posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Thursday, 16 August 2012

ramadhan kareem

assalamualaikum w.b.t

walaupun tinggal lagi dua tiga hari je nak raya, aku tetap nak wish Selamat Berpuasa ! apekehalnye ni yeop? sebulan berpuasa baru hari ni nak wish ramadhan. busy dengan exam, buat kuih raya, meroyan, bermenung dan internet lembab tahap kura-kura sesak nafas. aku ni kalau internet ala-ala hidup segan mati tak mau, memang tak ada feel langsung nak update blog. none. zero. kosong. najwa latip. eh?

lepas baca novel hlovate yang bertajuk contengan jalanan, macam kena hempap dengan banglo, rumah teres, rumah aku, rumah kamu. sentap. its all about contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan. i was highly motivated. seriously. tentang pengisian bulan ramadhan. betapa istimewanya bulan ramadhan. Ramadhan lebih bermakna bila disambut di luar negara berbanding negara Malaysia, negara islam. why?

' Masyarakat Malaysia cuma kejar Lailatul Kamdar. bukan Lailatul Qadar'

sedih.
sebab aku salah seorang. maybe. 
10 malam terakhir merupakan 10 malam yang istimewa dalam bulan ramadhan. tapi 10 malam terakhir tu la kita sukahati ponteng terawikh. terlampau sibuk untuk membuat persediaan raya. kononnya.

aku?
terawikh pun tak full. bukan sebab period. tapi sebab malas, tak ada geng, exam nak baca buku. Ah Lah San. tinggal 4 hari lagi sebelum ramadhan berakhir, ingat nak manfaatkannya tapi *perempuan punya hal*..
sedih. sangat sedih. menyesal. very very..
kenapa kita tergamak layan bulan ramadhan macam ni. padahal dia datang setahun sekali je. kita? eh, aku !

makan beramai satu matrik. we called that 'iftar jamaie'

 sometimes, i'm ask myself.. 'kalau aku mati esok, cukup ke bekal aku? bekal ape je yang aku ada?'

' a man who decided to change on twelfth hours died on eleventh hour'

keep thinking. ape rasa? sentap kot. 
mati dengan penuh rasa terkilan. kan?

all of sudden, teringat kat arwah member, Muhammad Fariq yang baru meninggal pada 14 Ogos setelah beberapa bulan koma. Al-Fatihah

fariq takde kena mengena pung dengan a man who decided tu. bila hilang kawan baru kita rasa maut semakin hampir dengan kita. larilah kat ceruk mana sekalipun, maut tetap datang tiada berkecuali...
entri ini, 
ditaip tanpa perancangan
untuk kenangan masa hadapan
ada senyuman dan rasa bosan
itu namanya kehidupan
wassalam :)

2 comments: