posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Thursday, 13 December 2012

surprise ke?

it was 12. 12.12.

saja nak bagitau sebab aku update ni tarikh dah bila pulak. kehkeh

so, what happened on that day yang kau nk kecoh kecoh sangat ni jemahh?

they wish my birtday with a song and guitar

terharu lah jugakk

tapi birthday aku besoknyee. tak syok betul !!



in the memory

sepanjang umur aku 19 tahun ni, sekalipun aku tak pernah pegang binatang berbulu.

comel mana pun tapi kalau binatang tu berbulu memang aku takkan pegang

kucing ke arnab ke hamster ke

ehh aku tak takut lahh, geli jee...

and all of sudden, aku kena bedah tikus. lakk!! lakkk!!! why must tikus ? bedah lah gajah ke, anak gajah ke, bapak gajah ke, nenek gajah ke.. grrr

guess what? i thought they already die tp act dia pengsan jee
stay cool

basic needs


aiyoo the heart still beats. tk sampai hati wehh
  

sukses. sila lihat the intestine, stomach, rib cage and others internal organ

macam tak percaya je aku yang bedah bedah ni kan?

memang tk payah percaya pun sebab aku takkan buat. kahkahkah. bila depan pensyarah, i act macam i lah org paling sibuk sekali. padahal sentuh hujung kuku pun tak.

dah cakap, aku memang pelakon terbaik. lepas ni boleh mintak borang kat david teo =P

aktiviti mensibukkan diri aku adalah :
mempersibukkan diri
style tak? ngeh ngeh


so, peaceeeee =P.

 innalillah kepada tikus tikus yang telah terkorban semasa pembedahan. moga ditempatkan di syurga sanaaa :(

Friday, 23 November 2012

3 Days before..

cuti yang disaster..

2 minggu cuti yang sengal..

3 Days before cuti nak habis.

finally,


we went to 2 beach in a day. what a surprise? thank mummy, thanks dad. heheee

first, we went to Tanjung resang, Mersing. jalan jalan je..
second, we went to Teluk Godek, Mersing juga. hehe. mandi manda, tapi adek adek aku je la.

dah besar..  cehh, rasa diri ini sungguh matang

sebenarnya malas, sebab berpasir. nanti kena mandi sekali lagi. dah la aku ni memang spesis 'rajin' mandi bebanyak kali ni kan kan..

sand castle? penat buat, lepas tu dilambung ombak, bersa perit dan sedih sekali

lepas tu, tidur dalam kereta. sebab tak bawak khemah, tak bawak tikar haha !

adik-adik aku kalau dah melekat kat laut, sampai besok pun diorang okay. 

masalahnya aku yang tak okay, baru jejak laut sekejap, rasa berpusing pusing dunia aku..

mabuk laut kut *cehh

bangun bangun dengar bunyi aiskrim. i loikeeee

pastuu....







































































duk dalam boot kereta, makan. nikmatnya tak terkata. kekeke. 2 minit lepas tu kena marah dengan abah.

'kau ingat kau ringan sangat ke ngah oii? '



say Subhanallah. seeing the view of the beach make me calm.

thanks to Allah for his creation =)

 p/s: nak sangat rumah tepi pantai. heavennya. aku tak takut dilanbung ombak, marilah membina rumah di tepi pantai. hehe

Facebook

'angah, kurangkan berfacebook, nanti dapat penyakit' - abah

'okay'- angah

Tuesday, 20 November 2012

true story part 4#

this is what i want. this is what we all want.
tapi, masalahnya ada lagi ke?

rujukan


kalau baca Quran, kena berhenti dekat tempat yang sepatutnya, takut nanti makna nye dah lain.
ha, selalu aci redah je kan baca, berhenti sesukahati jantung dan perutmu..
take this for reference

thanks facebook =)

about me, maybe?

banyak benda yang kita tak tahu dan perlu tahu. banyak benda tentang diri sendiri yang kadang kadang kita tak tahu. macam aku. *cehh, macam lagu pulak.

dah pakai internet free ni, aku pun manfaatkannye lah. cewahh. tak tahu lah istilahnye. kalau baca-baca blog orang tu aku tahu lah nama dia blogwalking. tah kalau searching searching ni internet jogging kot...

hasil duk tekan tekan search kat pak cik google tu ..aku pun pelik, kenapa semua orang nak ambil google tu jadi pak cik angkat dia, dgn aku aku sekali dah terpengaruh. hesy, tak boleh jadi ni. marah pak cik-pakcik kandung aku yang tah berapa orang tu sebab aku menduakan dorang.pakcik sendiri pun tak ingat. banyak benda kena ingat. password facebook lain, password twitter lain, password blog nye lain, tagged lagi.. hah, sebut semua laman sosial yang kau ade jah oii

aku jumpa lah fakta ni. fakta yang buat aku tertarik, menarik kau memang the bomb lah. fakta anak nombor 2. kalau korang bukan anak no 2, tak payahlah sibok nak baca, takde kaitan pun, go and searching for yourself lah ye. hihii

aku kalau baca mende alah macam ni, mmg wajibulghunnah aku buat analisa. kononnye, nak tengoklah betul ke tak dengan aku. cewahhh, nak nilai diri sendiri nampak

FAKTA UNTUK ANAK NOMBOR 2 :

ANAK MANJA EMAK ♥

sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^ 
(tak tahu, nampak nye kena tanya emak. yang penting, aku bukan anak manja yang sikit sikit ngadu kat mak)




ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.
(betul. semua betul. rasa nak right je besar besar pakai pen merah. sekali pakej dengan 3 bintang)




TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia.
(betul. pujuk emak pun aku tak reti. pakwe tak tahulah sebab tkde pengalaman)




BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D
(pending dulu, cek balik 8 tahun kemudian)




HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.
(betul. sebab aku tak suka warna kelabu)




HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.
(betul. walaupun aku selalu cop diri sendiri ni lemah lembut, tp hakikatnya aku kasar.)




BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih independent pun payah.mudah bergaul.very take care.
(betul. suka buat keputusan sendiri walaupun kadang-kadang salah)




ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.
(betul. aku tak suka diarah. aku juga pernah bercita-cita nak jadi CEO syarikat macam dalam novel, ala-ala bos gituhh)




PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.
(betul. kalau aku marah, asap volcano keluar, magma bersedia memuntahkan laharnya...)




PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.
(betul. sebabnye aku suka beli baju tapi tak pakai pakai. hahaa)



pokok pangkalnye semua betul. siapa lah yang buat fakta ni, pandai betul dia. aku pun nak menuntut ilmu psikologi lah. macam best je.. hehe  

Saturday, 17 November 2012

shopping

Shopping barang2 dapur pada hari Sabtu di Giant adalah satu perbuatan yang bangang. nak nak pulak tu dengan mak.

mak kalau dah shopping, tak pandang aku dah.

Extravagant!

every women posses to do this. why they not just grab and leave...?

merana aku 2 jam

Ya! Tadi gua buat kerja bangang.

Mujur je gua tak curi trolley Giant tu.

Friday, 16 November 2012

tinggi.

aku ni selalu nak tinggi. asyik nak tinggi. sindrom nak tinggi. semedang je nak tinggi.. bukan tak bersyukur. alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi sebab mengurniakan fizikal yang sempurna. rendah tu satu kelebihan. banyak kelebihan yang rata-rata uolls tak tahu. ecececewahh

pasal tinggi tu, saje nak tengok rupa sendiri bila tinggi. hakhak

suatu hari yang hening, mak aku tanya berbunyi begini..

'kau nak tinggi tak?' tanya emak
'kekadang tu nak jugak, hehe macam mana?' balasku begitu teruja

'ada alat bantuan untuk tggi..nah, ce try ni ' arah emak.

 sambil menunjukkan sepasang kasut tumit tinggi kaler apa tah aku pun dah tak ingat. buat ape nak ingat, buat perabih sel otak aku je.

'oh tak pe lah mak. sorry to say sorry to say no to high heels' tolakku sofan

footnote: aku serik pakai high heels. longgar skru skru lutut hingga ke buku lali. hazabnye hanya Allah yang tahu. kesimpulannya, aku kahwin nanti pakai crocs je lah =P

Tuesday, 13 November 2012

bangang

hari ni aku bangun awal. satu pembaharuan.

selalu time time ABC (Allah Bagi Cuti ) ni aku melantak tidur sampai tengahari.

sampai madonna dah menyanyi. itu memang leceh

pernah gak mak aku simbah air. pehh cara tradisional.

tapi hari ni aku bangun sebab adik aku nangis.

kuat gila. pernah dengar tak orang nangis smbil jerit jerit? macam tu lah dia.

siap tendang tendang pintu lagi.

pintu bilik abang dia aku rasa.

aku tarik nafas panjang panjang, dalam-dalam sebelum mula nak keluarkan suara singa garang

tiba-tiba aku dengar..

'kongsilah kucing ni dengan aku' kata abangnya..
'ala, aku taknak la' jerit si adik sambil mengongoi sambung tangisnya

this is bangang. this is totally bangang okayy. they fight just for a cat?

dan yang paling bangang, adakah kucing adik aku yg hilang sebulan yang lalu tu dah kembali?

lantas aku bangun tak tido-tido sebagai langkah berjaga-jaga

mana ada aku takut kucing !

perasan

perempuan mudah perasan.

perempuan  mudah perasan yang seseorang pakwe tu mudah jatuh cinta pada dia.

Pantang ada pakwe handsome , dia akan cepat perasan yang pakwe tu dah suka pada dia.

pakwe dalam tb pn jadi -.-

Ingat, kalau tiba-tiba, ada pakwe senyum pada kita, ingatlah wahai para ladies sekalian, kita mudah perasan.

answer me

kalau kita makan kat mamak, pastu terus blah tanpa bayar.. makanan yang dimakan jadi haram

what if,
kita masuk public toilet, tak bayar, adakah air kencing kita juga dikira haram?

p/s: nak ajukan kat ustaz azhar, tp takut kena gelak. realiti

Thursday, 25 October 2012

i'm not

i wonder why people like to judge other,

hey, come on lar...

dont judge the book by its cover,
dont judge the food by its colour,
dont judge the day by its weather.

3 simple quote which have the same meaning yeah. :)

as you, as me, we both not a judges. but then, why we keep to judge people? for instance, you may think, all the free hair women which didn't covering their aurat tu semua perangai tahpape. but, who know all this girls sembahyang cukup 5 waktu? compare dgn yang tutup aurat tp smbahyang tak terjaga. what i'm trying to do is not criticism other[s]. its just an example for today. its JUST okay, its JUST :)

yet, i want to make some clarification about me, myself and I, hihi

  • i'm not immature. i'm just too young for my age.
  • i'm not weird. i'm unique. weird is just to harsh i think
  • i'm not fake, trying to be honest :)
  • i'm not hypocrite, but  i am good in acting.
  • i'm not talkative. i just got an awesome thing to talk about.
  • i'm not attention seeker, you are pathetic.
  • i'm not stalker. you, who publish everything.

just accept differences and stop condemning =P
 i love uolls ..

sincerely,
me 


footnote: lupa lah surat tk rasmi, sign belah mana

Tuesday, 23 October 2012

excuse me?

me: eh, kau minum air ape tu?
she: air carrot susu



*****Silent****


she: eh, tak nak ke? sodapp ni (gaya beriye)
me: tak mau
she: tak nak ke tak makan carrot
me: tak makan..




guess what she said??






she: pelik je, muka macam rabbit tak makan carrot
me: sadap lu sadap !Mother F

p/s: Mother F stand for mother father yaww. budak baik, mana ada mencarut



Thursday, 18 October 2012

my sindrom

assalamualaikum w.b.t..

aku ni ada satu penyakit pelik. penyakit dari kecik sampai lah aku matang, 19 tahun ni. eh, still 18. bulan dobelas kang baru masuk 18. maseh sweet 18 gituhhh.. hihi  =P

penyakit aku datang bilamana aku keliru mana satu kanan mana satu kiri. mana satu left mana satu right. sindrom ini juga dipanggil bengapleftorright phobia.

