posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Wednesday, 23 May 2012

perasaan

assalamualaikum w.b.t,

readers,
entri hari ini akan berkisar tentang perasaan. perasaan merupakan suatu rasa disebabkan keadaan halus yang meresap ke dalam hati serta jiwa dan raga. definisi farahin. memang aku raja hentam lah kalau masuk bab perasaan. okay, seperti yang kita sedia maklum, perasaan ada banyak iaitu perasaan takut, sayang, menyampah, malu dsb-dan sebagainya. ewahh, main shortform gituu..

akan tetapi.. tetapi hari ini ye kita akan membincangkan tentang perasaan malu. menjurus kepada topik kita yang hangat lebih hangat dari cengkodok yang hangat ni, aku akan menceritakan serba sedikit tentang insiden yang membuatkan aku malu gila babeng kuasa sejuta yang mengambil masa dalam setengah jam juga untuk membuang bantal yang ditekup di wajahku..

sedang aku keseorangan di dalam bilik along yang sunyi sepi tanpa cinta ini, aku memutuskan untuk melepak-lepakkan diri sambil berfikir. al-maklumlah takde kerja nak buat, novel takde, orang takde, game pon tak best... aku pon mengerah otak untuk berfikir. bila dah keorangan macam-macam lah aku fikir. daripada perkara yang sepatutnya aku fikir sehinggalah perkara yang tak sepatutnya. contoh nye kenapa tayar kereta ada empat, kenapa cermin kat bilik along ni tinggi, dan banyak lagi. kalau buat list sampai besok pon belum tentu habis.

tiba-tiba ada seseorang dari luar mengetuk pintu seraya memberi salam. aku yang terkejut dan tersedar dari anganku lantas menjawab salam. bertalu-talu. dan aku terus teringat pesan along untuk tidak membuka pintu kalau ada orang ketuk, dan kini aku telah menjawab salam. acane ini?

otak aku mulalah ligat berfikir. entah-entah orang tu nak cek attandance, entah-entah  dia nak tangkap orang luar yg seludup masuk macam aku nie. memang otak aku ni kaya dengan kepelbagaian entah-entah. last-last aku buat dunno je dan berteleku dalam bilik nie. tetiba.. prekkk pintu terbuka dan jeng jeng jeng jeng.. rupanya dia ada kunci penduaa..

mak cik; Ya Allah adik, kenapa tak bukak pintu nie? kalau makcik tak bukak mesti takkan bukak la pintu ni
aku: hah?? kita ingat kan siapa (kelu lidah berkata-kata)

ku menjenguk diluar dan kulihat ada 2 orang mamat. aku kaget. Masyaallah rupanya mereka nak betulkan plug.. malunye tak terkata dengan aku tak bertudung, pakai legging half quarter pulak tuu.. cepat-cepat aku sarung seluar panjang and pakai tudung. grr. ingatkan dah siap, sekali lupa pulak dengan adik dan kakak kitorang yang bergantungan. bengang seh, aku campak bawah katil jee..macam-macam doa aku bace. nak aje aku baca doa untuk ghaib. malunye tak terluah dengan kata-kata. mohon supaya aku tidak jumpa dengan salah seorang dari mereka lahh. very hope so.. hilang sudah perwatakan farahin yang cool...




p/s: agaknya ape impression mereka kat aku ek?? selekeh.. maybe        

No comments:

Post a Comment