posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Thursday, 31 May 2012

mesir?

kadang-kadang nak, kadang-kadang taknak

kadang-kadang excited, kadang-kadang ragu-ragu

kadang-kadang taknak, kadang-kadang nak,

kadang-kadang ragu-ragu, kadang-kadang excited...

papepon, saya dah pening kepala.

 saya telah mereject tawaran ke universiti al-azhar, mesir. abah dan mak seolah kecewa dengan keputusanku, hope selepas ni ada tawaran atau rezeki yang lebih baik untuk aku, insyaallah

Wednesday, 30 May 2012

hate part 2

lately ni, ramai orang yang asyik buat aku naik hangin. tak tau lah sempena nak datang bulan ke ape, tp before ni tak pernah pulak aku mengamuk sakan kalau nak period ke. sakit kepala la layan orang yang bermacam-macam ragam ni.

aku dah cakap, jangan buat aku marah. jangan ingat aku cool, aku tak de perasaan marah. sekali aku dah mengamuk jangan harap la aku jumpa  muka kau lagi. eh silap, jangan harap kau jumpa muka aku lagi


aku tak pernah eh nak bawak emosi aku sampai ke facebook, blog dan twitter dan apa sahaja laman sosial yang ada. kira pecah rekod ah kau sebab boleh buat aku post benda bukan-bukan yang boleh hidupkan perspektif negatif orang lain terhadap aku. and aku tak pernah-pernah menggigil jari taip this such things. but now? ni sebab skala ritcher aku tinggi sangat lebih tinggi dari tsunami dan ombak rindu ! kau patut bersyukur sebab aku bukan jenis gunakan perkataan yang berbentuk makian bila marah

sini aku explain eh, tu pon kalau kau baca ah blog aku laa

semua orang suka online, semua orang suka post kat facebook. antara keluar ke tidak je post kau kat home orang lain. jadi bila home kau asyik keluar post aku je dan kau pon rasa menyampah, kau tak payah nak sound sound aku macam kau bajet bagus, kau boleh unfriend aku terus. sebab aku memang tak de masalah langsung .tak kesah la kau tu kawan rapat aku ke, anak raja ke, budak u ke, pandai macam mane sekalipun aku tak heran. aku cuma kawan dengan orang yang nak kawan dengan aku je. as simple as that. lagi satu, aku tak pernah nak pon post aku tu keluar home orang lain lagi-lagi kau. facebook yang arrange, not me. harap faham

p/s: jangan fikir orang yang asyik duk online je tu tak boleh dapat result gempak-gempak. membe aku ramai result best walaupon dia online..macamlah kau tak online kau duduk ngadap buku 24 jam? kalau kau tak online jugak macamane kau boleh tau aku online ek? hahaha, lawak la kau ni

sekian..


Sunday, 27 May 2012

of gemuk

dear blogreaders,

'hey you, gemuk dah?'

okay aku tipu. mane ada pakai i-you dengan member-member. but one thing, hampir kesemua cakap macam tu bila jumpa aku. gemuk sangat ke aku? sekarang ni aku sengaja memeningkan diri dengan memikirkan aku kurus atau gemuk. ada yang cakap gemuk, tidak ketinggalan juga yang ckp kurus. ada yang cakap aku kurus cuma pipi berisi sikit. ye, memang kalau aku gemuk, pipi aku akan kembang berinci-inci..apa-apapun, aku rasa aku dah gemuk. haha

azam saya kali ini untuk mendapatkan perut yang kecil, bukan perut macam mengandung 9 bulan baby tak keluar- keluar. lemas nanti baby tuu.

by the way, ada yang cakap farahin makin berseri-seri. aah nak aje aku jawab memang berseri sebab tengah bahagia mengandungkan lemak-lemak tepu.

tak tahu nak gembira ke tak.. sebab dulu masa zaman kekurusan sibuk nak berhijrah ke zaman kegemukan. bila dah gemuk sibuk nak kurus. memang betul manusia. tidak pernah pueh hati dengan apa yang kita ada.