ada lagi satu penyakit yang kerap merasuk diri aku. aku fikir sindrom orangkuatsesat. penyakit ini dikhuatiri sangat berbahaya dan memalukan dek kerana aku jadi bahan berhari-hari lamanya. ape lagi, bahan gelak uolls!

okay, let look a few of situations. fahami dan hayati dan bersama-samalah kita memikirkan penawar bg sindrom-sindrom ini.

situasi pertama :
SO : eh, farahin, aku nak sampai rumah kau ni
ME: hah, skarang kau kat mana?
SO : aku kat jalan murni ni, tapi aku lupa lah jalan rumah kau. belok kanan ke kiri?
ME: alaaa, kau jalan je la sampai nampak bukit tinggi. tinggi sangat mcm gunung everest
SO: yela, nak belok kanan ke kiri??
ME: ala, kat situ lah yang ada bukit tu.alaa, alaaaa....
SO: dari jalan murni ni, nak belok mana?
ME: belok la mana-mana yang kau suka, asal jumpa rumah aku..

*gagang diletak kasar

situasi kedua:
ME: hallo, nad. aku kat blok kau ni. kau bilik berapa ek? aku lupa laa
SO: aku bilik 2.7
ME: dah, aku kat depan bilik 2.7. cepat la keluar
SO: aku dah keluar la ni, kenapa aku tak nampak kau?
ME: aah lah aku pun tak nampak kau
SO: kau kompem je kau kat blok  E
ME: SETAN !!

*situasi berlaku di blok F .situasi tamat dengan membawa hati yg lara

Wednesday, 17 October 2012

pakwe utk 3 bulan

Aku dulu pernah ada cita2 nak ada pakwe yang nak mati lagi 3 bulan.

Supaya aku boleh jaga dia sampai hujung nyawa dia.

Aku nak tau rasa dia macam mana.


Bulan pertama aku nak bawak pakwe tu travel pusing dunia.

Bulan kedua aku nak ajak dia buat semua benda yang nak dia buat.

Bulan ketiga, aku nak belajar terima yang dia bakal takde.
 


Tiap malam sebelum tido aku akan bacakan dia satu cerita pendek.

Lepas tu aku akan buat satu magik.

Tak jadi pun takpe, janji dia hepi. Dia mati pun hepi.


Hari pertama bulan keempat, pakwe tu dah takde. Dia mati.

Gamaknya apa aku rasa hari tu ye?

Mesti aku sedih kan?


Cukuplah 3 bulan.

Aku hepi. Dia hepi.

Lama2 nanti dah tak best.

Jadi, aku akan ingat 3 bulan tu sampai aku pulak mati.

Kan?


Peh. Pikir hal tu pun dah boleh buat aku sedih,

Kalau betul2 ada, macam mana la pulak rasanya ye.

Masalahnya ada ke pakwe lagi 3 bulan nak mati ni?

we won !



after hardship[s] and challenge[s],
Allah help us..
say Alhamdulillah =)

Saturday, 29 September 2012

overnight

assalamualaikum.

 dah dua tahun aku kat matrik, tp jarang dapat keluar pergi mana-mana dengan kawan-kawan matrik. tangkak- no wayang, no mall, no bowling centre, no big apple, no tutti fruity dan seterusnya no wayang no wayang..

haha! kalau nak list kan sampai ke subur menyingsing lengan pon tak siap.

setelah ditambah, tolak, darab, bahagi, ke melaka jua kitaa lagi sekali. memang tipu cakap aku tak bosan, tapi dah itu je yang terdekat. hmmmphh


dan ape yang paling penting sekali ialah overnight. ye memang rancang nak overnight pon. aku bukan setakat excited, dah over excited kemain. yelahhh, bukan senang aku nak keluar malam. mak masih mengawal ketat macam lah kita ni puteri raja. puteri raja india ye lah kot..

terlampau excited sa,pai terover pose. alasan sematamata. jalan punya jalan. pukul 11 semua dah ajak balik. takut jadi zombie katanye. aku kat bilik relaks je tidur lambat. buak setakat zombiee, zomba pon aku pernah jadi tau.. last-last teruskan objektip jugakk.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
hah kau. overnight lah kat mcd !!


a day of jalan-jalan

assalamualaikum...

aku adalah aku.
pemendenyaa...?ahh sudah sebab lama tak berblogging, macam ni laaaa..

feeling feeling masa raya hari tu tak jalan mana-mana sangat, aku duk paksa mak abah aku jalan before balik ke kolej. baru usul cadangan, bebelnya berkajang-kajang muka surat. boleh buat bungkus nasi lemak barangkali..

kesudahannya, abah putuskan jalan melaka saja sebab dekat dengan tangkak.

 Mother F. 

 Mother F tu stand for Mother Father. sayang katanya, takkan la nak mencarut . tak mencium bau syurga nanti. wahh sekali lagi Farahin Blogspot menerapkan nilai-nilai murni ditambah perisa islamik ni. hihi nak buat camana, kekangan masa. lama tak lepak dengan family sama-sama. pergi jelah, meskipun aku dah banyak kali pergi. ye, itu sadis !*ketap gigi*

sori edward cullen =P


haaa, suruh pose kjap punya lah susah. kena paksa baru nak, tu pun mulutnya duk kumat kamit cakap apemende tah yang tak tahu hujung pangkalnya.. lagi-lagi si abah tuu


pastu bila tengok gambar sendiri mengamuk sebab nampak perut dia bun***. ni pun salah aku jugak ke? (kemas beg)

ni sape anak sape tah yg bajet-bajet gambar ala vintage rockstar. rockstar lah sangat. yeahh she'll participate the PLKN. heaven rumah 3 bulan =D



what we call this? duckface? or may be tenukface? LOL

The awkward moment when he said that he want to have burung gagak tua.. i was like :?
but then i realize it was burung kakak tua. what a funnehhhhhh

boleh tahan jugak aku capture gambar yang konon-konon candid pada aku ni ek. penat lah, hari-hari angkat bakul sendiri. ni dah besau, aku nk tunjuk kat gelpren kau, kasi jatuh saham kau. WAHAHAHAHA . gelak macam setan gondol ..

