posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Tuesday, 31 July 2012

hadiah yg sesuai utk si aweks

assalamualaikum w.b.t
masuk kali ni ada lah dalam lima nam kali member aku tanya aku apa hadiah yang sesuai untuk gepren dia. nak bagi awek dia, tanyalah awek dia nak apa. tanya aku buat apa, kang aku yang tumpah air liur tengok benda yang aku nak, orang lain yang dapat. ye dak?

memang kau silap besar la tanya aku. aku sendiri pon kalau nak bagi hadiah baik buat kawan lelaki mahupun perempuan memang tujuh lapan kali pusing mall. pusing kaabah takpe jugak. dapat pahala. pusing mall dapat leteran dari mak sebab balik lambat. tak masuk lagi ratusan pertanyaan yang aku lemparkan kepada mak, along, uda, kawan, mak mak mak mak 300x..

so, kalau orang tanya, aku suka suggest mereka hadiah yang macam ni. yang membuatkan mereka terus senyap dan tak tanya-tanya aku lagi. hah, apa lagi. ambil lah pensel dan buku nota catat. tak akan rimas kawan-kawan korang dengan pertanyaan yang diajukan. mesti si aweks sangat surprised punye. wa gerenti...

RANTAI
Nak beli rantai emas memang la mahal. Tak semestinya korang kena bagi rantai emas, tak salah kalau korang bagi rantai basikal atau rantai motor. Nanti kalau tak digunakan boleh bagi bapak diorang untuk motornya.

KASUT
Nak membeli dan memilih kasut untuk perempuan memang korang susah punya nak mencari. Jadi tak salah jugak kalau korang hadiahkan kasut getah, pasal kasut ini bapak atau mak dia pun boleh guna untuk pergi motong getah.


BUKU RESIPI
Daripada korang hadiahkan novel tak salah kalau korang hadiahkan buku resipi. Walaupun buku ini takde guna untuk awek korang tapi emak diorang boleh guna untuk masak.

KAIN BATIK
Ramai awek zaman sekarang ini memang tak reti pakai kain batik. Kalau korang hadiahkan memang bagus tapi kalau diorang tak guna pun tak kisah pasal emak diorang ada nak gunakan kain batik itu.

BOLA
Tak salah bagi makwe hadiah bola. Memang la dia bukan pemain bola tapi korang yang kaki bola. Walaupun diorang tak guna tapi adik lelakinya boleh guna kat padang waktu petang ngan korang.

IKAN
Leceh kan kalau ada pakwe yang bagi ikan. Tak salah kalau tak suka, bagi je pada yang suka membelanya. Kalau tidak bawak ke dapur dan emak ada untuk siang ikan untuk lunch. lepastu, tanam tulangnya. pokok yang tumbuh tu lah tanda cinta kita..

BAJU KELAWAR
Tak suka takpe... mak mesti suka..

hah, apa yang susah sangat nak bagi hadiah kat orang lain sampai pening-pening kepala sampai nak bunuh diri kalau tak dapat bagi hadiah yang terbaik. mudah mudah mudah (gaya cikgu zuhaizi). buat ape nak susahkan kepala sendiri dengan perkara yang remeh temeh. chill la beb =) muahaha

No comments:

Post a Comment