posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Saturday, 23 June 2012

uda dan dara

assalamualaikum w.b.t

dari zaman batu sehingga ke zaman teknologi ni aku acapkali di berikan soalan cepu Emas yang menyentap sanubari..

'cik, bila kau nak ada boyfriend ni?'

'cik, aku teringin la nak tengok kau bercinta' (apekedehal lah minah-minah ni)

'cik, ke kau suka pada perempuan? ' (astaghfirullah, apalah bebudak ni. well, its embrassing)

'cik, sebenarnya kau nak lelaki macam mana?'

dan blablabla.. bukan setakat member je, adik, kakak, jiran, atuk, nenek, kucing.. apalah , entah buku rumahtangga mana la yang mereka khatam. actually, aku yang choosy sikit hal-hal macam ni. sebab aku nak bercinta sekali then kahwin sekali. bukan bercinta dua tiga empat kali, kahwin sekali. pengalaman? memang tak de, no, nahi hey.. suci tak aku? haha

ciri-ciri uda pilihan dara pingitan. (ewah ewah)

  • beriman
 aku cukup terpegun melihat lelaki yang menjaga waktu solatnya. kalau dia jaga hubungan dengan Allah , Insyaallah hubungan dia dengan manusia Allah akan jaga juga kan? lelaki beriman ni penting pada mana-mana dara supaya dia boleh membimbing kita ke jalan yang benar dan diredhai Allah


  • background family
of kos keturunan yang baik-baik. kalau dapat mak mentua yang sporting ala gila-gila jugak lagi bagus. tapi orang cakap kalau bulu roma panjang, mak mentua sayang. tp bulu roma aku kontot je, besar kemungkinan gaduh dengan mak mentua? ish, minta dijauhkan..

  • pandai memasak
bila aku malas nak masak ke sakit ke boleh la dia pangpungpang kat dapur tu. ataupun aku merajuk ke hape ke, boleh la dia buat kejutan dengan masakan dia. tak kesahlah tengok buku resepi ke ape ke kan..

  • rupa paras
tak kesah lah rupa dia macam mana sekalipun.. iras-iras zayn malik ke aaron aziz pon takpe. rupa tak penting, yang penting rambut terpacak tu mesti ! hehee

  • kewangan
kalau boleh poket berisi lg banyak lagi bagus. cehh, takde lah. as long as dia boleh support makan, pakai serta keperluan dan tidak lupa juga keinginan dah kira bagus. kalau dia kaya sekali pun biarlah atas usaha sendiri bukan kaya dengan duit mak bapak

  • wangi
sentiasa wangi dan tidak merokok. dulu aku tak kisah sangat bab rokok ni tapi bila fikir balik tentang kesihatan, aku rasa better not kot. kang tak masal aku yang kojol dulu

  • ketinggian
make sure lebih tinggi daripada aku. sama tinggi atau lebih rendah, itu tidak mahuu

  • perangai
tak nak yang skema, serius 26 jam. biarlah poyo, brutal, gila-gila dan cool. itu lagi senang. boleh bawa bergurau. dan tidak lupa juga mesti ada sense of humor , boleh berlawak tapi pastikan yang betul-betul lawak. kalau buat lawak , tapi aku tak ketawa tu maknenya lawak kau tak best

  • dan lain-lain =)

haa, kalau tang buat list untuk uda pilihan memang banyak kalau boleh sampai cecah lantai kan? sebelum buat list ni baiklah kita cermin dulu diri kita sendiri. apalah gunanya beli cermin besar-besar macam cermin-cermin kat matrikulasi ni tak tengok diri sendiri..? ni asyik belek kira jerawat depan cermin je ( aku lah itu) ..cermin diri. muhasabah diri kita. cehh, jadi ustazah kejap pulak aku. kalau nak jodoh yang baik, kita mesti perbetulkan diri kita..

'lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya '


 p/s : bersabarlah. penantian jadi lebih bermakna sekiranya ia berakhir dengan pengakhiran yang indah =)

No comments:

Post a Comment