tapi best ape..

hantu gemok

aku tak berapa gemar dan kurang minat dan kadang-kadang memang tak ada minat langsung  tengok cerita hantu. Cerita hantu ni tak berwawasan. Ia cuma memperkotak-katikkan perasaan orang yang menengok dengan memainkan lagu-lagu dan sound effect terkejut waktu babak ngeri. Apa ni? Apa agenda yang nak dicapai?pengarah filem nak kasi orang mati sakit jantung sehari seorang ke?

by the way, hantu dalam filem takde yang gemuk. Setakat yang aku tengok lah.

Pada pendapat aku, penampilan mutu dan kualiti hantu sebagai makhluk yang buruk dan busuk amatlah bersesuaian. Hantu pun memang asalnya manusia yang jahat jadi bila mereka mati, kejahatan itu dizahirkan  dalam bentuk fizikal mereka.

Yang aku nak marah tu kenapa tak jadikan hantu ni sebagai sesuatu yang gemuk? 150kg mungkin. Ini tidak. Semuanya kurus, slim, berat badan 40kg, jumlah luas permukaan per isipadu yang solid dan tinggi per kilogram yang perfect (kecuali hantu galah).

Apa ni? Tolong lah kasi diorang gemuk.

ke mungkin sebab hantu kurus senang nak terbang? hmmm

back to real world

assalam...

well, i'm home. since yesterday punye yesterday punye yesterday. kira dah tiga hari kat rumah. eh yeke?

rindu nak tulis blog. tapi otak seakan akan beku nak mengeluarkan idea. yelah, selalu sibuk tulis essay, mechanism muscular contraction, HIV, transmission of impulse yang berjela-jela. last last tak masuk exam pon. grr. bercakap pasal exam, aku serahkan semuanya kepada Allah. Sesungguhnya dia yang maha menentukan :')

alhamdulillah.

aku kini dah habis program matrikulasi. macam macam aku belajar kat sana selama 2 tahun. 2 years isn't enough for me. aku start cintakan sains since matrikulasi laa. time sekolah dulu tak payah cakap bebal dan jahilnye ilmu sains aku. asal masuk lab je tidur, tu tak masuk lagi aku join boys ponteng kelas sampai kantoi kena masuk bilik disiplin. the one and only girl. tapi sekarang dah cuci tangan. alhamdulillah

aku memang sedih sangat nak tinggalkan kolej matrikulasi johor tu. tapi tears gland tetap tak nak stimulate. perasaan tu berkecamuk memang susah nak describe. its all about happy for finishing but at the same time, its sad to leaving. so many stupid jokes, silly fights with ze awesome friends. macintoshes, roomates, classmates, arasmates, lecturemates...


rasa macam tak nak  back to the real world. tak nak back to reality. real world yang kita tak tahu dunia sebenarnya macam mana. kes orang makan orang.. kes kawan tikam belakang kawan.. kes menipu orang untuk hidup.. kes orang tolong orang tipu.. kes itu kes ini. belum masuk kes jenayah lagi. mana ada sekolah ajar Survival Skills in The Big Bad World kan? mana pernah masuk syllabus kurikulum kan..

sekarang kita mungkin terpisah. bertebaran di muka bumi merentas samudera meneruskan perjalanan dalam mencapai cita-cita. by chance we'll meet one day. 4 tahun dari sekarang mungkin. dengan pelbagai jenis kerjaya. i can feel it. hope Him ease everything =)

ok dah masuk zon sebak !

lets chillex with kit kat.

 wassalam =)