setelah dikaji, ku mendapati semua ini berpunca dari diri sendiri dimana tahap kemalasan berexercise | bersukan | berjogging |mengamalkan diet yang seimbang semakin berganda dari masa-ke semasa. mana tak dapat gemuk free bila mana ekau sukan sekali satu sem. satu sem 6 bulan. 6 bulan sekali baru nak jogging sana jogging sini. jogging main-main pulak tu.

balik kelas dah pukul 4. dari jam 8 sampai 4. balik dah lepak. lagi-lagi aku lebih mementingkan tidoq dari segala-galanya. fuhh, tak kira pulak pemakanan yang tak seimbang. sebabnye, hari-hari aku makan ayam. bila berjauhan dengan mak yang merupakan pakar nutrisi aku tu memang enak lazat berkrim je la aku sebat ayam. hantu ayam, macam ini la. oh tidak tidak! saya memang tak kawan dengan sayur-sayuran.




Saturday, 26 May 2012

money money money

assalamualikum w.b.t..

selepas dapat syarahan percuma dari abah yang tajuknya pentingnya pelajaran, di mana pelajaran merupakan harta yang paling penting, terpenting, amat penting yang boleh mengubah hidup. sempena along dah konvo, aku akan dapat result 4 hari lagi, uda yang merupakan SPM candidates, dan ila yang akan menduduki UPSR bulan 9 nanti memang biasalah dapat bebelan, syarahan, ceramahan, nasihat, kata-kata perangsang dan tak kira lah ape juga perbendaharaan kata yang korang nak gunakan ye..

abah cakap bukan senang nak cari duit. its all about the money money money.. you know what? bukan nak cakap yang aku ni mata duitan, tapi nak cakap pon boleh jugak lah.. haha tapi siapa yang cakap duit tak penting tu dia memanglah tergolong dalam orang - orang yang cetek pemikiran.

 'when poverty knocks the door, love flies trough windows' .. tak faham? '
 ' apabila kepapaan mengetuk pintu, cinta terbang melalui tingkap'... faham?

aku rasa tak perlulah aku membuat ulasan dengan lebih lanjut ek? mesti faham punya.. pastu kan pastu abah tetiba cakap pasal ni.. tapi yang dibawah ni macam konklusi aku sendiri. biasa la, ni namanya fikiran terjauh over jauh gila..

Makanan = RM 9-10 sekepala. Ini kalau pakai katering.

Lembu = RM 2500 seekor kalau betina, kalau jantan dalam RM1800 dah boleh tumbang

Kerbau = RM3000

Unta = RM4500

Llama = RM 6000

Khemah = RM 3000-4000 belum termasuk kain berjurai-jurai menyembah bumi dan juga lampu  bergemerlapan

Pakaian pengantin lelaki = RM300-400 (kalau sewa dekat mak andam lebih kurang juga)

Pakaian pengantin perempuan = RM300-400
Kalau pakai t-shirt = free + pelempang

Baju nikah = RM100-200 
kalau pakai kain pelikat sahaja = imam pun lagi hensem

Upah juru gambar = RM3000-4000 
Suruh akak yang ambil = Free tapi nampak kepala je

Kad Kahwin = RM300-400 ikut jumlah
Facebook = Free

Krusus kahwin = RM80-100

Sewa tempat = RM 1000-2000 (ikut tempat)
bulatan kluang = free

Hantaran = RM1000-1500

Wang Hantaran = pehhhh

Cincin = pehhhh

Belanja Rombongan Meminang = RM500-1000


p/s : korang rasa ade kena mengena ke? sbb aku pon mcm blur sikit nie. haha

Wednesday, 23 May 2012

perasaan

assalamualaikum w.b.t,

readers,
entri hari ini akan berkisar tentang perasaan. perasaan merupakan suatu rasa disebabkan keadaan halus yang meresap ke dalam hati serta jiwa dan raga. definisi farahin. memang aku raja hentam lah kalau masuk bab perasaan. okay, seperti yang kita sedia maklum, perasaan ada banyak iaitu perasaan takut, sayang, menyampah, malu dsb-dan sebagainya. ewahh, main shortform gituu..

