posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Tuesday, 31 July 2012

hadiah yg sesuai utk si aweks

assalamualaikum w.b.t
masuk kali ni ada lah dalam lima nam kali member aku tanya aku apa hadiah yang sesuai untuk gepren dia. nak bagi awek dia, tanyalah awek dia nak apa. tanya aku buat apa, kang aku yang tumpah air liur tengok benda yang aku nak, orang lain yang dapat. ye dak?

memang kau silap besar la tanya aku. aku sendiri pon kalau nak bagi hadiah baik buat kawan lelaki mahupun perempuan memang tujuh lapan kali pusing mall. pusing kaabah takpe jugak. dapat pahala. pusing mall dapat leteran dari mak sebab balik lambat. tak masuk lagi ratusan pertanyaan yang aku lemparkan kepada mak, along, uda, kawan, mak mak mak mak 300x..

so, kalau orang tanya, aku suka suggest mereka hadiah yang macam ni. yang membuatkan mereka terus senyap dan tak tanya-tanya aku lagi. hah, apa lagi. ambil lah pensel dan buku nota catat. tak akan rimas kawan-kawan korang dengan pertanyaan yang diajukan. mesti si aweks sangat surprised punye. wa gerenti...

RANTAI
Nak beli rantai emas memang la mahal. Tak semestinya korang kena bagi rantai emas, tak salah kalau korang bagi rantai basikal atau rantai motor. Nanti kalau tak digunakan boleh bagi bapak diorang untuk motornya.

KASUT
Nak membeli dan memilih kasut untuk perempuan memang korang susah punya nak mencari. Jadi tak salah jugak kalau korang hadiahkan kasut getah, pasal kasut ini bapak atau mak dia pun boleh guna untuk pergi motong getah.


BUKU RESIPI
Daripada korang hadiahkan novel tak salah kalau korang hadiahkan buku resipi. Walaupun buku ini takde guna untuk awek korang tapi emak diorang boleh guna untuk masak.

KAIN BATIK
Ramai awek zaman sekarang ini memang tak reti pakai kain batik. Kalau korang hadiahkan memang bagus tapi kalau diorang tak guna pun tak kisah pasal emak diorang ada nak gunakan kain batik itu.

BOLA
Tak salah bagi makwe hadiah bola. Memang la dia bukan pemain bola tapi korang yang kaki bola. Walaupun diorang tak guna tapi adik lelakinya boleh guna kat padang waktu petang ngan korang.

IKAN
Leceh kan kalau ada pakwe yang bagi ikan. Tak salah kalau tak suka, bagi je pada yang suka membelanya. Kalau tidak bawak ke dapur dan emak ada untuk siang ikan untuk lunch. lepastu, tanam tulangnya. pokok yang tumbuh tu lah tanda cinta kita..

BAJU KELAWAR
Tak suka takpe... mak mesti suka..

hah, apa yang susah sangat nak bagi hadiah kat orang lain sampai pening-pening kepala sampai nak bunuh diri kalau tak dapat bagi hadiah yang terbaik. mudah mudah mudah (gaya cikgu zuhaizi). buat ape nak susahkan kepala sendiri dengan perkara yang remeh temeh. chill la beb =) muahaha

Friday, 27 July 2012

langkah keselamatan para wanita

assalamualaikum w.b.t..

umumnya di era globalisasi dan teknologi ini, jenayah semakin berleluasa. kebiasaannya, wanita adalah mangsa korban pelbagai jenayah seperti jenayah 3R. jenayah 3R ini ialah ragut, rogol, rompak. cita-cita masa kecil dulu nak jadi pembaca berita.walaupun bunyi nya macam takde kena mengena. tapi untuk keselamatan aku juga. aku kan wanita tapi yang separa matang je lah.

memandangkan wanita merupakan kaum yang lemah, sesuka hati selemak babat dia (penjahat) menjadikan kita sebagai target utamanye.. yang wanita pula usahlah nak menjadi ayu sleeping tak kena masa, time time genting macam ni tak payah nak control ayu, mengharap superheroes seperti batman, kluangman, spiderman dan cicakman menyelamatkan anda dan seterusnya berkahwin dan hidup bahagia *alahai mati over berangan minah jenin macam ni *

kita mesti, yakin untuk tampil face to face dengan penjenayah yang sebenarnya tak ada lah bertauliah sangat. ceh, kalau penjenayah kat depan mata aku, agaknya terkencing-kencing kau farahin.. jangan gopoh hanya perlukan sedikit keberanian dan kemachoan untuk menumpaskan mereka. ikuti step di bawah ni. insyaallah berhasil =)

