posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Friday, 4 May 2012


'Help me ! Help me! Izzzaaaahh' pekik Iman.

Izzah yang baru tersedar dari lenanya terkocoh-kocoh menuruni anak tangga dengan rambut mengerbang dan saki baki bedak sejuk yang masih bertempel di wajahnya. Tercari-cari kelibat teman serumahnya, Iman yang menjerit seperti orang yang ditimpa musibah besar. Risau keadaan temannya. Otaknya ligat berfikir tentang keadaan Iman. Rumah diceroboh pencurikah? Iman dipatuk ularkah? Setelah pasti pekikan itu datang dari hadapan rumah, cepat-cepat dia ke lokasi tersebut. Sempat dicapai botol kosong minuman berkarbonat yang dihabiskan semalam.

'mana pencuri? Mana? Mana dia? Meh aku ketuk-ketuk sampai benjol', tanya izzah.
'mana ada pencuri. Kau ni tidur malam tadi tak cuci tangan eh?' balas Iman

'tak. Aku cuci kaki je. Eh, betul lah aku cuci kaki kenapa nak cuci tangan pulak? Ahh pape lah. Yang kau menjerit memikik melolong sampai mengganggu keharmonian rumah tangga aku ni kenapa?' bebel Izzah

'inilah yang dikatakan mimpi di siang hari. Bangunlah. Bukak mata kau besar-besar. Kau tu masih lagi Cik Izzah Iziani anak Dato' Zain. Diulangi di sini Cik ye Cik bukan Puan! ' tempelak Iman

Izzah diam. Otaknya mencerna tiap bait-bait perkataan yang keluar dari mulut tempayan. Eh, mulut Iman.

'okay, okay. Eh, apehal kau menjerit hah? Jerit kalau slow takpe lah jugak. Dah la aku tengah mimpi jumpa dengan tunang aku. Kacau je lah kau ni '

'cik Izzah, kalau dah namanya jerit tu memang lah kuat. Mana ada jerit slow-slow. Ni ha, tadi aku sarung crocs aku tu nak pergi kerja. Pastu aku rasa geli-geli kat kaki aku. Menggerutu pulak tu. Cuba kau tengokkan apa. Aku takut lah'

'perangai je macam rockers tapi benda kecik macam ni pon suruh aku settle. Pirahh. One more thing, nama je kerja kat kedai bunga tapi masih pakai crocs. Orang perempuan kena jaga penampilan sebab kita ni merupakan contoh yang terbaik untuk anak-anak muda. Imej dan kredibiliti harus dijaga' bebel Izzah sambil tangannya menggapai crocs sahabatnya.

'oh mak kau jatuh tergolek bangun sendiri. Makk katakkk !!' latah Izzah

Izzah mencampak crocs sahabatnya dan elok mendarat di laman rumah jiran sebelah.

'hah katak? Macam mana boleh ada katak pulak ni? Kau ada buat ternakan katak ke kat belakang rumah kita ke? Aku bukan apa, pakai crocs tu senang. Kaki tak melecet, senang nak jalan, senang nak lari. Plus, aku ni tukang delievery bunga je kot. Bukan nye jaga kat kaunter sampai kena melaram cantik-cantik. Macam over je nak pakai high heels ni. Lagipun kau bukan tak tahu yang aku memang tak suka'

'kau nak pakai high heels ke tak? Aku bagi kau pinjam aku punya. Pilih je mana kau nak'

'tak nak..'

'tak nak? Ni kau nak?' Izzah memusingkan badannyake arah Iman sambil menunjuk katak di tangan kirinya.

'buanglah. Kau ni tak geli ke? Pengotor la' Iman menunjukkan kegeliannya dengan liuk lentuk tubuhnya.
Nurul Iman Jahaya lari ke dalam rumah. Iman dikejar. Izzah megejar. Riuh rendah rumah dua tingkat itu seperti pasangan yang mempunyai 7 orang anak kecil, padahal hanya dua orang wanita yang tidak berapa nak matang yang menghuninya.

                                                           **************************

No comments:

Post a Comment