posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Sunday, 5 February 2012

aishiteru Rasullullah SAW

dear blog-readers,
ni cerita semalam punye. kira dah basi baru aku nak update. ni pon sbb ada budak tu kann tak habis2 suruh aku update blog. aku bukannye ade cite hot, gosip panas ke or whatever you call it. cite aku biasa2 je, suam2 kuku atau kawan aku panggil sejuk panas. haha. first time dengar punye lah aku gelak. suam  = sejuk panas. dah sejuk panas pulak tu. pelik2 je lah. huhuuu

5 hari kot duduk kat kmj ni. cuti tapi terperap kat sini sbb ada program. dah cakap dah aku bukannye baik sgt. walaupun tak balik rumah, aku tak join pon program tu. haha inilah yg dinamakan istirehat, dlm erti kata lain pemalas..skip program ! skip program!

semalam = ahad = 05.02.12 = 12 rabiulawal. sape tak tahu tarikh ni, i dont know how to say lah kan. tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW. kat sini pon sambut. meriah sgt. byk persembahan. mcm2 jenis persembahan ada. 

1.ada lagu who next your mother from budak2 kecik (act, anak2 pensyarah kat sini) comel sgt. hahaha . 
2.then, ada berzanji. 
3.ada pantun berirama. (budak laki langsung tak boleh berlakun, walaupun suara dia agak pelik, tak payah lah tutup telinga. hahah)
4.nasyid. dari kumpulan fitrah nurani. huaaaaa. ape yang boleh aku tekankan di sini, aku begitu terpesona dgn suara2 mereka yang lemak2 berkrim disukai ramai tuuuuu.. musicians pon okay. best giler lahh
5.coral speaking. from budak2 laki kuliah aku, agak comel. tp masing2 tak reti nak cover. bce sikit tgok kertas. tau lah english. tak hafal lah tuuu

anak-anak aku yg kiut miut. ehh, typing error, anak pensyarah
persembahan, ada pantun la ape la



fitrah nurani.. best
coral speaking. nampak tak semua tunduk je? hahaha
best la. jeles aku tengok diorang. sume nye berbakat. aku ni usahkan bakat terendam, badak berendam pon takde. huaaa tp tak ramai sangat. muat satu dewan je. ceramah dia pon best. aku sedih tau masa penceramah tu ckp masa Nabi Muhammad SAW nak wafat, baginda tak sebut nama isteri-isteri nye pon. tp sebut 'ummati' yang bermaksud ummatku. betapa risaunye baginda dgn kita semua :( hari yang sama sebelum baginda wafat, baginda sempat berpesan

'aku mewariskan 2 perkara iaitu Quran dan Sunahku'- sedih banget dehh

JAGA 7 SUNAH RASULULLAH
"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua:
membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

p/s: jangan pertikaikan tentang sunah Rasullullah. semua yang baginda buat adalah perkara baik. hatta darah kotornye mahupun ludahnya juga ada khasiatnye sendiri. renung-renungkan dan selamat beramal ;)

No comments:

Post a Comment