Langkah 1: Tenang dan bersedia


bersikap cool dan steady jer.
http://4.bp.blogspot.com/-Pck9SWVq5kc/TjsG0vrIrYI/AAAAAAAACjM/EXhh6mUCwEI/s1600/the-art-of-self-defense-for-women01.jpg

 Langkah 2: Elak Tangkapan Penjahat

- bergerak ke kiri, ke kanan, atau ke tunduk ke bawah. jangan pula bertindak seperti penjaga gol bola sepak hokey.

Langkah 3: Gunakan Tujahan Maut

Tujahan ni dipanggil tujahan Maut pertama dan sesuai untuk perempuan sebab tangan tak berapa nak kuat, so gunakanlah kepala untuk membuat tujahan tepat ke muka atau yang paling best di bahagian leher penjahat.


Langkah 4: Hentakkan Maut kepala lutut

Hentakan Maut Kepala lutut ni memang sesuai. lakukan dengan sepenuh hati. kompom bengkak .. LOL`~

Langkah 5: Hentakan Siku Kegeraman

Tak cukup dengan tu, bagi lagi satu hentakan maut kat belakang. Kasi si penjahat muntah hijau. Baru dia tau erti penyesalan.


Langkah 6: Hentakan Kepala Lutut Halilintar Bara


pastu kasi lagi satu buah, kali ni tepat kat muka. Memang segala kemuntahan hijau sebelum ni termasuk balik ke dalam perut.

Langkah 7: Sepakan Maut Bechkam
Bila penjahat jatuh kasi sepakan maut beckham yang tak masuk penalti.

Langkah 8: Kuisan Kaki KL Gangster

Pelengkap segala jurus sepakan ialah menghalau dengan nada "Nyah kau dari sini.. ini (bla bla) tempat ni aku yang pegang" . bajet-bajet kak long. siapa tak nak guna PTPTN boleh apply dgn kak long.

macam best je kan. apalah reaksi dan aksi aku kalau betul betul berhadapan dengan penjenayah ni kan. kalau handsome rambut terpacak aku tak takut sangat, ni kalau botak pastu misai curl warna blonde ke, aku masuk rumah dulu..

Thursday, 19 July 2012

about Beryl's choc

assalamualaikum w.b.t


chocolate...

the number one food craved by women . there are few foods that people feel as passionate about. a passion that goes beyond a love for sweetness of most candies and desserts. chocolate is, well, different.chocolate mengandungi bahan endorphin yang boleh merangsang manusia untuk jatuh cinta. mungkin sebab itu lah perempuan mudah jatuh cinta kott..

At Beryl's it's all about delievering the best chocolate in Malaysia. menaip sambil air liur meleleh, tak dapat ketagihh.. today's Beryl's Chocolate offers *lap air liur* more than 100 varieties of chocolate to suit for your mood and desire.

mmg aku tak menolak kalau org bg free
nak ni nak tu 
they mix the various of choc in one packet =P

beli beli, boleh bg mak, abah, intan payung emas ke...


fuuh, memang best betul. cuci mata tengok cokelat yang pelbagai perasa ni. buat penggemar durian, anda juga boleh mendapatkan cokelat perasa durian yang sangat berlemak krim disukai ramai sehingga menjilat
kuku jari kaki di beryl's choclate houses yang permai ni. pehh semput sebut dalam satu nafas kan? remember, a good sentence should not exceeds one breath. so, make it short, simple and sweet sentence . apa kau melalut ni farahin cikebumbum?

puas cuci mata, ronda-ronda sampai baju aku terkena cokelat cair. bukan setitik, bukan dua titik, tapi bertitik-titik. comel je, keluar dengan baju basah-basah. haha. at least kita dapat ini. jeng jeng jenglot...