akan tetapi.. tetapi hari ini ye kita akan membincangkan tentang perasaan malu. menjurus kepada topik kita yang hangat lebih hangat dari cengkodok yang hangat ni, aku akan menceritakan serba sedikit tentang insiden yang membuatkan aku malu gila babeng kuasa sejuta yang mengambil masa dalam setengah jam juga untuk membuang bantal yang ditekup di wajahku..

sedang aku keseorangan di dalam bilik along yang sunyi sepi tanpa cinta ini, aku memutuskan untuk melepak-lepakkan diri sambil berfikir. al-maklumlah takde kerja nak buat, novel takde, orang takde, game pon tak best... aku pon mengerah otak untuk berfikir. bila dah keorangan macam-macam lah aku fikir. daripada perkara yang sepatutnya aku fikir sehinggalah perkara yang tak sepatutnya. contoh nye kenapa tayar kereta ada empat, kenapa cermin kat bilik along ni tinggi, dan banyak lagi. kalau buat list sampai besok pon belum tentu habis.

tiba-tiba ada seseorang dari luar mengetuk pintu seraya memberi salam. aku yang terkejut dan tersedar dari anganku lantas menjawab salam. bertalu-talu. dan aku terus teringat pesan along untuk tidak membuka pintu kalau ada orang ketuk, dan kini aku telah menjawab salam. acane ini?

otak aku mulalah ligat berfikir. entah-entah orang tu nak cek attandance, entah-entah  dia nak tangkap orang luar yg seludup masuk macam aku nie. memang otak aku ni kaya dengan kepelbagaian entah-entah. last-last aku buat dunno je dan berteleku dalam bilik nie. tetiba.. prekkk pintu terbuka dan jeng jeng jeng jeng.. rupanya dia ada kunci penduaa..

mak cik; Ya Allah adik, kenapa tak bukak pintu nie? kalau makcik tak bukak mesti takkan bukak la pintu ni
aku: hah?? kita ingat kan siapa (kelu lidah berkata-kata)

ku menjenguk diluar dan kulihat ada 2 orang mamat. aku kaget. Masyaallah rupanya mereka nak betulkan plug.. malunye tak terkata dengan aku tak bertudung, pakai legging half quarter pulak tuu.. cepat-cepat aku sarung seluar panjang and pakai tudung. grr. ingatkan dah siap, sekali lupa pulak dengan adik dan kakak kitorang yang bergantungan. bengang seh, aku campak bawah katil jee..macam-macam doa aku bace. nak aje aku baca doa untuk ghaib. malunye tak terluah dengan kata-kata. mohon supaya aku tidak jumpa dengan salah seorang dari mereka lahh. very hope so.. hilang sudah perwatakan farahin yang cool...




p/s: agaknya ape impression mereka kat aku ek?? selekeh.. maybe        

Sunday, 20 May 2012

convocation

assalamualaikum w.b.t

hari ahad along ada konvokesyen kat UITM. hari ahad jugak abah ada kursus. kursus kenaikan pangkat yang selama ini abah tunggu-tunggu. bila dah dapat, takkan nak lepas pulak? maka, solutionnyaa... jeng jeng jengg.. abah dan along memutuskan supaya aku yang menjadi wakil. antara dua mercu, antara malas dan kasihan ku gagahkan diri jugak ke shah alam. memang terserlah aku ni seorang yang kind hearted kan kan kan? ahakks!!

first time do, pertama kali dehh aku naik bas ke tempat yang sebegitu jauh. pergi balik matrik yang kat tangkak ala yang dekat tu pon aku tak pernah naik bas, inikan pulaa straight to shah alam. beli tiket pon aku tak tauu wa cakap sama lu. haha. kelam kabut aku. siap aku tanya along lagi, duduk kena ikot seat ke, barang nanti letak mana, nak bagi tiket kat sape.. okay okay fine, aku memang jakun and  i knew it..

