posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Friday, 27 July 2012

langkah keselamatan para wanita

assalamualaikum w.b.t..

umumnya di era globalisasi dan teknologi ini, jenayah semakin berleluasa. kebiasaannya, wanita adalah mangsa korban pelbagai jenayah seperti jenayah 3R. jenayah 3R ini ialah ragut, rogol, rompak. cita-cita masa kecil dulu nak jadi pembaca berita.walaupun bunyi nya macam takde kena mengena. tapi untuk keselamatan aku juga. aku kan wanita tapi yang separa matang je lah.

memandangkan wanita merupakan kaum yang lemah, sesuka hati selemak babat dia (penjahat) menjadikan kita sebagai target utamanye.. yang wanita pula usahlah nak menjadi ayu sleeping tak kena masa, time time genting macam ni tak payah nak control ayu, mengharap superheroes seperti batman, kluangman, spiderman dan cicakman menyelamatkan anda dan seterusnya berkahwin dan hidup bahagia *alahai mati over berangan minah jenin macam ni *

kita mesti, yakin untuk tampil face to face dengan penjenayah yang sebenarnya tak ada lah bertauliah sangat. ceh, kalau penjenayah kat depan mata aku, agaknya terkencing-kencing kau farahin.. jangan gopoh hanya perlukan sedikit keberanian dan kemachoan untuk menumpaskan mereka. ikuti step di bawah ni. insyaallah berhasil =)

Langkah 1: Tenang dan bersedia


bersikap cool dan steady jer.
http://4.bp.blogspot.com/-Pck9SWVq5kc/TjsG0vrIrYI/AAAAAAAACjM/EXhh6mUCwEI/s1600/the-art-of-self-defense-for-women01.jpg

 Langkah 2: Elak Tangkapan Penjahat

- bergerak ke kiri, ke kanan, atau ke tunduk ke bawah. jangan pula bertindak seperti penjaga gol bola sepak hokey.

Langkah 3: Gunakan Tujahan Maut

Tujahan ni dipanggil tujahan Maut pertama dan sesuai untuk perempuan sebab tangan tak berapa nak kuat, so gunakanlah kepala untuk membuat tujahan tepat ke muka atau yang paling best di bahagian leher penjahat.


Langkah 4: Hentakkan Maut kepala lutut

Hentakan Maut Kepala lutut ni memang sesuai. lakukan dengan sepenuh hati. kompom bengkak .. LOL`~

Langkah 5: Hentakan Siku Kegeraman

Tak cukup dengan tu, bagi lagi satu hentakan maut kat belakang. Kasi si penjahat muntah hijau. Baru dia tau erti penyesalan.


Langkah 6: Hentakan Kepala Lutut Halilintar Bara


pastu kasi lagi satu buah, kali ni tepat kat muka. Memang segala kemuntahan hijau sebelum ni termasuk balik ke dalam perut.

Langkah 7: Sepakan Maut Bechkam
Bila penjahat jatuh kasi sepakan maut beckham yang tak masuk penalti.

Langkah 8: Kuisan Kaki KL Gangster

Pelengkap segala jurus sepakan ialah menghalau dengan nada "Nyah kau dari sini.. ini (bla bla) tempat ni aku yang pegang" . bajet-bajet kak long. siapa tak nak guna PTPTN boleh apply dgn kak long.

macam best je kan. apalah reaksi dan aksi aku kalau betul betul berhadapan dengan penjenayah ni kan. kalau handsome rambut terpacak aku tak takut sangat, ni kalau botak pastu misai curl warna blonde ke, aku masuk rumah dulu..

No comments:

Post a Comment