posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Tuesday, 5 June 2012

body type

assalamualaikum w.b.t..

hari ni nak cakap pasal body type. walaupun ini cerita dah gila babas punye basi, semalam punye cerita aku nak update jugak.  tak kira tak kira! aku memang suka update lembab-lembab ni..ni la terlebih excited nau belajar dinamika dengan cikgu param, nama penuh aku tak ingat la pulak. parameswaran? paramesh? something like that la.. ohh cikgu param yang terlebih karisma, stylo, sasa, kemas blablabla. ni kalau dia baca kompem hidung dia kembang kuncup kembang kuncup. jangan tak kuncup-kuncup sudahla, susah pulak orang lain nak tolong kuncupkan ye dak? pastu kompem kompem A plusplus untuk kemahiran dinamika aku dalam tangan. oh genggamlah tanganku, janjiku padamu harapanku blablablaa..okay okay, dah terlebih merepek aku ni.

berbalik kepada tujuan asal aku menulis blog ni ye.. ok aku teruskan jua menaip walaupun cacing-cacing dalam perut aku sedari tadi dah buat konsert amal. dungdangdungdang perut aku. nampaklah disini betapa dahsyatnye mereka mengamuk *saje nak suruh korang appreciate sikit * hihi.

kita mulakan dengan bentuk tubuh lelak ye anak-anak. sesiapa yang jantina nye confirm lelaki boleh la bukak mata besar-besar dan mula lah tumpukan perhatian. baca dalam hati je tau, jangan baca kuat-kuat, segan aku. teeheeheee farahin segan la pulak wehh ahhaks!

bentuk badan lelaki dan cecirinye :
  • endomorph- bentuk muka bulat, berisi, suka bergaul, bermesra, minat untuk makan dan tidur. 

farahin beberapa tahun kemudian..



  • ectomorph- bertubuh tinggi, kurus, rangka rapuh, kepala besar, tajam akal fikiran, iQ tinggi, mementingkan diri sendiri atau jual ikan atau dalam english call selfish gituhh

macam ini laaa ectomorph .. hensem tak hensem?

bukan senang tau aku nak upload pic kekasih hati. 

  •  mesomorph-banyak masalah di sekolah, tegap, gagah. berani, cergas, berleher besar, aktif, kurang sensitif dengan persekitan. contohnye, cikgu kat sebelah dia pon dia buat dunno jee

sukahati aku je kata aaron aziz bermasalah di sekolah. haha

bentuk badan perempuan

  • epal
  • A/pear
  • pembaris
  • v shape
  • fauxpas

memandangkan tubuh perempuan tu sensitif dan auratnye pon perlu dijaga tak perlulah aku mengulas atau upload ape ape gambar. tapi jangan tanya aku kenapa perempuan diklasifikasikan dengan nama buah -buahan dan pembaris or so wahatever sebab aku pon teramatlah pelik. bayangkan masa dia bagitau aku punye la ternganga sampai tikus mondok boleh masuk. propa sangatlah aku niee

k, mai dah balik. yeayy nak makan.

sekian

No comments:

Post a Comment