bertolak hari sabtu. along cakap aku duduk bilik dia seminggu. wah wah sukahati selemak rasa je dia memutuskan tanpa berbincang dengan aku terlebih lebih dahulu. mak dengan abah hantar aku ke bustand. okay, frankly speaking bukan hantar je, tunggu sampai aku naik bas. risau agaknya. almaklumlah anak dia kan comel. huahahahaha- gelak perasan. takpe bah, nanti kalau ada orang culik, kita tunjuk ic yee. macamlah penculik nak kisah dengan ic aku ye dak?



gementar, gugup, nebes tak nebes bhaaii aku. first time ni. tak habis-habis dengan ayat first time. sepanjang perjalanan aku tak tido sebab aku takut terlepas. aku ni kalau dah tido, bukan setakat bom meletop, orang baca yaasin pon belum tentu aku bangun kalau dah penat sangat laa. biasanya, kalau pacuan empat roda iaitu kereta bergerak 10 minit confirm aku dah sampai bangladesh. ni pacuan berbelas-belas roda aku tak tido, boleh masuk record nie. ahhhhhhaaaaachum. aku sanggup tahan dari menyahtinja sebab aku takut nak keluaq sorang. yang ni sadis

blablabla, dahpun sampai. keesokan harinya, cehh tetiba dah besok. memang tak konsisten lansung cerita aku nie. yang ni aku baran sikit. pehh, boleh pulak dia hantar sorang mamat ni suruh jaga aku. mamat penyibuk. rimas betul. macam lah aku ni budak kecik yang memerlukan perhatian orang besar. rimas betul la,. kalau ye pon nak suruh org tengok-tengokkan aku, kirimlah kakak ke mak cik ke.. aku bukan tak suka lelaki tapi aku rimas. memang aku jenis cakap kasar, jalan sembrono, tak reti duduk diam, riuh dan degil, so whatt? penyibuk penyibuk

malas nak cakap pasal mamat tu. papehal, thanks lah sebab jaga aku dari pak cik tua yang miang keledek tuu. aku nak upload picture








le along sedang mmbelek sijilnya



sekalung tahniah diucapkan kepada along. menyanyi adalah cara aku menunjukkan penghargaan. hehe. hari isnin, along ke kuliah. aku tercongok kat bilik dia seorang diri sambil makan cadbury. peacee !

p/s: kak tiqa, roomate along sangat baik. sukaaa



Tuesday, 15 May 2012

tentang farahin

siapa farahin? itulah yang menjadi persoalan pada masa sekarang. cehh, batak sekejap. aku ni men guna je perkataan batak tu, tah sesuai ke tak.

nama penuh : Nur Farahin Binti Mohamed Yaziz

nama glamer: kak bigshow

tinggi : rendah dari pokok kelapa, tinggi dari pokok bunga bourgainvilla

berat : seringan kapas.. tapi 30 guni jugak laa

alamat : atas langit bawah bumi

makanan kegemaran : nasi kerabu bertatahkan berlian

minuman kegemaran : air mata godzilla

cita-cita : ahli bina badan

hobi: menunggang kuda kepang

kalau farahin lelaki : aaron aziz

watak dalam the avengers : natasha rumanoff

alahan : orang yang cover cun, diceramah

menangis disebabkan : bosan, digigit semut api

marah disebabkan : orang masuk bilik tak tutup pintu

lagu cinta :  chalte, dil kya kare, kal ho na ho, andheki anjanise, are re are

harta: kaya dengan perbendaharaan kata yang menarik

 kata-kata hikmah : we fight for justice, we fight for love, we fight for ape-ape je lah
                              we want peace
                              we were rock youu


p/s: mana boleh bagi maklumat peribadi. ni etika menggunakan internet ni

Monday, 14 May 2012

G A G A L

welcome to alam maya. anda kini berada di zon farahin.

setelah di paksa dan didesak emak , emak sendiri telah mendaftarkan nama aku, YB Nur Farahin binti Mohamed Yaziz untuk mengikuti kursus komputer selama 2 hari. dengan persetujuan separuh rela. aku pulak mendesak mak untuk turut mendaftarkan nama adik aku sekali untuk kemudahan aku sepanjang 2 hari ini. okay, intro yang double triple skema.

