posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Sunday, 26 February 2012

post

Dugaan is ujian.

Ujian means exams.


Exams leads you to grades and performances.


When you perform well means you did well and basically you berjaya dalam ujian.


Vise versa, when you cant do it, you failed.


+++


Ujian ada objectives and subjective.


Objectives is easy. Just mini mini mo if you dont know what is the answer.


Some sort like having options.


In real life, when you are stuck, you always have plan B, C, D or All.


Subjective is hard. If you did not know how to do, you get 0%.


End, you draw spongebob square pants in your paper, make silly notes or bribe the examiner.


In real life, you have no options, you are in dillemma,  all you have to do is to pray and do'a.


+++


I am in subjectives.


I draw myself of being happy.


"Failure is a new beginning"




note: i'm in science computer lab. agagagagagaaa ... fully kopi pes :D

Thursday, 23 February 2012

the beauty of hudud

dear blog-readers,
why hudud law not be implemented in Malaysia? why? if you think that it is not suitable to implement hudud in Malaysia because of time or this era, please istighfar.. be aware or you will be one of the fasikh.!

first of all, let me introduce about hudud. hudud is often word that used in islamic, literature for the bounds of acceptable behavior and punishment for serious crimes. In Islamic law , hudud usually refers to the class of punishments that are fixed for certain crimes that are considered to be "claims of God. they include theft, cosumption of alcohol and fornication.hudud was stated in Quran, not by me nor ustaz/ustazah but it 's from Allah.. so, why we  need to dispute the implementation of hudud?

we should implement hudud in Malaysia like other islamic country. Malaysia  is well known as islamic country. 70 percent of populations is Muslim. so, why we can't implement hudud that stated in Quran like pakistan, bangladesh,somalia, egypt, syria and iraq?  the implementation of hudud was demonstrated in those country..

Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya
(a) Zina;
 Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
 (b) Qazaf (menuduh zina);
        Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali
(c)  Minum arak;
       Meminum minuman yang memabukkan  dan  boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali
 (d)  Mencuri;
       Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
 
      Hukuman : potong tangan
 (e) Merompak;

      Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
      Hukuman :
        sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong  tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

(f) Riddah (murtad);
     Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh
( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )

hudud should be imlement in Malaysia to reduce the crime rate!! if hudud is implement in front of public, i''m sure that no one want to commit the crime.  that's the beauty of hudud. 


horror
illegal sexual intercourse

huh. mental health problem!

what is this?

strong evidence!

p/s: i dont want to married with a politician. btw, forget my grammartical error

sincerely,
farahin

Wednesday, 22 February 2012

pengajaran minggu ni

dear blog-readers,
pengajaran minggu ni adalah;
 

  • jangan datang lambat ke kuliah ,tutor dsb 
jgn datang lambat ke kuliah, tutor math. ini adalah warning drpada membe2 aku. haha. sebab aku yg lambat turun.. dorang sekali kena denda. tutor pernah kena lah dalam berapa kali. dendanya bukan berat pon. cuma diri kat depan kena buat persembahan. tak kesah lah ape pon. tapi sekalu lambat kat kuliah, kesedaran terus meresap dalam jiwa. ahaks!  mana tak nye. kena buat persembahan untuk satu kuliah tuuu

  • jangan salah jawab!
situasi ini adalah semasa tutor biology
lecturer : dah hafal esei belom?
aku dengar: dah amik lesen belum?

aku jawab dgn yakinnya ...belum. budak2 tercengang. aku pon pelik

lecturer: bila nak hafal?
aku dengar ; bila nak amik?

aku jawab dgn lantangnye.. lepas habis matrik. budak2 dengan lecturer sekali ckap 'hah?'


aku trus pelik dan saat itu baru aku tersedar yg aku dah salah dengar dan sekaligus salah jawab. ketua kelas pesan 'biar tak cantik, jgn pekak'... bikin maluu saja. rasa nak sekeh je dia. aseleheh betul ler!


