posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Sunday, 12 February 2012

9 cara mengatasi malas

dear blog-readers,
today i would like to discuss about this topic. uhuuu. jadi minah salleh lah pulak. i dont know why but i have one secret. actually, aku ada penyakit. tp aku tak tahulah korang tau ke tak. nak tahu?  ni lah penyakit paling besar yang boleh mmbawa maut. yeahh, probably. penyakit tu kejap datang, sekejap pergi which make me so tensionnnnn.ehem. malas. ni la penyakit aku. benci betul lah. i think i need to terapi hati dan mensuci minda ni. ehem. esok, hari isnin. start dah malas aku nak pi kuliah, tutor, blablabla. confrim ! dan sekarang, aku rasa penyakit malas aku ni dah mencapai tahap kronik. malas belajar, malas keluar, malas bgun tidur ( nasib baik aku ABC), malas nak tidur, malas nak mandi (asyik mandi mlm je, kalau abah tau mampus lah aku), malas ahh byk lagi lah malas aku ni. dah tak terluah dgn kata-kata lagi ni haa. so, i need more oxygen compare than usual. take a deep breath... 1, 2..... tarikk.

ehem, kalau aku dah start malas, bermacam pendekatan lah kan yang aku ambil semata2 nak reduce tahap malas ni. dan sekarang, aku ambil pendekatan dgn membaca artikel mengenai cara-cara mengatasi malas which make me more bersemangat dr biasa. haha. okay, semangat dah datang ni. tolonglah, jangan pergi ye sayang ;P

Malas adalah fitrah semulajadi manusia. Semua orang ada sifat malas dalam diri.(ohh, aku igt aku sorang je) Tak kiralah kita ni seorang perdana menteri ker, atau seorang bisnesman, atau seorang pelajar atau seorang pegawai kerajaan atau hanya seorang kuli saja. (ehem, aku student) lagi lah tak byk komitmen ek? melebih pulak malas aku ni. tak sepatutnyee. haihh tak sepatutnyee. Sifat malas memang ada. Kerana apa? Kerana adanya sifat malas itu membuktikan manusia itu lemah dan tidak sempurna. Yang sempurna dan tidak lemah hanyalah ALLAH ta’ala. 

Kita kena belajar melihat sesuatu perkara dari perspektif yang berbeza. Pandanglah sesuatu perkara itu dari sudut pandang yang lebih baik.okay, aku try pandang straight and tak belok-belok ni.

secara keseluruhannya,
1.doa untuk mengelak diri dari malas tu, insya-Allah aku akan cuba try test untuk hafal. dah cuba, try plak, test lagi. padahal, maksud dia same je. eh, tidak lupa juga untuk amalkan. ehem, sesiapa yang berkongsi penyakit yg sama dengan aku, ayuhlah ambil langkah sederap bersama kita menghapuskan penyakit malas yang sukar diubati ini. waaaahh, lagak poyo dah datang ni..
x-large ni. bagi terang tang tangg. mudah nak baca

TERJEMAHAN

Allahumma inni a'uudzubika minal hammi wal hazan.
Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita.

Wa a'uudzubika minal 'ajzi wal kasal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas.

Wa a'uudzubika minal jubni wal bukhl. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut.

Wa a'uudzubika minal ghalabatiddaini wa qohrirrijaal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.

2. ingat sasaran dan matlamat. haa nur farahin bte mohamed yaziz kena ingat ni. kalau orang tye harapan dan matlamat, selalu sgt aku ckp yang aku nak dpt 4 flat setiap semester. tp usaha.. hampeh ! hampagas punya budak! malas je lebih. hahah. dah. ignore kan malas tu, farahin. aiyark! semangat aku ni mengalahkan org nak pergi berperang. MABABHAHAHA-gelak terabur. okay, fight pointer! akan ku cuba dapatkan 4.2 semester ini. haha. cikgu ckp kalau nak target biar lebih dr kemampuan. tp 4.2? Emm, fikir sendri. jgn malas

3.teknik 10 minit- aku pon tak sure lah teknik ni pemende tah. hahaha. 10 minit utk ambil nafas kot. :)


4.waah. byk membaca buku motivasi? ehem, frankly speaking, aku cuma byk bce novel dan tengok movie.. hindustan, korean drama. ohh, semua tu lagha je. melalaikan aku. mane lah tak melalaikan, sume nak cerita cinta yang mana lelakinya pehh hensem, kaya gila pulak tu.. macam mane lah aku tak berangan dan mulalah memasang angan-angan yang pelik-pelik. awesome sungguh. sepatutnya aku sedar, pipit mana boleh bergandingan dengan enggang.. durian mana boleh bersekedudukan dgn blueberi. ade ke perumpamaan tu? ahh lantaklah. forget about drama sebabak yang menyayat hati ni. haa, akan aku curi-curi bce buku motivasi emak. huehueheuee


5. susun jadual dan aktiviti? arghh menatang ni lah yang paling tak mendamaikan hidup aku. igt lagi, masa sekolah rendah dulu, cikgu tak habis-habis paksa org buat jadual tu. benci betul aku. bukan nye aku ikut pon. penat je buat cantik-cantik. siap kaler lagi.. okay, sekarang dah besar. set terus dlm otak. kalau aku buat pakai kertas maunye tak kena gelak dengan membe-membe aku sepanjang hayat dorang tuuu


6.rehat dan tidur yg cukup. haaa. yang ni 360 percent aku sokong. haha. but i'm wondering, lebih rehat dan tidur pon lebih besar ek tahap kemalasannye. aku ni start malas sejak bgun tidur yg pagi-pagi tuu. aha, jd pasni kena tidur awl dan bangun awl lah kan? haruuu sekejap. pas habis taip entri ni aku nak tidur, and i will make sure that aku akan bgn awl dr nadia. believe me. chewaaaahh. keyakinan over tahap giga!

7. bersenam? beriadah? part ni lah yang aku tak suka. mendengar je saje dah buat aku letih dan tak bertenaga. sepanjaang kat matrik ni, ada lah dlm 2,, 3 kali je aku joging. tu pon joging poyo.. round padang sekali je pastu breakfast mcm mkn tengahri. kena paksa joging pon ada, nak tunjuk protes, aku joging pakai selipar je. hahahahaha. lemak dah bergumpal punye kompem lah. 

8.berkawan dgn org yang positif- ehem, alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, kawan-kawan aku semuanye positif. tulah, cuma sometimes dorang negatif jugak. almaklum saja lah, aku berkawan dgn manusia bukan haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan

9. nyatakan moto anda. motto anda? huh, cara mcm ni pon ada ek? entah lah, belum terfikir lah motto yang ssesuai.. 'hip-hip horray' (nampak keanak-anakan) 'aja aja fighting' (geli je, nak bajet2 korean). tah sebelum aku mengarut dgn motto-motto yang sepatutnye, lebih baik aku putuskan yang aku akn fikir kannya kemudian. mcm mengarut la pulak. asbestos sungguh!

dahla, hari ni tak boleh overnight memandangkan besok ada kuliahhh. rasa nak jerit je. ish. korang, doakan lah aku pulih ye drpada penyakit ni. errr

note kaki: bengang betul lah budak-budak ni jumpa lah pulak blog aku. dah la gelakkan aku. lagi-lagi julia. ape tah yang lawak nyee blog ni. weeekkk.

2 comments:

  1. wah....entri yg berkesan! Take note...heheheeh

    ReplyDelete
  2. lovejoy: bersamalah kita berganding bahu mencari penawar utk penyakit merbhaya ni :)

    ReplyDelete