plannya, hari first tu nak buat-buat tak sedar masa mak kejut. tapi mak dah jadi madonna pulak pagi tu. macam bertih jagung yang digoreng. pot pet pot pet. plan fail.telinga ni kalau dah sumbat dengan kapas pon gerenti boleh dengar jugaklahh. bukan setakat tahi telinga je cair, kulit telinga pon boleh menipis. mengapa ye wanita yang mencapai usia veteren sring terlibat dalm gejala bebelisme? eh tak, mak aku muda belia lagi.. ni bukan kutukan, tapi kritikan membina untuk bakal-bakal ibu especially scha al-yahya. okay, aku merepek.

disini aku belajar tentang etika menggunakan internet. aku ingat aku dah cukup beradab sopan dalam segala hal, cewahhh. so, penceramah blabla di hadapan, kami tengok cerita barbie kat belakang, tengok seia sekata, raja lawak la raja tak lawak la. saiz badan yang kecil membolehkan aku menyorok di belakang komputer. wahh, untungnya jadi budak ****** ini. tak nak cakap, sensitipp.




di dalam kursus ini juga ye kita belajar 8e. iaitu, e-akses, e-literasi, e-peraturan, e-keselamatan,e-kerjasama dan e-kolaborasi, e-perusahaan, e-sejahteraan, e-akauntibiliti. semput ni, sebut dalam satu nafas. aku pon tak faham kenapa bahasa melayu. bukan nak berlagak tapi selalunya kan dalam bahasa inggeris. tapi takpelah.

jengjengjengjengjong. anda diberi masa 50 minit untuk menjawab 45 soalan yang total markahnya ialah 1000 markah donggg. untuk lulus, perlu 640 markah dan ke atas. seriously, ianya memerlukan critical thinking. tentang etika. hmm, kena jadi budak skema.


dan, bila aku submit je aku menjerit kuat gila bapak sebab fail. tabahkan hati, mungkin aku tersilap pandang. aku pandang kali kedua dan tetap fail. sahla, aku bukan budak skema. haha. aku pon tak pasti kenapa aku fail sebab aku rasa soalannya senang je. setelah ditolak, ditambah, didarab dan dibahagi, 5 orang peserta fail, termasuklah aku dan adik aku. manakala 5 orang disahkan lulus. buat malu the yaziz je. lepas ni abah boleh la duk dalam rumah je tak payah jumpa kawan-kawan. hakhakhak



terngiang-ngiang aku penceramah tu cakap. 'kat sini kita ada form 6, lepasan universiti dan matrik. ehem, aku lah tuu. lulus dan gagal akan mengubah perspektif saya terhadap awak la..' pehhh,. gua rasa  malu gila sebab fail. wahai ilmu magis cepatlah datang. adik aku relaks je, dia cakap kononnya dia budak paling muda la, form5. haktuii.


apa-apapun, ianya memerlukan critical thingking dimana doktor pon boleh gagal. jadi, wajarlah mengapa aku gagal. menerima kegagalan sesuatu yang pahit apetah lagi untuk menyatakan result kat emak dan abah yang sibuk bertanya. ciss. selepas menunaikan janji untuk mengupdate blog, aku pon tidur untuk melupakan tragedi pahit ini...

sekian

Tuesday, 8 May 2012

EVIL

assalamualaikum w.b.t..

suatu malam yang sepi, abah menutup suis lampu dan semua ahli keluargaku masuk ke bilik masing-masing termasuklah aku. ku pandang jam di dinding. jarum pendek menunjukkan pukul 12, jarum panjang pukul 5. 12.05 am la tuu.. jantung hatiku berdetak laju. ku duduk seorang diri. ku baring untuk merehatkan diri. ku bangun dan duduk bersila di atas katil. ku baring kembali. seminit kemudian, ku bangun dan duduk bersila semula. ku baring, ku duduk, ku baring kududuk.  ciss, ape punya mukadimah tah si farahin niee..