  • jangan salah masuk kuliah
ini juga perkara memalukan. memang aku pasti itu lecture hall aku. tapi rupa-rupanya ada kelas lain tengah belajar. turn kelas aku lepas kelas diorang. rupanya, jam baru pukul berapa. malu lagi sbb kena tegur aka ejeks dgn budak kuliah tu. nasib baik blom jalan cuma bukak pintu je. rasa nak kepala kat dinding. kalau boleh, time tu jugak aku nak jd invisible woman. nak tau malu nye camane, cubalah try. haha
kawans yang sporting, best
kawan gaduh, bukan kawan menangis. hahahahaks!


     that's entry for today. bye-bye (kenyit mata sikit)

Sunday, 12 February 2012

9 cara mengatasi malas

dear blog-readers,
today i would like to discuss about this topic. uhuuu. jadi minah salleh lah pulak. i dont know why but i have one secret. actually, aku ada penyakit. tp aku tak tahulah korang tau ke tak. nak tahu?  ni lah penyakit paling besar yang boleh mmbawa maut. yeahh, probably. penyakit tu kejap datang, sekejap pergi which make me so tensionnnnn.ehem. malas. ni la penyakit aku. benci betul lah. i think i need to terapi hati dan mensuci minda ni. ehem. esok, hari isnin. start dah malas aku nak pi kuliah, tutor, blablabla. confrim ! dan sekarang, aku rasa penyakit malas aku ni dah mencapai tahap kronik. malas belajar, malas keluar, malas bgun tidur ( nasib baik aku ABC), malas nak tidur, malas nak mandi (asyik mandi mlm je, kalau abah tau mampus lah aku), malas ahh byk lagi lah malas aku ni. dah tak terluah dgn kata-kata lagi ni haa. so, i need more oxygen compare than usual. take a deep breath... 1, 2..... tarikk.

ehem, kalau aku dah start malas, bermacam pendekatan lah kan yang aku ambil semata2 nak reduce tahap malas ni. dan sekarang, aku ambil pendekatan dgn membaca artikel mengenai cara-cara mengatasi malas which make me more bersemangat dr biasa. haha. okay, semangat dah datang ni. tolonglah, jangan pergi ye sayang ;P

Malas adalah fitrah semulajadi manusia. Semua orang ada sifat malas dalam diri.(ohh, aku igt aku sorang je) Tak kiralah kita ni seorang perdana menteri ker, atau seorang bisnesman, atau seorang pelajar atau seorang pegawai kerajaan atau hanya seorang kuli saja. (ehem, aku student) lagi lah tak byk komitmen ek? melebih pulak malas aku ni. tak sepatutnyee. haihh tak sepatutnyee. Sifat malas memang ada. Kerana apa? Kerana adanya sifat malas itu membuktikan manusia itu lemah dan tidak sempurna. Yang sempurna dan tidak lemah hanyalah ALLAH ta’ala. 

Kita kena belajar melihat sesuatu perkara dari perspektif yang berbeza. Pandanglah sesuatu perkara itu dari sudut pandang yang lebih baik.okay, aku try pandang straight and tak belok-belok ni.

secara keseluruhannya,
1.doa untuk mengelak diri dari malas tu, insya-Allah aku akan cuba try test untuk hafal. dah cuba, try plak, test lagi. padahal, maksud dia same je. eh, tidak lupa juga untuk amalkan. ehem, sesiapa yang berkongsi penyakit yg sama dengan aku, ayuhlah ambil langkah sederap bersama kita menghapuskan penyakit malas yang sukar diubati ini. waaaahh, lagak poyo dah datang ni..
x-large ni. bagi terang tang tangg. mudah nak baca

TERJEMAHAN

Allahumma inni a'uudzubika minal hammi wal hazan.
Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita.

Wa a'uudzubika minal 'ajzi wal kasal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas.

Wa a'uudzubika minal jubni wal bukhl. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut.

Wa a'uudzubika minal ghalabatiddaini wa qohrirrijaal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.