there are many people that have negative perspective for chocolate, but actually there are many benefits for human being especially for our health. trust me 

1) Chocolate is good for heart
2) Chocolate is good for brain
3)Chocolate helps control the blood sugar level
4)Chocolate is full of antioxcidants
5)Chocolate contains Theobromine
6)Chocolate is high in vitamin and minerals

tapi, pandai-pandai lah kawal makan coklat ni. kang tak pasal je Malaysia berada di kedudukan pertama untuk negara obesiti. cukup-cukuplah tercalon sebagai negara obesiti. ><

p/s: semoga mak aku baca entri kali ni. sebab mak selalu potpetpotpet sebab anak dia yang comel lotte ni suka sangat makan benda manis.



Thursday, 12 July 2012

1 sukan?

assalamualaikum w.b.t

salam satu Malaysia

salam satu sukan. eh ade ke? lalalala

aku nak cerita pasal entri ni pon rasanye semua dah tahu.. yela, seluruh Universiti, kolej, sekolah menengah, sekolah rendah, tadika kena senamrobik. mujur baby-baby taska seri wawasan tak kena senamrobik ke chicken dance ke poco-poco, kalau tak, mesti tak menang tangan penjaga-penjaga kat situu. 

tidak ketinggalan juga kolej matrikulasi johor untuk melaksanakan visi Malaysia , 1 sukan ni. buat lemak aku,ia memang suatu penganiayaan. kesian aku, kurus dah 5 kg (kau ingat ada orang percaya ke, farahin?)

macam best je sukan reramai macam ni ek..

spontaneously
terkeluar sudah muka sengal
sudahnye, kembang kempis hidung aku sebab gambar time bersukan nye satu pon tak ada, gara-gara sibuk bergambar. sukannye idak pon an? an? an? bajet-bajet doraemon pulak aku. 


Tuesday, 10 July 2012

project work 2#

assalamualaikum w.b.t

sejak tiga menjak ni life aku memang padat. tapi nak bernafas tu alhamdulillah la, boleh lagi. sekarang ni jam menunjukkan pukul 4 pagi. sibuk jugak ye kehidupan di semester 3 ini. cehh, baru sibuk sikit dah bising. orang lain yang dah keluarga boleh lagi belajar buat Master. memang aku tabik krik krik la (style baru bunyi tabik, sebab dah bosan dengan toink toink)

baru-baru ni baru je selesai tugasan dinamik yang fuhh faahh fuuhh. alhamdullillah bersyukur. jadi pengacara majlis buat kali pertama. hehee


 
pangkopak kopak pung pung (bunyi kompang download)

part ni memang tak boleh bla.. amekkaw, cikgu dah start komen
Thanks for smiling ! eh, korang smile ke?

actually, ini merupakan tugasan dinamika. diarahkan untuk merencanakan suatu majlis dan kami sepetak suara memilih majlis hari anugerah cemerlang. ni yang pelajar, yang berbahagia ni semua terdiri daripada ahli kelas aku sendiri. now, i'm realize yang kami memang mempunyai bakat lakonan yang besar setanding dengan Fasha Sandhal dan Aaron Yaziz =P

Monday, 9 July 2012

lovely sistaa

assalamualaikum w.b.t...

selepas pulang dari kelas, aku golek golek di atas katil. akan tetapi, malangnya, setelah setengah jam ku golek kiri golek kanan, ku mendapati mata ini tidak bisa tidur. dengan itu aku mengisi kekosongan dengan menelefon ke rumah...

tut tut tut tut tutt

aku: hello dekja mak ada?
dekja : mak tak ada. pergi amik uda
aku : oh, abah?
dekja : abah pon tak ada. pergi mana tah.
aku: eh, raya ni aku tak balik tau.
dekja: ala, aku nak raya dengan kau !
aku :**** terharu ****

seminit kemudian..