Le Mama pose with lembu pulak. sangat pantas dan tuntas sambil menunjukkan barisan giginya yang putih. manakala adik menjerit memekik kononnye takut nak menaiki kereta lembu itu. tp bila dah naik tak nak turun pulak. memang !@Y&*!@*&

dan dan sampai kolej dah pukul 6 lebih lebih. dan perkara yang paling mengesyokkan aku pada hari tu ialah kad kena block 2 minggu. best tahap cipan !

Thursday, 30 August 2012

raya dua ribu dua belas

assalamualaikum w.b.t,

berapa sangat la entri ramadhan aku kan.. tetiba je nak cerita pasal raya...
tapi raya pun dah tinggal berapa kerat hari nau je kan.. orang sibuk dah nak merdeka, 1 Malaysia, janji ditepati dah meniti di bibir rakyat Malaysia, aku baru menyibukkan diri nak update blog tentang raya.

tak nyempat kau ek bedah, assignment & tutorial dah siap? *nyorok bawah katil*

memperkenalkan tuan dan puan tanah kedaung...



team raya biru.. yang ni je sama kaler. yang lain caca merba. sometimes, i wonder bilalah nak sedondon dondon. haa yang abah tu suruh bergambar pon dia punya bebelan berkajang-kajang. ada la dalam patbelas muka surat... padahal jadi model je kot. hissh nak aje aku pakai baju melayu tu, abah yang ambil gambar. free je tak nampak telinga sebelah



baru beraya dgn member. 2 tahun kot tk jumpaaa
 tak ada kata penutupan. tak sempat ni ada event *busy mengalahkan sultan Johor*

terimalah ucapan saya,
selamat hari rayaaa :)

Thursday, 16 August 2012

ramadhan kareem

assalamualaikum w.b.t

walaupun tinggal lagi dua tiga hari je nak raya, aku tetap nak wish Selamat Berpuasa ! apekehalnye ni yeop? sebulan berpuasa baru hari ni nak wish ramadhan. busy dengan exam, buat kuih raya, meroyan, bermenung dan internet lembab tahap kura-kura sesak nafas. aku ni kalau internet ala-ala hidup segan mati tak mau, memang tak ada feel langsung nak update blog. none. zero. kosong. najwa latip. eh?

lepas baca novel hlovate yang bertajuk contengan jalanan, macam kena hempap dengan banglo, rumah teres, rumah aku, rumah kamu. sentap. its all about contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan. i was highly motivated. seriously. tentang pengisian bulan ramadhan. betapa istimewanya bulan ramadhan. Ramadhan lebih bermakna bila disambut di luar negara berbanding negara Malaysia, negara islam. why?

' Masyarakat Malaysia cuma kejar Lailatul Kamdar. bukan Lailatul Qadar'

sedih.
sebab aku salah seorang. maybe. 
10 malam terakhir merupakan 10 malam yang istimewa dalam bulan ramadhan. tapi 10 malam terakhir tu la kita sukahati ponteng terawikh. terlampau sibuk untuk membuat persediaan raya. kononnya.

aku?
terawikh pun tak full. bukan sebab period. tapi sebab malas, tak ada geng, exam nak baca buku. Ah Lah San. tinggal 4 hari lagi sebelum ramadhan berakhir, ingat nak manfaatkannya tapi *perempuan punya hal*..
sedih. sangat sedih. menyesal. very very..
kenapa kita tergamak layan bulan ramadhan macam ni. padahal dia datang setahun sekali je. kita? eh, aku !

makan beramai satu matrik. we called that 'iftar jamaie'

 sometimes, i'm ask myself.. 'kalau aku mati esok, cukup ke bekal aku? bekal ape je yang aku ada?'

' a man who decided to change on twelfth hours died on eleventh hour'

keep thinking. ape rasa? sentap kot. 
mati dengan penuh rasa terkilan. kan?

all of sudden, teringat kat arwah member, Muhammad Fariq yang baru meninggal pada 14 Ogos setelah beberapa bulan koma. Al-Fatihah

fariq takde kena mengena pung dengan a man who decided tu. bila hilang kawan baru kita rasa maut semakin hampir dengan kita. larilah kat ceruk mana sekalipun, maut tetap datang tiada berkecuali...
entri ini, 
ditaip tanpa perancangan
untuk kenangan masa hadapan
ada senyuman dan rasa bosan
itu namanya kehidupan
wassalam :)

Tuesday, 31 July 2012

hadiah yg sesuai utk si aweks

assalamualaikum w.b.t
masuk kali ni ada lah dalam lima nam kali member aku tanya aku apa hadiah yang sesuai untuk gepren dia. nak bagi awek dia, tanyalah awek dia nak apa. tanya aku buat apa, kang aku yang tumpah air liur tengok benda yang aku nak, orang lain yang dapat. ye dak?

memang kau silap besar la tanya aku. aku sendiri pon kalau nak bagi hadiah baik buat kawan lelaki mahupun perempuan memang tujuh lapan kali pusing mall. pusing kaabah takpe jugak. dapat pahala. pusing mall dapat leteran dari mak sebab balik lambat. tak masuk lagi ratusan pertanyaan yang aku lemparkan kepada mak, along, uda, kawan, mak mak mak mak 300x..

so, kalau orang tanya, aku suka suggest mereka hadiah yang macam ni. yang membuatkan mereka terus senyap dan tak tanya-tanya aku lagi. hah, apa lagi. ambil lah pensel dan buku nota catat. tak akan rimas kawan-kawan korang dengan pertanyaan yang diajukan. mesti si aweks sangat surprised punye. wa gerenti...

RANTAI
Nak beli rantai emas memang la mahal. Tak semestinya korang kena bagi rantai emas, tak salah kalau korang bagi rantai basikal atau rantai motor. Nanti kalau tak digunakan boleh bagi bapak diorang untuk motornya.

KASUT
Nak membeli dan memilih kasut untuk perempuan memang korang susah punya nak mencari. Jadi tak salah jugak kalau korang hadiahkan kasut getah, pasal kasut ini bapak atau mak dia pun boleh guna untuk pergi motong getah.


