posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Monday, 14 May 2012

G A G A L

welcome to alam maya. anda kini berada di zon farahin.

setelah di paksa dan didesak emak , emak sendiri telah mendaftarkan nama aku, YB Nur Farahin binti Mohamed Yaziz untuk mengikuti kursus komputer selama 2 hari. dengan persetujuan separuh rela. aku pulak mendesak mak untuk turut mendaftarkan nama adik aku sekali untuk kemudahan aku sepanjang 2 hari ini. okay, intro yang double triple skema.

plannya, hari first tu nak buat-buat tak sedar masa mak kejut. tapi mak dah jadi madonna pulak pagi tu. macam bertih jagung yang digoreng. pot pet pot pet. plan fail.telinga ni kalau dah sumbat dengan kapas pon gerenti boleh dengar jugaklahh. bukan setakat tahi telinga je cair, kulit telinga pon boleh menipis. mengapa ye wanita yang mencapai usia veteren sring terlibat dalm gejala bebelisme? eh tak, mak aku muda belia lagi.. ni bukan kutukan, tapi kritikan membina untuk bakal-bakal ibu especially scha al-yahya. okay, aku merepek.

disini aku belajar tentang etika menggunakan internet. aku ingat aku dah cukup beradab sopan dalam segala hal, cewahhh. so, penceramah blabla di hadapan, kami tengok cerita barbie kat belakang, tengok seia sekata, raja lawak la raja tak lawak la. saiz badan yang kecil membolehkan aku menyorok di belakang komputer. wahh, untungnya jadi budak ****** ini. tak nak cakap, sensitipp.




di dalam kursus ini juga ye kita belajar 8e. iaitu, e-akses, e-literasi, e-peraturan, e-keselamatan,e-kerjasama dan e-kolaborasi, e-perusahaan, e-sejahteraan, e-akauntibiliti. semput ni, sebut dalam satu nafas. aku pon tak faham kenapa bahasa melayu. bukan nak berlagak tapi selalunya kan dalam bahasa inggeris. tapi takpelah.

jengjengjengjengjong. anda diberi masa 50 minit untuk menjawab 45 soalan yang total markahnya ialah 1000 markah donggg. untuk lulus, perlu 640 markah dan ke atas. seriously, ianya memerlukan critical thinking. tentang etika. hmm, kena jadi budak skema.


dan, bila aku submit je aku menjerit kuat gila bapak sebab fail. tabahkan hati, mungkin aku tersilap pandang. aku pandang kali kedua dan tetap fail. sahla, aku bukan budak skema. haha. aku pon tak pasti kenapa aku fail sebab aku rasa soalannya senang je. setelah ditolak, ditambah, didarab dan dibahagi, 5 orang peserta fail, termasuklah aku dan adik aku. manakala 5 orang disahkan lulus. buat malu the yaziz je. lepas ni abah boleh la duk dalam rumah je tak payah jumpa kawan-kawan. hakhakhak



terngiang-ngiang aku penceramah tu cakap. 'kat sini kita ada form 6, lepasan universiti dan matrik. ehem, aku lah tuu. lulus dan gagal akan mengubah perspektif saya terhadap awak la..' pehhh,. gua rasa  malu gila sebab fail. wahai ilmu magis cepatlah datang. adik aku relaks je, dia cakap kononnya dia budak paling muda la, form5. haktuii.


apa-apapun, ianya memerlukan critical thingking dimana doktor pon boleh gagal. jadi, wajarlah mengapa aku gagal. menerima kegagalan sesuatu yang pahit apetah lagi untuk menyatakan result kat emak dan abah yang sibuk bertanya. ciss. selepas menunaikan janji untuk mengupdate blog, aku pon tidur untuk melupakan tragedi pahit ini...

sekian

No comments:

Post a Comment