2. ingat sasaran dan matlamat. haa nur farahin bte mohamed yaziz kena ingat ni. kalau orang tye harapan dan matlamat, selalu sgt aku ckp yang aku nak dpt 4 flat setiap semester. tp usaha.. hampeh ! hampagas punya budak! malas je lebih. hahah. dah. ignore kan malas tu, farahin. aiyark! semangat aku ni mengalahkan org nak pergi berperang. MABABHAHAHA-gelak terabur. okay, fight pointer! akan ku cuba dapatkan 4.2 semester ini. haha. cikgu ckp kalau nak target biar lebih dr kemampuan. tp 4.2? Emm, fikir sendri. jgn malas

3.teknik 10 minit- aku pon tak sure lah teknik ni pemende tah. hahaha. 10 minit utk ambil nafas kot. :)


4.waah. byk membaca buku motivasi? ehem, frankly speaking, aku cuma byk bce novel dan tengok movie.. hindustan, korean drama. ohh, semua tu lagha je. melalaikan aku. mane lah tak melalaikan, sume nak cerita cinta yang mana lelakinya pehh hensem, kaya gila pulak tu.. macam mane lah aku tak berangan dan mulalah memasang angan-angan yang pelik-pelik. awesome sungguh. sepatutnya aku sedar, pipit mana boleh bergandingan dengan enggang.. durian mana boleh bersekedudukan dgn blueberi. ade ke perumpamaan tu? ahh lantaklah. forget about drama sebabak yang menyayat hati ni. haa, akan aku curi-curi bce buku motivasi emak. huehueheuee


5. susun jadual dan aktiviti? arghh menatang ni lah yang paling tak mendamaikan hidup aku. igt lagi, masa sekolah rendah dulu, cikgu tak habis-habis paksa org buat jadual tu. benci betul aku. bukan nye aku ikut pon. penat je buat cantik-cantik. siap kaler lagi.. okay, sekarang dah besar. set terus dlm otak. kalau aku buat pakai kertas maunye tak kena gelak dengan membe-membe aku sepanjang hayat dorang tuuu


6.rehat dan tidur yg cukup. haaa. yang ni 360 percent aku sokong. haha. but i'm wondering, lebih rehat dan tidur pon lebih besar ek tahap kemalasannye. aku ni start malas sejak bgun tidur yg pagi-pagi tuu. aha, jd pasni kena tidur awl dan bangun awl lah kan? haruuu sekejap. pas habis taip entri ni aku nak tidur, and i will make sure that aku akan bgn awl dr nadia. believe me. chewaaaahh. keyakinan over tahap giga!

7. bersenam? beriadah? part ni lah yang aku tak suka. mendengar je saje dah buat aku letih dan tak bertenaga. sepanjaang kat matrik ni, ada lah dlm 2,, 3 kali je aku joging. tu pon joging poyo.. round padang sekali je pastu breakfast mcm mkn tengahri. kena paksa joging pon ada, nak tunjuk protes, aku joging pakai selipar je. hahahahaha. lemak dah bergumpal punye kompem lah. 

8.berkawan dgn org yang positif- ehem, alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, kawan-kawan aku semuanye positif. tulah, cuma sometimes dorang negatif jugak. almaklum saja lah, aku berkawan dgn manusia bukan haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan

9. nyatakan moto anda. motto anda? huh, cara mcm ni pon ada ek? entah lah, belum terfikir lah motto yang ssesuai.. 'hip-hip horray' (nampak keanak-anakan) 'aja aja fighting' (geli je, nak bajet2 korean). tah sebelum aku mengarut dgn motto-motto yang sepatutnye, lebih baik aku putuskan yang aku akn fikir kannya kemudian. mcm mengarut la pulak. asbestos sungguh!

dahla, hari ni tak boleh overnight memandangkan besok ada kuliahhh. rasa nak jerit je. ish. korang, doakan lah aku pulih ye drpada penyakit ni. errr

note kaki: bengang betul lah budak-budak ni jumpa lah pulak blog aku. dah la gelakkan aku. lagi-lagi julia. ape tah yang lawak nyee blog ni. weeekkk.