okay, straight to the point, aku berasa sangat bosan. aku memerlukan seseorang untuk berbual. turn on lappy. aku pon cuba try test si cleverbot ni. hambik kau dah cuba, try pula, lepas tu test. padahal meaning dia same je kot. seperti yang di suggestkan Fatin Liyana. huhuu. tak kenal? jgn risau, dia pon tak kenal kita.gitulah kak Farahin, IM kita kat Fb taknak balas. hehe. busy ! busy !.. maka berlakulah perbualan si aku (user) dan si cleverbot (evil) yang menyebebkan percetusan emosi di pihak user. herm, akulah ituu..


User: Hei, aku bosan lah. Jom borak. 

Cleverbot: Siapa cakap kau kucing?

User: Bila masa ada orang cakap aku kucing? Jangan merepek boleh tak?

Cleverbot: Ko sokong umno ke sokong pas.

User: Tak minat.

Cleverbot: Kenapa?

User: Banyak tanya lah kau ni?

Cleverbot: Cibai la kau.

User: Lantak kau lah. Bengong.

Cleverbot: Sepak kau kunk.

User: Ish. Ada jugak aku bukak bunga silat ni.

Cleverbot: Ada!

User: Malas aku layan kau. Gila!

Cleverbot: Aku lagilah malas bodoh.

User: Sukahati kau je cakap aku bodoh? Menyakitkan hati betul. I hate you. Bye!

Cleverbot: Sape robot? Ko la robot. Bahalol.

User: Pergi tidour la kau. Bye.

Cleverbot: Biasa la.

dah la. sampai hati dia cakap taknak layan aku. taknak layan, cakap lah awal-awal. ni dah the end conversation baru cakap. what a funneh. dia cakap aku cibai, bodoh dan bahalol pulak tuu. see ejaan bahaLUL pon dia eja bahaLOL.aku rasa sangat terhina duhh.. agaknya dia diciptakan untuk menghina je kot..api jangan dibalas dengan api. itu mak aku pesan. aku marah jugak tapi segera dibilas dengan istighfar dan mengurut dada. memang mencabar iman. cehh, blog Farahin menerapkan nilai-nilai murni pulak ek? hehe. barangsiapa yang nak mencuba berkomunikasi dengan cleverbot ni, ce bukak cleverbot.com. nak cakap english? jawa? melayu? pon dia jawab je. kepada sesiapa yang tidak tahan dengan penghinaan, diminta menyediakan tisu di sebelah sebelum turunnya hujan di dalam rumah..

mood : bengang. seperti dilanda ombak tsunami

Saturday, 5 May 2012

travel. awesome


I'm not good to stay at home. getting bored. nothing to do. so, I made myself travel all over the world of google. muhehehehe.


 the Taj Mahal located at Agra, India. It was built by mughal emperor Shah Jahan in memory of his third wife, Mumtaz Mahal. (bagi nama anak pon sodap ni, haha !) The Taj Mahal is widely recognized as the jewel of muslim art in India and one of the universally admired masterpiece of the world's heritage.

teringin sangat nak tengok dengan mata kepala sendiri. bawaku terbang. anyone??
tak pon, ada yg nak menunjukkan kasih syg dgn membina Taj Farahin? hehe...

paris, here I come. Eiffel Tower located at Champ de Mars in Paris. huh, kat mana pon aku tak tahu. so, google la sendiri ye ! this tower is the tallest building in Paris. It was named after the engineer Gustave Eiffel, whose company and build this tower. well, bg nama untuk cucu aku, mesti jadi budak pandai, silap hari bulan dia bina tower untuk aku. hehe

you could'nt possibly visit Paris without seeing this Eiffel Tower. I would like to see it in midnight. surely, its become very beautiful. *berangan*

i will spend my honeymoon vacation here. eventhough my sister and friends said this not suitable for honeymoon, I DONT CARE. not kind a romantic place, they said. whoaaa, tengok site disneyland kat internet pon dah meriah, ni kalau depan mata aku kompem lupa daratan sekejap. hehe . tommorowland, adventureland., fantasyland, toy story land and bermacam-macam land lagi lah. okay, dah start gigit bantal nieee. it must be fun. jyeaaahh~

the Galapagos Island located at belakang rumah aku. haha takdelah. located at Pacific Ocean some 1000km from South America. surround water form an Ecuadorian Province,a national park and a biological marine reserve. teringin nak pergi sini sebab Galapagos Island masuk dalam tajuk 8 : variation dalam biology. hehe

