posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Tuesday, 1 May 2012

my novel Ppasrt 1 #

'kau tak cemburu ke tengok orang bercinta, iman?' tanya izzah.
Iman menjeling ke arah Izzah. 'huh, soalan jenis apakah ini? tak pon.. '
'hujung minggu boleh lepak sama-sama, tengok wayang, minum-minum ke '
'nanti gemuk', jawab Iman sambil ketawa.
'kau ni! tak romantik langsung lah', marah Izzah.
'malas lah nak bercinta, nanti syaitan dan saudara mara dia datang sekali ', jawab Iman bersahaja.

Kata-kata Iman tidak dipedulikan. Dia memang jenis yang romantik. Mujur sahaja tunangnya jauh. lagi 2 tahun baru habis belajar. tidak berpeluang dia untuk berpeleseran.

'kalau tak bercinta macam mana nak kahwin', provok Izzah.

Telefon berbunyi menyelamatkan Iman dari memberi jawapan untuk menyangkal kata-kata Izzah Iziani, teman serumahnya merangkap ustazahnya, pakar motivasinya, `senang kata, kawan jatuh bangun dia.

                                                           **********************

 'asal Is balik je, mummy tanya pasal calon isteri ' luah Jebat Iskandar tidak puas hati
'mummy ni dah tua Is. entah besok lusa mummy hidup lagi ke tak. sebelum mummy menutup mata buat selamanya mummy nak tengok Is naik pelamin. Nanti mummy kat akhirat tak ada lah terkilaan sangat. ' terang Datin Anum.

Tengku Jebat Iskandar Dato' Shah diam.

'Ahh, mummy pakai taktik kotor pulak. mentang-mentang aku dah besar, dia tak boleh nak rotan, pakai psikologi pulak. Ayat ni mesti tak lain tak bukan ayat dalam drama-drama melayu la tu ' Iskandar bermonolog.

'Alah mummy, bukan Is tak nak kahwin tapi calon tak ada lagi la. nanti kalau dah ada nanti Is kahwin la. Mummy ingat nak cari isteri ni macam cari sayur-sayuran kat pasar?' Iskandar memberi alasan.

'ada ke patut kamu samakan perempuan dengan sayur-sayuran? emm, nak harap kamu cari memang kucing tumbuh bulu pon tak ada-ada lagi calonnya ' balas Datin Anum

'kucing tumbuh tanduk lah mummy' pintas Iskandar. Pelik dengan peribahasa mummy nya.

'itu tak penting. kamu tu busy je memanjang.kamu ingat kamu tu muda lagi? kamu tu bukan belasan tahun lagi tau. dah 35 tahun. Kalau kahwin mummy dah dapat 3 orang cucu tau. Mummy tahu kamu tak ada masa. jadi mummy dah tolong pilihkan. Ini ada beberapa keping gambar. kamu pilih la mana yang berkenan.' bebel Datin Anum.

Iskandar mengerutkan dahi seraya menggaru kepala yang tidak gatal. Faham sangat dengan mummy nya yang tak boleh langsung tolak ansur dalam bab-bab kahwin ni. Bukan setakat tahi telinga je cair, kulit telinga pon boleh nipis kalau hari-hari mendengar bebelannya. berkerut  pelipisnya memikirkan alasan agar mummy nya tidak lagi mendesaknya. Dia bimbang kalau wanita yang dicalonkan mummy berwajah cantik berlesung pipit tapi bersuara sengau? ataupun pandai mengaji pandai memasak tetapi rongak giginya? tak ke haru biru hidupnya.


2 comments:

  1. aik kak Farahin, sejak bila jadi NOVELIS ni?? Eh, eh, ada nama IZZAH, terasa kita...hak hak hak,,
    Chaiyok2...sambungan jangan lupa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ni semalam tak boleh tidur punye pasal la. hehe. sesaje mmbuang masa =)

      Delete