posted of watching someone if you do not know her temperament. do not judge a person as you evaluate a tree that they could produce a leaves or not. Allah is Just, He is more aware of everything..

Monday, 19 December 2011

jgn putus asa, cik M

dear blogger,
what's new? hehe. tiru facebook. ni aku ada something nk share. bukankah sharing is caring? tp niat aku bukan nak aibkan empunya badan, empunya cerita.. tp just nk share, nk bukak mata tentang realiti kehidupan. okay. aku lps dengar cerita ni baru aku sedar. rupanya kat dunia ni kita diuji mmg macam-macam cara. aku igt cerita mcm ni selalu ada kat novel2 je. tak percaya. sumpah tak percaya! yang dah arus globalisasi ni pon ada lagi hal-hal mcm ni.


ehem, aku start la ni. dah tak sabar la tu. em (tarik nafas)... ini kisah cik M. nama sebenar rasanya tak patutlah aku nk mention ye. cik M ni kwn baik membe aku. sgt baik. aku baru jumpa dia hari tu. dgar pasal life dia mmg mencerlung lah mata aku di samping ternganga besar nk mampos smpai tikus mondok pon muat nk masuk,

siapa tak terkejut bila lps SPM, mak dia paksa kahwin. muda lagi tu. baya aku. okay, mmg lah boleh melompat kegimbaraan bila mak bagi greenlight kahwin awal. tp tu klu dapat kahwin dgn org yg kita suka. tp ni tak. kahwin dgn org yg dia tak kenal. sepupu sendiri. bukan tak kenal, katanya takde perasaan. no feeling.kesian kat cik M. rupa-rupanya family dy mmg mengamalkan gaya hidup yang begitu. kakak dan abang dy pon kahwin mak dy yang tentukan. dahlah suami dia umur 28. bayangkan lah umur cik M baru 18. jauh beza. peh. kalau aku dah cabut pi sempadan thailand rasany. cuak tak cuak plak ni nak kahwin ngan org yang tak kenal. ingat ni novel ape?

suami dia dah pon bekerja sbg peguam. majlis kahwin dia mmg superb lah. grand gila buat kat hotel gitu. tp klu dah takde hati langsung, mmg setiap photoshoot dia takley nk senyum dgn ikhlas lah kan. membe aku sendiri yang kena pergi majlis dia, dijemput jadi pengapit plak tu. aku masa dgar ni mmg rasa cerita dia ni hundred percent rekaan lah. cik M ni budak pandai. dia ditawarkan ke matrikulasi, pahang. tp memandangkan mana matrik tak terima org yg dah berumah tangga, cik M pon meneruskan pengajianny di UITM, Shah Alam. amik coarse law. aku kagum dgn cik M. sungguhpon dah kahwin, pointer gempak gila. 3.95. tahniah, cik M!

suami dia bekerja di Sarawak. bayangkan seorang di sarawak manakala seorang lagi di Shah Alam.pernak suatu hari dia rasa loss semangat sgt dgn kehidupan dia. dia yang sedang mengandung ni, berani amik risiko telan 2 papan panadol dgn air coke. semua dah tahu kan kesannye ape. nasib baik roomate dia balik awl. mmg masuk ICU. suami dia yang dr sarawak terus on the day amik flight. peh, mmg suami dy marah gila. maki lagi. kesian plak aku kat cik M. :( alhamdulillah, dia dan anaknya selamat.

suami tak percaya, terus Cik M kena duduk dgn adiknya
kat rumah yang disediakan. bertambah-tambah terkejut aku bila dia ckp yg lately ni rumah dy dimasuki perompak. aku ni smpai dah takde air liur nk ditelan lg. gerun kott. adik dia kena ikat la. duit kena rembat la. ala, korang bayangkan jela yang dekat tv tu.
 alhamdulillah, yang dia baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan dan baru lps pantang. masa aku jumpa tu time dy baru lps pantang la. takut jugak aku kang bentan kang. tak masal. nasib baik okay. skarang dia duduk dgn mak dia la. mak dia mmg control gila. itupon, dia ckp dia nk mintak cerai dgn suami dia. dia kata dia tak bahagia. kadang aku pon pelik sebenarnya, nafkah dapat, anak pon dah. ape yang dia tak bahagia pon aku tak tau. maybe, ada yg dia tak boleh ceritakan kat kitorang kot. aku cuma boleh nasihatkan dia supaya fikir baik2 sebelum buat keputusan lah kan. yela, cerai?? bergegar tiang arasy lah nnti. seram...

p/s: aku doakan yang terbaik buat cik M. semoga beliau mampu teruskan hidup dia dgn bahagianya. teruskan kehidupan, jgn berputus asa, cik M :)

Wednesday, 14 December 2011

minggu bengang

dear blogger,
hari ni nak tulis entry utk 2 hari sekali gus. sbb minggu ni mmg minggu bengang gila. dengan serabut. kelam kabut hidup aku dgn minggu ni. hahah