Friday, 4 May 2012


'Help me ! Help me! Izzzaaaahh' pekik Iman.

Izzah yang baru tersedar dari lenanya terkocoh-kocoh menuruni anak tangga dengan rambut mengerbang dan saki baki bedak sejuk yang masih bertempel di wajahnya. Tercari-cari kelibat teman serumahnya, Iman yang menjerit seperti orang yang ditimpa musibah besar. Risau keadaan temannya. Otaknya ligat berfikir tentang keadaan Iman. Rumah diceroboh pencurikah? Iman dipatuk ularkah? Setelah pasti pekikan itu datang dari hadapan rumah, cepat-cepat dia ke lokasi tersebut. Sempat dicapai botol kosong minuman berkarbonat yang dihabiskan semalam.

'mana pencuri? Mana? Mana dia? Meh aku ketuk-ketuk sampai benjol', tanya izzah.
'mana ada pencuri. Kau ni tidur malam tadi tak cuci tangan eh?' balas Iman

'tak. Aku cuci kaki je. Eh, betul lah aku cuci kaki kenapa nak cuci tangan pulak? Ahh pape lah. Yang kau menjerit memikik melolong sampai mengganggu keharmonian rumah tangga aku ni kenapa?' bebel Izzah

'inilah yang dikatakan mimpi di siang hari. Bangunlah. Bukak mata kau besar-besar. Kau tu masih lagi Cik Izzah Iziani anak Dato' Zain. Diulangi di sini Cik ye Cik bukan Puan! ' tempelak Iman

Izzah diam. Otaknya mencerna tiap bait-bait perkataan yang keluar dari mulut tempayan. Eh, mulut Iman.

'okay, okay. Eh, apehal kau menjerit hah? Jerit kalau slow takpe lah jugak. Dah la aku tengah mimpi jumpa dengan tunang aku. Kacau je lah kau ni '

'cik Izzah, kalau dah namanya jerit tu memang lah kuat. Mana ada jerit slow-slow. Ni ha, tadi aku sarung crocs aku tu nak pergi kerja. Pastu aku rasa geli-geli kat kaki aku. Menggerutu pulak tu. Cuba kau tengokkan apa. Aku takut lah'

'perangai je macam rockers tapi benda kecik macam ni pon suruh aku settle. Pirahh. One more thing, nama je kerja kat kedai bunga tapi masih pakai crocs. Orang perempuan kena jaga penampilan sebab kita ni merupakan contoh yang terbaik untuk anak-anak muda. Imej dan kredibiliti harus dijaga' bebel Izzah sambil tangannya menggapai crocs sahabatnya.

'oh mak kau jatuh tergolek bangun sendiri. Makk katakkk !!' latah Izzah

Izzah mencampak crocs sahabatnya dan elok mendarat di laman rumah jiran sebelah.

'hah katak? Macam mana boleh ada katak pulak ni? Kau ada buat ternakan katak ke kat belakang rumah kita ke? Aku bukan apa, pakai crocs tu senang. Kaki tak melecet, senang nak jalan, senang nak lari. Plus, aku ni tukang delievery bunga je kot. Bukan nye jaga kat kaunter sampai kena melaram cantik-cantik. Macam over je nak pakai high heels ni. Lagipun kau bukan tak tahu yang aku memang tak suka'

'kau nak pakai high heels ke tak? Aku bagi kau pinjam aku punya. Pilih je mana kau nak'

'tak nak..'

'tak nak? Ni kau nak?' Izzah memusingkan badannyake arah Iman sambil menunjuk katak di tangan kirinya.