BUKU RESIPI
Daripada korang hadiahkan novel tak salah kalau korang hadiahkan buku resipi. Walaupun buku ini takde guna untuk awek korang tapi emak diorang boleh guna untuk masak.

KAIN BATIK
Ramai awek zaman sekarang ini memang tak reti pakai kain batik. Kalau korang hadiahkan memang bagus tapi kalau diorang tak guna pun tak kisah pasal emak diorang ada nak gunakan kain batik itu.

BOLA
Tak salah bagi makwe hadiah bola. Memang la dia bukan pemain bola tapi korang yang kaki bola. Walaupun diorang tak guna tapi adik lelakinya boleh guna kat padang waktu petang ngan korang.

IKAN
Leceh kan kalau ada pakwe yang bagi ikan. Tak salah kalau tak suka, bagi je pada yang suka membelanya. Kalau tidak bawak ke dapur dan emak ada untuk siang ikan untuk lunch. lepastu, tanam tulangnya. pokok yang tumbuh tu lah tanda cinta kita..

BAJU KELAWAR
Tak suka takpe... mak mesti suka..

hah, apa yang susah sangat nak bagi hadiah kat orang lain sampai pening-pening kepala sampai nak bunuh diri kalau tak dapat bagi hadiah yang terbaik. mudah mudah mudah (gaya cikgu zuhaizi). buat ape nak susahkan kepala sendiri dengan perkara yang remeh temeh. chill la beb =) muahaha

Friday, 27 July 2012

langkah keselamatan para wanita

assalamualaikum w.b.t..

umumnya di era globalisasi dan teknologi ini, jenayah semakin berleluasa. kebiasaannya, wanita adalah mangsa korban pelbagai jenayah seperti jenayah 3R. jenayah 3R ini ialah ragut, rogol, rompak. cita-cita masa kecil dulu nak jadi pembaca berita.walaupun bunyi nya macam takde kena mengena. tapi untuk keselamatan aku juga. aku kan wanita tapi yang separa matang je lah.

memandangkan wanita merupakan kaum yang lemah, sesuka hati selemak babat dia (penjahat) menjadikan kita sebagai target utamanye.. yang wanita pula usahlah nak menjadi ayu sleeping tak kena masa, time time genting macam ni tak payah nak control ayu, mengharap superheroes seperti batman, kluangman, spiderman dan cicakman menyelamatkan anda dan seterusnya berkahwin dan hidup bahagia *alahai mati over berangan minah jenin macam ni *

kita mesti, yakin untuk tampil face to face dengan penjenayah yang sebenarnya tak ada lah bertauliah sangat. ceh, kalau penjenayah kat depan mata aku, agaknya terkencing-kencing kau farahin.. jangan gopoh hanya perlukan sedikit keberanian dan kemachoan untuk menumpaskan mereka. ikuti step di bawah ni. insyaallah berhasil =)

Langkah 1: Tenang dan bersedia


bersikap cool dan steady jer.
http://4.bp.blogspot.com/-Pck9SWVq5kc/TjsG0vrIrYI/AAAAAAAACjM/EXhh6mUCwEI/s1600/the-art-of-self-defense-for-women01.jpg

 Langkah 2: Elak Tangkapan Penjahat

- bergerak ke kiri, ke kanan, atau ke tunduk ke bawah. jangan pula bertindak seperti penjaga gol bola sepak hokey.

Langkah 3: Gunakan Tujahan Maut

Tujahan ni dipanggil tujahan Maut pertama dan sesuai untuk perempuan sebab tangan tak berapa nak kuat, so gunakanlah kepala untuk membuat tujahan tepat ke muka atau yang paling best di bahagian leher penjahat.


Langkah 4: Hentakkan Maut kepala lutut

Hentakan Maut Kepala lutut ni memang sesuai. lakukan dengan sepenuh hati. kompom bengkak .. LOL`~

Langkah 5: Hentakan Siku Kegeraman

Tak cukup dengan tu, bagi lagi satu hentakan maut kat belakang. Kasi si penjahat muntah hijau. Baru dia tau erti penyesalan.


Langkah 6: Hentakan Kepala Lutut Halilintar Bara


pastu kasi lagi satu buah, kali ni tepat kat muka. Memang segala kemuntahan hijau sebelum ni termasuk balik ke dalam perut.

Langkah 7: Sepakan Maut Bechkam
Bila penjahat jatuh kasi sepakan maut beckham yang tak masuk penalti.

Langkah 8: Kuisan Kaki KL Gangster

Pelengkap segala jurus sepakan ialah menghalau dengan nada "Nyah kau dari sini.. ini (bla bla) tempat ni aku yang pegang" . bajet-bajet kak long. siapa tak nak guna PTPTN boleh apply dgn kak long.

macam best je kan. apalah reaksi dan aksi aku kalau betul betul berhadapan dengan penjenayah ni kan. kalau handsome rambut terpacak aku tak takut sangat, ni kalau botak pastu misai curl warna blonde ke, aku masuk rumah dulu..

Thursday, 19 July 2012

about Beryl's choc

assalamualaikum w.b.t


chocolate...

the number one food craved by women . there are few foods that people feel as passionate about. a passion that goes beyond a love for sweetness of most candies and desserts. chocolate is, well, different.chocolate mengandungi bahan endorphin yang boleh merangsang manusia untuk jatuh cinta. mungkin sebab itu lah perempuan mudah jatuh cinta kott..