13 December 2011 (yesterday)
okay. ni hari ulang tahun kelahiran aku. semalam. hujung tahun ek? hahaha. nk buat camane. mcm2 yang terjadi mase hari ni. letih aku layan gelagat dorang ni tau. haha. mane tak terkejutnya, smbut birthday pukul 10 12 december. mmg tak expect langsung lah kan. lps habis latihan drama je, aley2 kena tepung la ape la ini la. mmg bengang gila lah kan. klu tau tak nak follow. haha. tapi ceritanya bukan berakhir dgn tepung aje. ambik kau mase pak guard bermisai kontot tu dtg trus pgg tgn aku kuat nk mampos, (pgg aku mcm lah aku ni penjenayah bersiri yg akn lari klu kne tangkap) marah2 mintak kad matrik aku. aku selambe je la kata tak bawak. padahal dlm hati berdebar gila lah. masa tu mmg rasa geram lah jugak kat membe2. mana taknye, dorang yang beriye simbah aku, aleh2 aku yang kne marah ngan pak guard. tak masal. pastu dgn bengisnya, suruh kitorang sume gi jumpa cikgu. hekeleh, padahal cikgu tu releks je. nasihat2, janji2 dah setel. pak guard tu yg over. taulah syg kitorang, bukan begini caranya. *bhahaha. perasan! tak siap lagi ceritanya ni, haaa. hambik kau, kena pulak bersihkan balik tempat yg kitorang dah serabutkan tu. nk bersihkan mmglah takde hal. tp yang aku baran, boleh plak dy tunggu, tengok kitorang yg gaya2 ala mak cik cleaner tu. klu tengok je boleh sabar lg, ni dy komen2, ambik air dulu la baru mop la. blablablabala.siap je mencicit bla. hahaha. besoknya ada latihan drama pagi ptg siang mlm, mmg lepak gila lah.balik je dah pnt. tak sempat bls pon wallpost2 wish birthday kat fb tu. heheh. sorii XD

14 December 2011 (today)

hari ni plak. em. tak tau nk start dr mne. ok, first kluar gi tangkak sbb nk print assignment. pastu tak boleh print plak sbb software computer aku tak same dgn tuan kedai punye. mmg kecewa gaban lah. dah kecewa, bawak hati yg duka lara ni ke KFC ngan membe2. dah tu, ade plak kakak cashier ni carik pasal dgn member aku. abes la angin mmbe aku dah dtg. mmg kena sumpah seranah la ngan member aku tu. haha.yela, patut ke duit membe aku terjatuh masa nk bayar, pastu dy nk sound2 plak. dah tu, pulang baki dia cmpak je kat membe aku? geram sgt. dy pon tumpahkan sos kfc kat meja dgn sengajanya. siap tulis note pastu letak kat ats meja. mkn2 then blah. peh, on the way nk balik ni nmpak anjing plak. kalau tak si fatin syu tu tak jerit, takde maknenya aku nak lari. ni jerit mmg kuat gila bapak dgn larian aku yang begitu pantas, (klu cikgu koko nmpak confirm kne masuk olahraga, hehe) disertai dgn larian member2 aku. peh, mmg laju gila sbb semua takut jd orang last. hahaa. pakai baju kurung ni. rupa-rupanya anjing tuh tak kjar pon pasal dia dirantai. menyalak je kuat. buat suspens je. okay, igt da okay smpai situ. aleh2, ada plak keta polis dtg ejek kitorang. maluuu. mane lah nk cover muka. rupanya ade yg nmpak. skali pandang belakang. bapak ramai siot yg tgok freeshow tu. malu gila. msti dorang suspen je. yela, igtkan kena ragut ke hape ke. tp hampeh. kena kjar anjing pon tak. haha. malu doh. dahlah kain aku terangkat2. heee. serius maluuuuuuuuu.
balik plak kne tipu ngan pakcik teksi. dy cas mahal gila. bengang siott

note: act, aku baru bgun tido ni. bukan sje nk bgun, mmbe aku kjut. punye lah suspens, skali pusing je ada kek. hati wanita mane yg tak terharu kan? hahahahaha!



Saturday, 3 December 2011

aku rindu arwah

dear blogger,
hri ni tak tahulah kenapa kan. marah, sakit hati, sume ada. boleh dikatakan complete semua perasaan.. entah, rasa marah kat kawan sendiri bila dia tak nak share masalah dia. bukan dia tak tahu sifat curiousity aku ni tinggi. aku paling pantang betul lah org buat aku tertanya2 ni sebenarnya. suruh tunggu lg seminggu kalau nk tau. masalahnya mcm kjap je seminggu tu. untuk org mcm aku ni mestilah lama.!

aku rindu arwah. (muhammad azim). the main point is here. tadi tu mukadimah je. arwah kawan aku. agak rapat. satu sekolah dr form1 sampai form3. meninggal sbb accident dengan penunggang motosikal (india yg dilaporkan mabuk) mase bulan 12 before dapat result SPM. so, bila msuk tahun baru bulan 12 ni, sedih la. kira genap la setahun arwah mninggal dunia. sedih. amat.
aku je yang jahat dengan arwah. dulu, dia selalu call aku. tp aku buat dunno (don't know) aje. kadang aku biar je smpai mati, kadang aku silent pernah gak aku reject. haha. bukan taknak lyn. tp masa tak sesuai. time aku nk tido la, time aku mls nk cas fon la, time aku mmg takde mood nk angkat call org. jahat kn? pastu, beribu kali gak dia ajak aku turun batu pahat. sbb dy pindah batu pahat after form 3. dlm byk2 kali tuh. skali je aku gi.. masa aku dpt call yg arwah dah mninggal, aku punya lah tak percaya. sgt tak percya. sbb byk kali gak aku kne tipu an bebudak lain pasal meninggal2 ni. pelik. bende macam ni pon nk buat main. smpai lah bestfriend aku call ckp yg dia kat kubur arwah, mmg luluh la jantung time tu. sedih! AL_FATIHAH buat arwah .

arwah yg kecik ni. last picture ni mse arwah muda2 dulu. form 3 lah klu tak silap.

ni gambar arwah yg latest sbelum meninggal dunia (aku rembat kat facebooknye)

note: tetiba teringat kat drama sebabak fitri mse dalam bas. meleleh2 air mata dy mcm air terjun mse aku cerita. kalau aku tak stop, mmg banjirlah bas tu.