Wednesday, 8 February 2012

nak tinggi

dear blog-readers,
first of all, alhamdulillah. tak sangka plak blog aku ni ada org baca. guess what? ada yang buka blog aku tiap2 hari. haha. terasa tak? terasa tak siape yang kena tu? tak de ramai sgt pon, ada lah dalam dua tiga org jee. siap suruh aku update tiap-tiap hari. gila ka? hihi


dah la aku tengah bengang ni. eee. menyampah betul. tak de keje lain agaknya. pergi lah sapu sampah ke, mop lantai ke, lap tingkap ke, iron baju ke basuh baju ke. *semput aku list satu-satu. tak habis2 nak buat aku sakit hati. nak kata tak byk kerja lain yang lebih berfaedah kat dunia ni, byk lg kerja lain. heyy, sakit hati aku! sama je. yang sorang tu boleh pulak ckp pasal aku kat membe2 dia. mmg nak kena tau faiq tu. berani dia ckp nama gelaran aku kat sekolah dulu-dulu! aku punye lah sebolehnya nak hapuskan, musnahkan, binasakan nme gelaran tuu. eee. tah pape. teringat pulak kat arwah azim sbb dia yang first2 panggil aku cmtu. pastu, heboh satu asrama. hanya kerana sampul buku sejarah tuu. kuat lg ingatan aku. hehe. mana boleh lupa. dah tu, smpai junior2 aku sume panggil cmtu. aku tak suka name tu sbb kalau membe2 laki aku panggil dpn budak sekolah lain, sume ingat aku awek dia.. secondly, nme tu nmpak cm aku ni manja, feminin and gedik laa. nak tahu? lemak bacinn. fikir la sendr. tu pon klu tau lah. boleh pulak dia bgtau kwn2 kolej dia. kalau aku kenal takpe lah jugak. boleh dimaafkan. ni, kenal kat facebook je kot. pastu, entah dia citer hape tah kat membe2 dia smpai semua membe dia add aku. mmg kalau aku jumpa dia, aku cincang 19. kalah mona lisa tau. hebat lg aku. muahaha *gelak jahat


yang sorang ni plak, tah carik ape tah kat wall aku, pastu dia boleh jumpa plak ayat yang memalukan diri aku sendiri. haruuu. aku ni apesal lah kurengg cerdik sgt boleh tulis cmtu. kan dah termalu sendiri. pastu, fadzli tu pon satu. orang dah suruh stop it! stop it jela. ni ejek2 aku lagi. rimas betul lah. mmg skang ni mood aku tgah swing muwing. silap hari boleh ngamuk roomate-roomate aku dgar aku jerit. hehe. kawal. kawal.. farahin cool, baik, sopan santun, lemah lembut.. oh yeahh. berbakul-bakul aku puji dr sendr. al-maklumlah, sape lah nak puji aku mcm tu kan klu aku tak puji dr sendiri. yang aku biasa dengar, sengal la, sewel lah, tak centre la, blablabla. kecik hati tau~ tp aku anggap je tu pujian. ayat nak sedapkan dr sendri je ni. haha


ni lagi bengang. masa kat makmal biol.. nama panjangnyee biology. tetiba cikgu panggil2 nama sesiapa je yang dia suka termasuk aku. pastu, dia suruh gi depan dan berbaris. mmg suspens gila! macam nak kena hukuman mandatori je rasa. otak aku ni dah fikir yg tak lulus bio la, salah jawab ke ape ke. ish! baru sedar yang otak aku ni negatiff je memanjang. uhukuhuk. dah la aku tanye2 cikgu tak nak jwb. aleh-aleh je dia amik gambar kitorang. terkejut aku. bukan nak ckp senyum ke, cheese ke tigaaa ke. time aku tgah emosi2 tu lah. okay je lah kan klu cikgu buat simpan2 ke, wallpaper ke tapi,.. cikgu buat power point dia untuk kuliah. rasa nak hantukkan kepala kat meja je. sbb dah masuk tajuk variation. no wonder lah cikgu pilih budak yang tinggi sgt smpai lah ke tinggi aku. aku paling rendah lah umumnya.  serius, aku rasa aku rendah gila. rendah okay bukan pendek. sensitip ye dgn pendek. haha sensitip ke? dah lali. well, i'm becoming heartless! dah la muka aku kat gambar tu kurang gula, cikgu tayang tau masa kuliah. malu gilaaaaa. lama plak tu. panjang pulak dia nak explain. aku tak sanggup nak tgok gambar kat depan. muahahaha.