At Beryl's it's all about delievering the best chocolate in Malaysia. menaip sambil air liur meleleh, tak dapat ketagihh.. today's Beryl's Chocolate offers *lap air liur* more than 100 varieties of chocolate to suit for your mood and desire.

mmg aku tak menolak kalau org bg free
nak ni nak tu 
they mix the various of choc in one packet =P

beli beli, boleh bg mak, abah, intan payung emas ke...


fuuh, memang best betul. cuci mata tengok cokelat yang pelbagai perasa ni. buat penggemar durian, anda juga boleh mendapatkan cokelat perasa durian yang sangat berlemak krim disukai ramai sehingga menjilat
kuku jari kaki di beryl's choclate houses yang permai ni. pehh semput sebut dalam satu nafas kan? remember, a good sentence should not exceeds one breath. so, make it short, simple and sweet sentence . apa kau melalut ni farahin cikebumbum?

puas cuci mata, ronda-ronda sampai baju aku terkena cokelat cair. bukan setitik, bukan dua titik, tapi bertitik-titik. comel je, keluar dengan baju basah-basah. haha. at least kita dapat ini. jeng jeng jenglot...


there are many people that have negative perspective for chocolate, but actually there are many benefits for human being especially for our health. trust me 

1) Chocolate is good for heart
2) Chocolate is good for brain
3)Chocolate helps control the blood sugar level
4)Chocolate is full of antioxcidants
5)Chocolate contains Theobromine
6)Chocolate is high in vitamin and minerals

tapi, pandai-pandai lah kawal makan coklat ni. kang tak pasal je Malaysia berada di kedudukan pertama untuk negara obesiti. cukup-cukuplah tercalon sebagai negara obesiti. ><

p/s: semoga mak aku baca entri kali ni. sebab mak selalu potpetpotpet sebab anak dia yang comel lotte ni suka sangat makan benda manis.



Thursday, 12 July 2012

1 sukan?

assalamualaikum w.b.t

salam satu Malaysia

salam satu sukan. eh ade ke? lalalala

aku nak cerita pasal entri ni pon rasanye semua dah tahu.. yela, seluruh Universiti, kolej, sekolah menengah, sekolah rendah, tadika kena senamrobik. mujur baby-baby taska seri wawasan tak kena senamrobik ke chicken dance ke poco-poco, kalau tak, mesti tak menang tangan penjaga-penjaga kat situu. 

tidak ketinggalan juga kolej matrikulasi johor untuk melaksanakan visi Malaysia , 1 sukan ni. buat lemak aku,ia memang suatu penganiayaan. kesian aku, kurus dah 5 kg (kau ingat ada orang percaya ke, farahin?)

macam best je sukan reramai macam ni ek..

spontaneously
terkeluar sudah muka sengal
sudahnye, kembang kempis hidung aku sebab gambar time bersukan nye satu pon tak ada, gara-gara sibuk bergambar. sukannye idak pon an? an? an? bajet-bajet doraemon pulak aku. 


Tuesday, 10 July 2012

project work 2#

assalamualaikum w.b.t

sejak tiga menjak ni life aku memang padat. tapi nak bernafas tu alhamdulillah la, boleh lagi. sekarang ni jam menunjukkan pukul 4 pagi. sibuk jugak ye kehidupan di semester 3 ini. cehh, baru sibuk sikit dah bising. orang lain yang dah keluarga boleh lagi belajar buat Master. memang aku tabik krik krik la (style baru bunyi tabik, sebab dah bosan dengan toink toink)

baru-baru ni baru je selesai tugasan dinamik yang fuhh faahh fuuhh. alhamdullillah bersyukur. jadi pengacara majlis buat kali pertama. hehee


 
pangkopak kopak pung pung (bunyi kompang download)

part ni memang tak boleh bla.. amekkaw, cikgu dah start komen
Thanks for smiling ! eh, korang smile ke?

actually, ini merupakan tugasan dinamika. diarahkan untuk merencanakan suatu majlis dan kami sepetak suara memilih majlis hari anugerah cemerlang. ni yang pelajar, yang berbahagia ni semua terdiri daripada ahli kelas aku sendiri. now, i'm realize yang kami memang mempunyai bakat lakonan yang besar setanding dengan Fasha Sandhal dan Aaron Yaziz =P

Monday, 9 July 2012

lovely sistaa

assalamualaikum w.b.t...

selepas pulang dari kelas, aku golek golek di atas katil. akan tetapi, malangnya, setelah setengah jam ku golek kiri golek kanan, ku mendapati mata ini tidak bisa tidur. dengan itu aku mengisi kekosongan dengan menelefon ke rumah...

tut tut tut tut tutt

aku: hello dekja mak ada?
dekja : mak tak ada. pergi amik uda
aku : oh, abah?
dekja : abah pon tak ada. pergi mana tah.
aku: eh, raya ni aku tak balik tau.
dekja: ala, aku nak raya dengan kau !
aku :**** terharu ****

seminit kemudian..

aku: dekja, kau dgn sape kat rumah?
dekja: sorang je lah
aku: kau tak takut ke? hiii iiii hiii hiiii iii (mengilai macam suara momok)
dekja: ee dah la, malas aku layan kau. bye

dia terus letak tepon. miss you dekja (sistaa in darjah 1)


hi, i'm filzah XOXO

youtubers

assalamualaikum w.b.t

bermula dengan bangun tidur, dah lewat. pagi pagi buta ada majlis yang kena handle. walaupun bukan lah majlis betul-betul tapi bahang ketensionan nye tetap tinggi mencecah langit ke sembilan. eh, langit bukan sampai tujuh je ke? terkocoh-kocoh aku tak cakap lagi pasal majlis tu campur dengan selipar aku yang mak cik cleaner buang. yela, tak susun selipar. kadang-kadang i wonder, mak cik cleaner ada kuasa buang selipar orang ke hape? geram tu ada, siapa yang tak geram dialah yang tak normal. tapi dah memang salah sendiri, terima je padahnya. setelah dicampur, darab, bahagi, tolak, i was like.......

eeeeee, tensionnyeewww. !!

sebenarnya ada banyak cara nak hilangkan perasaan tension nie. sebelum kepala keluar tanduk bermacam-macam kaler baik ambil langkah berjaga-jaga supaya orang sekeliling tak tension sekali. sebab aku kalau dah tension, kalah ibu yang meroyan hilang anak. tak caya boleh la try.

so, nak hilangkan tensen, baik aku tengok youtube. tengok benda-benda yang lawak. bila aku suka, roomate aku pon suka tengok aku. hahaha.

then, i found mat lutfi and anwar hadi. youtubers yang selalu post pasal isu semasa. best sangat. lawak pun lawak. belajar kat overseas tu, aku memang tabik spring toink toink toink lah kat mereka ni. sekarang, satu je harapan aku, boleh tak mintak nombor telefon mereka ni. sebab aku dah minat gila weh. makan tak lalu, tapi habis je, mandi tak basah tapi syampu rambut tu tetap, tidur tak lena tapi mata tertutup je. 