aku: dekja, kau dgn sape kat rumah?
dekja: sorang je lah
aku: kau tak takut ke? hiii iiii hiii hiiii iii (mengilai macam suara momok)
dekja: ee dah la, malas aku layan kau. bye

dia terus letak tepon. miss you dekja (sistaa in darjah 1)


hi, i'm filzah XOXO

youtubers

assalamualaikum w.b.t

bermula dengan bangun tidur, dah lewat. pagi pagi buta ada majlis yang kena handle. walaupun bukan lah majlis betul-betul tapi bahang ketensionan nye tetap tinggi mencecah langit ke sembilan. eh, langit bukan sampai tujuh je ke? terkocoh-kocoh aku tak cakap lagi pasal majlis tu campur dengan selipar aku yang mak cik cleaner buang. yela, tak susun selipar. kadang-kadang i wonder, mak cik cleaner ada kuasa buang selipar orang ke hape? geram tu ada, siapa yang tak geram dialah yang tak normal. tapi dah memang salah sendiri, terima je padahnya. setelah dicampur, darab, bahagi, tolak, i was like.......

eeeeee, tensionnyeewww. !!

sebenarnya ada banyak cara nak hilangkan perasaan tension nie. sebelum kepala keluar tanduk bermacam-macam kaler baik ambil langkah berjaga-jaga supaya orang sekeliling tak tension sekali. sebab aku kalau dah tension, kalah ibu yang meroyan hilang anak. tak caya boleh la try.

so, nak hilangkan tensen, baik aku tengok youtube. tengok benda-benda yang lawak. bila aku suka, roomate aku pon suka tengok aku. hahaha.

then, i found mat lutfi and anwar hadi. youtubers yang selalu post pasal isu semasa. best sangat. lawak pun lawak. belajar kat overseas tu, aku memang tabik spring toink toink toink lah kat mereka ni. sekarang, satu je harapan aku, boleh tak mintak nombor telefon mereka ni. sebab aku dah minat gila weh. makan tak lalu, tapi habis je, mandi tak basah tapi syampu rambut tu tetap, tidur tak lena tapi mata tertutup je. 

*kalau mak aku tau, kompem-kompem tak mengaku anak, lebih sadis lagi mungkin mereka hantar kat rumah orang-orang tua. eh, rumah orang-orang gila*

Check this guy on youtube who's hilarious and give a good opinion on current issue. best gileww

ni dia mat lutfi yang hangat diperkatakan


anwar hadi pon tak kurang panasnye

dah dah. untuk lebih lanjut boleh la seacrh sendiri. tak rugi woo


Friday, 6 July 2012

MaseKecikDulu

Assalamualaikum w.b.t dan salam hari raya, eh eksaited kau !

di malam yang bahagia ini sebabnye pon kan hari ini kan itu aku kan makan 2 kali kfc kan.. *tak ada kena mengena*

hari ini marilah kita mengimbau masa kecik-kecil muda baby-baby lagi. banyak kenangan masa kecik-kecik dulu. bila dah menginjak dewasa ni, banyak komitmen kita kena hadapi. tak campur lagi kerja dan masalah yang semakin hari semakin berganda-ganda. dari dua menjadi empat, dari empat menjadi lapan dari lapan menjadi berjuta-juta lemon, orange, tembikai dan langsat..

masa kecik, tak sabar nak besar bila dah besar baru kau tau betapa indahnya zaman kecik-kecik walaupun time tu cuma ada congkak je.. zaman sekarang, fuhh baby baru lahir dah pegang i-pad. serba serbi berteknologi.. kecik-kecik nak main laptop, handset . itu menjadikan mereka lalai. sibuk dengan alat-alat canggih je sampai hilang minat dengan buku. eh maaflah, saya beremosi sekejap..