macamane nak tinggi ni? boleh tinggi lagi ke? silap cara, kembang jee aku ni. haihh..takpelah. genetic pon genetic lah. nak buat cmane.

p/s: aku tak reti betul lah nak bg no aku kat org2. takut ada, seram ada. kang tah penjenayah mane tah. korang bg cmne ahh?

Sunday, 5 February 2012

aishiteru Rasullullah SAW

dear blog-readers,
ni cerita semalam punye. kira dah basi baru aku nak update. ni pon sbb ada budak tu kann tak habis2 suruh aku update blog. aku bukannye ade cite hot, gosip panas ke or whatever you call it. cite aku biasa2 je, suam2 kuku atau kawan aku panggil sejuk panas. haha. first time dengar punye lah aku gelak. suam  = sejuk panas. dah sejuk panas pulak tu. pelik2 je lah. huhuuu

5 hari kot duduk kat kmj ni. cuti tapi terperap kat sini sbb ada program. dah cakap dah aku bukannye baik sgt. walaupun tak balik rumah, aku tak join pon program tu. haha inilah yg dinamakan istirehat, dlm erti kata lain pemalas..skip program ! skip program!

semalam = ahad = 05.02.12 = 12 rabiulawal. sape tak tahu tarikh ni, i dont know how to say lah kan. tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW. kat sini pon sambut. meriah sgt. byk persembahan. mcm2 jenis persembahan ada. 

1.ada lagu who next your mother from budak2 kecik (act, anak2 pensyarah kat sini) comel sgt. hahaha . 
2.then, ada berzanji. 
3.ada pantun berirama. (budak laki langsung tak boleh berlakun, walaupun suara dia agak pelik, tak payah lah tutup telinga. hahah)
4.nasyid. dari kumpulan fitrah nurani. huaaaaa. ape yang boleh aku tekankan di sini, aku begitu terpesona dgn suara2 mereka yang lemak2 berkrim disukai ramai tuuuuu.. musicians pon okay. best giler lahh
5.coral speaking. from budak2 laki kuliah aku, agak comel. tp masing2 tak reti nak cover. bce sikit tgok kertas. tau lah english. tak hafal lah tuuu

anak-anak aku yg kiut miut. ehh, typing error, anak pensyarah
persembahan, ada pantun la ape la



fitrah nurani.. best
coral speaking. nampak tak semua tunduk je? hahaha
best la. jeles aku tengok diorang. sume nye berbakat. aku ni usahkan bakat terendam, badak berendam pon takde. huaaa tp tak ramai sangat. muat satu dewan je. ceramah dia pon best. aku sedih tau masa penceramah tu ckp masa Nabi Muhammad SAW nak wafat, baginda tak sebut nama isteri-isteri nye pon. tp sebut 'ummati' yang bermaksud ummatku. betapa risaunye baginda dgn kita semua :( hari yang sama sebelum baginda wafat, baginda sempat berpesan

'aku mewariskan 2 perkara iaitu Quran dan Sunahku'- sedih banget dehh

JAGA 7 SUNAH RASULULLAH
"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua:
membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

p/s: jangan pertikaikan tentang sunah Rasullullah. semua yang baginda buat adalah perkara baik. hatta darah kotornye mahupun ludahnya juga ada khasiatnye sendiri. renung-renungkan dan selamat beramal ;)