*kalau mak aku tau, kompem-kompem tak mengaku anak, lebih sadis lagi mungkin mereka hantar kat rumah orang-orang tua. eh, rumah orang-orang gila*

Check this guy on youtube who's hilarious and give a good opinion on current issue. best gileww

ni dia mat lutfi yang hangat diperkatakan


anwar hadi pon tak kurang panasnye

dah dah. untuk lebih lanjut boleh la seacrh sendiri. tak rugi woo


Friday, 6 July 2012

MaseKecikDulu

Assalamualaikum w.b.t dan salam hari raya, eh eksaited kau !

di malam yang bahagia ini sebabnye pon kan hari ini kan itu aku kan makan 2 kali kfc kan.. *tak ada kena mengena*

hari ini marilah kita mengimbau masa kecik-kecil muda baby-baby lagi. banyak kenangan masa kecik-kecik dulu. bila dah menginjak dewasa ni, banyak komitmen kita kena hadapi. tak campur lagi kerja dan masalah yang semakin hari semakin berganda-ganda. dari dua menjadi empat, dari empat menjadi lapan dari lapan menjadi berjuta-juta lemon, orange, tembikai dan langsat..

masa kecik, tak sabar nak besar bila dah besar baru kau tau betapa indahnya zaman kecik-kecik walaupun time tu cuma ada congkak je.. zaman sekarang, fuhh baby baru lahir dah pegang i-pad. serba serbi berteknologi.. kecik-kecik nak main laptop, handset . itu menjadikan mereka lalai. sibuk dengan alat-alat canggih je sampai hilang minat dengan buku. eh maaflah, saya beremosi sekejap..

nak list kan kat twitter, macam banyak sangat je. nnt ada yang marah pulak

#MaseKecikDulu,  kena paksa makan appeton
#MaseKecikDulu, sorokkan rotan abah kat bawah katil
#MaseKecikDulu,  curi-curi makan jagung time puasa
#MaseKecikDulu,  buang jemput-jemput bawang bawah meja
#MaseKecikDulu,  jatuh katil, gigi patah dan jadi rongak
#MaseKecikDulu,  pernah hilang dalam lif
#MaseKecikDulu,  tak suka barbie doll
#MaseKecikDulu,  naik basikal langgar tongsampah
#MaseKecikDulu,  main masak-masak guna pasir dan bunga
#MaseKecikDulu.  letak sticker kat perut
#MaseKecikDulu, aku panjat pokok jambu kena marah dgn nenek
#MaseKecikDulu, selalu pau atuk
#MaseKecikDulu, muka aku comel
#MaseKecikDulu, nak jadi dokter tp sekarang...
#MaseKecikDulu, aku gi sekolah naik bas yg semua orang keling
#MaseKecikDulu, aiskrim Malaysia baru seposen
#MaseKecikDulu, tak suka basuh kasut
#MaseKecikDulu, pecahkan balang kuih raya mak cik
#MaseKecikDulu, buat-buat sakit sbb nk ponteng sekolah
#MaseKecikDulu, aku main congkak asyik kena tipu je
#MaseKecikDulu, kena piat telinga masa belajar bahagi
#MaseKecikDulu, mak abah aku garang gila woi
#MaseKecikDulu, mandi muntah kawan. aci ke baju dia tak kotor langsung tp aku??
#MaseKecikDulu, buat huruf d jadi b
#MaseKecikDulu, selalu dapat nombor 1
#MaseKecikDulu, memang best sangat

Sudah cukup sudah, kalau bab list panjang-panjang macam ni serah je pada aku. kompem-kompem juara tanpa bertanding. muahahah! tapi serius beb, rindu gila zaman kanak-kanak. sekarang ni kalau buat perangai kanak-kanak, kena bebel je dengan mak abah. kalau dulu buat perangai kanak-kanak mak abah tak marah pon. yela, dah memang kanak-kanak maka wajarlah kau berperangai keanak-anakan =pp

zaman remaja dengan zaman kanak-kanak adalah dua zaman yang berbeza. sampai masa, aku rasa macam nak menyelam ke dasar lautan dan tidur 2-3 hari sebab letih sangat. tapi banyak benda lagi yang aku kena buat selagi cita-cita aku tak kesampaian, jadi belum boleh berehat dengan sesuka hati nye

k peeps gudnight. sweet dream.

Monday, 2 July 2012

projek work 1#

Assalamualaikum w.b.t......

lama betul aku dah tak mengupdate blog ye? bukan setakat tahi cicak, tahi lembu pon ada agaknye. cehh, gaya cakap macam lah 2 tahun kau tak update, padahal 2 minggu je pon. hakhakhak *gelak terbahak keluar kahak*

busy ke buat-buat busy ke atau malas yang menjadi faktor utama aku lambat update pasal entri kali ni. entri kali ni simple aja, berkenaan projek work iaitu program khidmat masyarakat yang telah diadakan pada Sabtu yang lepas. saya ulangi ye, Sabtu yang lepas. sekarang ni dah hari selasa ye kakak-kakak nenek-nenek sekalian. kalau cerita kat tukang kebun ke pak guard ke, komprem mereka tak nak dengar, ye la cerita yang dah basi macam susu basi, sape yang nak dengar ye dak?? tapi aku peduli ape, lagi orang tak nak dengar, lagi aku suka nak cerita. suka hati aku lah kan? hehe...

program khidmat masyarakat kami simple je, memandangkan kelas aku tak tersenarai dalam masak untuk moreh selepas bacaan yaasin tu, kitorang ambil lah inisiatif lain , membersihkan masjid. ceh ceh ceh, inisiatif bagai. siyes, rindu nak belajar bahasa. =( tujuannya, semestinya untuk memenuhi keperluan keperluan kerja kursus di samping memberi keselesaan kepada tetamu Allah yang hadir ke masjid An-Nur Kolej Matrikulasi Johor. dah la, ni kalau aku cerita pasal rasional, tentatif program, kronologi majlis ditambah lagi dengan kemerngarutan aku serta lawak yang tak berapa nak lawak, sampai ke fajar menyingsing pon belum tentu habis. so, the best solution is... proceed


orang pertama aku lihat lap tingkap dgn air sabun


the end, ingat senang ke nak pilih gambar dari 128 photos..? frankly speaking, aku sebenanye tukang ambil gambar je, sebab tu aku ada buat semua kerja. tapi sekejap-sekejap je pon, hehehe. apepape pon aku jadi tension bila tau kami kemas pagi, malam dah kotor balik. haissh

p/s: entri ni bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, show off ke show on ke hape ke, okay okay okay?