nak list kan kat twitter, macam banyak sangat je. nnt ada yang marah pulak

#MaseKecikDulu,  kena paksa makan appeton
#MaseKecikDulu, sorokkan rotan abah kat bawah katil
#MaseKecikDulu,  curi-curi makan jagung time puasa
#MaseKecikDulu,  buang jemput-jemput bawang bawah meja
#MaseKecikDulu,  jatuh katil, gigi patah dan jadi rongak
#MaseKecikDulu,  pernah hilang dalam lif
#MaseKecikDulu,  tak suka barbie doll
#MaseKecikDulu,  naik basikal langgar tongsampah
#MaseKecikDulu,  main masak-masak guna pasir dan bunga
#MaseKecikDulu.  letak sticker kat perut
#MaseKecikDulu, aku panjat pokok jambu kena marah dgn nenek
#MaseKecikDulu, selalu pau atuk
#MaseKecikDulu, muka aku comel
#MaseKecikDulu, nak jadi dokter tp sekarang...
#MaseKecikDulu, aku gi sekolah naik bas yg semua orang keling
#MaseKecikDulu, aiskrim Malaysia baru seposen
#MaseKecikDulu, tak suka basuh kasut
#MaseKecikDulu, pecahkan balang kuih raya mak cik
#MaseKecikDulu, buat-buat sakit sbb nk ponteng sekolah
#MaseKecikDulu, aku main congkak asyik kena tipu je
#MaseKecikDulu, kena piat telinga masa belajar bahagi
#MaseKecikDulu, mak abah aku garang gila woi
#MaseKecikDulu, mandi muntah kawan. aci ke baju dia tak kotor langsung tp aku??
#MaseKecikDulu, buat huruf d jadi b
#MaseKecikDulu, selalu dapat nombor 1
#MaseKecikDulu, memang best sangat

Sudah cukup sudah, kalau bab list panjang-panjang macam ni serah je pada aku. kompem-kompem juara tanpa bertanding. muahahah! tapi serius beb, rindu gila zaman kanak-kanak. sekarang ni kalau buat perangai kanak-kanak, kena bebel je dengan mak abah. kalau dulu buat perangai kanak-kanak mak abah tak marah pon. yela, dah memang kanak-kanak maka wajarlah kau berperangai keanak-anakan =pp

zaman remaja dengan zaman kanak-kanak adalah dua zaman yang berbeza. sampai masa, aku rasa macam nak menyelam ke dasar lautan dan tidur 2-3 hari sebab letih sangat. tapi banyak benda lagi yang aku kena buat selagi cita-cita aku tak kesampaian, jadi belum boleh berehat dengan sesuka hati nye

k peeps gudnight. sweet dream.

Monday, 2 July 2012

projek work 1#

Assalamualaikum w.b.t......

lama betul aku dah tak mengupdate blog ye? bukan setakat tahi cicak, tahi lembu pon ada agaknye. cehh, gaya cakap macam lah 2 tahun kau tak update, padahal 2 minggu je pon. hakhakhak *gelak terbahak keluar kahak*

busy ke buat-buat busy ke atau malas yang menjadi faktor utama aku lambat update pasal entri kali ni. entri kali ni simple aja, berkenaan projek work iaitu program khidmat masyarakat yang telah diadakan pada Sabtu yang lepas. saya ulangi ye, Sabtu yang lepas. sekarang ni dah hari selasa ye kakak-kakak nenek-nenek sekalian. kalau cerita kat tukang kebun ke pak guard ke, komprem mereka tak nak dengar, ye la cerita yang dah basi macam susu basi, sape yang nak dengar ye dak?? tapi aku peduli ape, lagi orang tak nak dengar, lagi aku suka nak cerita. suka hati aku lah kan? hehe...

program khidmat masyarakat kami simple je, memandangkan kelas aku tak tersenarai dalam masak untuk moreh selepas bacaan yaasin tu, kitorang ambil lah inisiatif lain , membersihkan masjid. ceh ceh ceh, inisiatif bagai. siyes, rindu nak belajar bahasa. =( tujuannya, semestinya untuk memenuhi keperluan keperluan kerja kursus di samping memberi keselesaan kepada tetamu Allah yang hadir ke masjid An-Nur Kolej Matrikulasi Johor. dah la, ni kalau aku cerita pasal rasional, tentatif program, kronologi majlis ditambah lagi dengan kemerngarutan aku serta lawak yang tak berapa nak lawak, sampai ke fajar menyingsing pon belum tentu habis. so, the best solution is... proceed


orang pertama aku lihat lap tingkap dgn air sabun


the end, ingat senang ke nak pilih gambar dari 128 photos..? frankly speaking, aku sebenanye tukang ambil gambar je, sebab tu aku ada buat semua kerja. tapi sekejap-sekejap je pon, hehehe. apepape pon aku jadi tension bila tau kami kemas pagi, malam dah kotor balik. haissh

p/s: entri ni bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, show off ke show on ke hape ke, okay okay okay?