'buanglah. Kau ni tak geli ke? Pengotor la' Iman menunjukkan kegeliannya dengan liuk lentuk tubuhnya.
Nurul Iman Jahaya lari ke dalam rumah. Iman dikejar. Izzah megejar. Riuh rendah rumah dua tingkat itu seperti pasangan yang mempunyai 7 orang anak kecil, padahal hanya dua orang wanita yang tidak berapa nak matang yang menghuninya.

                                                           **************************

Tuesday, 1 May 2012

my novel Ppasrt 1 #

'kau tak cemburu ke tengok orang bercinta, iman?' tanya izzah.
Iman menjeling ke arah Izzah. 'huh, soalan jenis apakah ini? tak pon.. '
'hujung minggu boleh lepak sama-sama, tengok wayang, minum-minum ke '
'nanti gemuk', jawab Iman sambil ketawa.
'kau ni! tak romantik langsung lah', marah Izzah.
'malas lah nak bercinta, nanti syaitan dan saudara mara dia datang sekali ', jawab Iman bersahaja.

Kata-kata Iman tidak dipedulikan. Dia memang jenis yang romantik. Mujur sahaja tunangnya jauh. lagi 2 tahun baru habis belajar. tidak berpeluang dia untuk berpeleseran.

'kalau tak bercinta macam mana nak kahwin', provok Izzah.

Telefon berbunyi menyelamatkan Iman dari memberi jawapan untuk menyangkal kata-kata Izzah Iziani, teman serumahnya merangkap ustazahnya, pakar motivasinya, `senang kata, kawan jatuh bangun dia.

                                                           **********************

 'asal Is balik je, mummy tanya pasal calon isteri ' luah Jebat Iskandar tidak puas hati
'mummy ni dah tua Is. entah besok lusa mummy hidup lagi ke tak. sebelum mummy menutup mata buat selamanya mummy nak tengok Is naik pelamin. Nanti mummy kat akhirat tak ada lah terkilaan sangat. ' terang Datin Anum.

Tengku Jebat Iskandar Dato' Shah diam.

'Ahh, mummy pakai taktik kotor pulak. mentang-mentang aku dah besar, dia tak boleh nak rotan, pakai psikologi pulak. Ayat ni mesti tak lain tak bukan ayat dalam drama-drama melayu la tu ' Iskandar bermonolog.

'Alah mummy, bukan Is tak nak kahwin tapi calon tak ada lagi la. nanti kalau dah ada nanti Is kahwin la. Mummy ingat nak cari isteri ni macam cari sayur-sayuran kat pasar?' Iskandar memberi alasan.

'ada ke patut kamu samakan perempuan dengan sayur-sayuran? emm, nak harap kamu cari memang kucing tumbuh bulu pon tak ada-ada lagi calonnya ' balas Datin Anum

'kucing tumbuh tanduk lah mummy' pintas Iskandar. Pelik dengan peribahasa mummy nya.

'itu tak penting. kamu tu busy je memanjang.kamu ingat kamu tu muda lagi? kamu tu bukan belasan tahun lagi tau. dah 35 tahun. Kalau kahwin mummy dah dapat 3 orang cucu tau. Mummy tahu kamu tak ada masa. jadi mummy dah tolong pilihkan. Ini ada beberapa keping gambar. kamu pilih la mana yang berkenan.' bebel Datin Anum.

Iskandar mengerutkan dahi seraya menggaru kepala yang tidak gatal. Faham sangat dengan mummy nya yang tak boleh langsung tolak ansur dalam bab-bab kahwin ni. Bukan setakat tahi telinga je cair, kulit telinga pon boleh nipis kalau hari-hari mendengar bebelannya. berkerut  pelipisnya memikirkan alasan agar mummy nya tidak lagi mendesaknya. Dia bimbang kalau wanita yang dicalonkan mummy berwajah cantik berlesung pipit tapi bersuara sengau? ataupun pandai mengaji pandai memasak tetapi rongak giginya? tak ke haru biru hidupnya.