Saturday, 23 June 2012

uda dan dara

assalamualaikum w.b.t

dari zaman batu sehingga ke zaman teknologi ni aku acapkali di berikan soalan cepu Emas yang menyentap sanubari..

'cik, bila kau nak ada boyfriend ni?'

'cik, aku teringin la nak tengok kau bercinta' (apekedehal lah minah-minah ni)

'cik, ke kau suka pada perempuan? ' (astaghfirullah, apalah bebudak ni. well, its embrassing)

'cik, sebenarnya kau nak lelaki macam mana?'

dan blablabla.. bukan setakat member je, adik, kakak, jiran, atuk, nenek, kucing.. apalah , entah buku rumahtangga mana la yang mereka khatam. actually, aku yang choosy sikit hal-hal macam ni. sebab aku nak bercinta sekali then kahwin sekali. bukan bercinta dua tiga empat kali, kahwin sekali. pengalaman? memang tak de, no, nahi hey.. suci tak aku? haha

ciri-ciri uda pilihan dara pingitan. (ewah ewah)

  • beriman
 aku cukup terpegun melihat lelaki yang menjaga waktu solatnya. kalau dia jaga hubungan dengan Allah , Insyaallah hubungan dia dengan manusia Allah akan jaga juga kan? lelaki beriman ni penting pada mana-mana dara supaya dia boleh membimbing kita ke jalan yang benar dan diredhai Allah


  • background family
of kos keturunan yang baik-baik. kalau dapat mak mentua yang sporting ala gila-gila jugak lagi bagus. tapi orang cakap kalau bulu roma panjang, mak mentua sayang. tp bulu roma aku kontot je, besar kemungkinan gaduh dengan mak mentua? ish, minta dijauhkan..

  • pandai memasak
bila aku malas nak masak ke sakit ke boleh la dia pangpungpang kat dapur tu. ataupun aku merajuk ke hape ke, boleh la dia buat kejutan dengan masakan dia. tak kesahlah tengok buku resepi ke ape ke kan..

  • rupa paras
tak kesah lah rupa dia macam mana sekalipun.. iras-iras zayn malik ke aaron aziz pon takpe. rupa tak penting, yang penting rambut terpacak tu mesti ! hehee

  • kewangan
kalau boleh poket berisi lg banyak lagi bagus. cehh, takde lah. as long as dia boleh support makan, pakai serta keperluan dan tidak lupa juga keinginan dah kira bagus. kalau dia kaya sekali pun biarlah atas usaha sendiri bukan kaya dengan duit mak bapak

  • wangi
sentiasa wangi dan tidak merokok. dulu aku tak kisah sangat bab rokok ni tapi bila fikir balik tentang kesihatan, aku rasa better not kot. kang tak masal aku yang kojol dulu

  • ketinggian
make sure lebih tinggi daripada aku. sama tinggi atau lebih rendah, itu tidak mahuu

  • perangai
tak nak yang skema, serius 26 jam. biarlah poyo, brutal, gila-gila dan cool. itu lagi senang. boleh bawa bergurau. dan tidak lupa juga mesti ada sense of humor , boleh berlawak tapi pastikan yang betul-betul lawak. kalau buat lawak , tapi aku tak ketawa tu maknenya lawak kau tak best

  • dan lain-lain =)

haa, kalau tang buat list untuk uda pilihan memang banyak kalau boleh sampai cecah lantai kan? sebelum buat list ni baiklah kita cermin dulu diri kita sendiri. apalah gunanya beli cermin besar-besar macam cermin-cermin kat matrikulasi ni tak tengok diri sendiri..? ni asyik belek kira jerawat depan cermin je ( aku lah itu) ..cermin diri. muhasabah diri kita. cehh, jadi ustazah kejap pulak aku. kalau nak jodoh yang baik, kita mesti perbetulkan diri kita..

'lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya '


 p/s : bersabarlah. penantian jadi lebih bermakna sekiranya ia berakhir dengan pengakhiran yang indah =)

Tuesday, 19 June 2012

sandal dari tuala wanita

assalamualaikum w.b.t...

pertama nya, maaf dipinta dari hujung kaki sampai ke hujung kepala.. maaf kerana tidak dapat mengupdate blog setiap hari disebabkan kekangan masa yang sangat padat, compact macam bedak compact, padu dan sebagainya.. tak sangka juga ada yg sudi follow blog aku sampai request suruh update.. miauhahaha *gelak kucing gatal*

sem 3 ni memang sibuk sangat la. macam nak tertonggek, tersungkur, tak menang tangan buat kerja tu, buat kerja ini, terkejar sana terkejar sini. cehh, padahal aku yang buat kerja last minute.. dengan proposal itu proposal ini, mind map nye lah, lab report, assignment, quiz, revision, tutoria... ahh sudah cukup cukup sudah, ni dah terlebih kepada sesi rungut-merungut ni.. tak baik tau rungut rungut ni. pesanan ini dibawakan khas untuk diri sendiri dan orang yang berperangai seperti aku ini. pape jela..

back to the title today haa, ni kena buat reka cipta untuk projek chemistry.. and i'm just found something new which make me very very interested baq hang mai. 'sandal dari tuala wanita'..

selamat mencuba =)

p/s : kau tak rasa ni sesuatu yg sweet ke? tapi kau janganlah dok jimat sgt pakai pad terbuang... aku tak sure la berapa hari je riwayat selipar ni kalau aku yang pakai. haha!